Dia memasukkan sampah yang terakhir ke dalam plastik sampah. Usai itu plastik tersebut diikat dan diletakkan di tepi tong sampah besar di hujung padang. Ianya akan dikutip oleh tukang sapu nanti.
Tangannya dicuci di sinki yang disediakan di tepi padang tersebut. Setelah itu, dia terus berlari ke arah seseorang yang dari tadi duduk di tangga ke padang tersebut.
"Yaa, Huang Renjun! Saya dah siap!" ujarnya ceria.
Rambutnya diikat sambil dia terus memandang si dia yang sedang asyik membaca buku itu.
"Dah kutip semua sampah?" soal Renjun sambil menutup buku yang dibacanya tadi.
"Dah. Semua saya dah kutip. Cinta awak je belum,"
"Tch, gila," Renjun mengeluarkan buku kecil dan pen dari saku uniformnya.
Dia mula menulis sesuatu di situ sebelum satu helaian dikoyaknya.
"Kwon Eunji, demerit tiga. Lagi sekali kau buat kesalah bulan ni, terus masuk kelas tahanan," kertas itu diserahkan kepada Eunji.
"Kelas tahanan? Awak ke yang akan jaga kelas tahanan tu nanti? Kalau awak, saya sanggup je masuk," Eunji tersenyum sambil memandang Renjun.
"Haa, masuklah. Hadap muka Sir Yunho tu. Nak?" soal lelaki itu.
"Oh, takpe lah. Kalau macam tu bulan depan je lah saya buat kesalahan lagi. Okay?"
"Gila lah kau ni. Dah, malas aku nak layan kau. Lepas ni masuk kelas, jangan merayap pula," dia mula mendaki anak tangga untuk ke blok akademik.
"Huang Renjun!" Eunji menjerit dari tempatnya tadi.
"Apa lagi?" soal Renjun geram.
"Saranghae!" Eunji membuat simbol hati dengan kedua tangannya diletakkan di atas kepala.
"Gila!" Renjun terus berlari dari situ.
"Tch, sombong," Eunji duduk di tangga.
Kakinya diluruskan dan diketuk-ketuk lututnya yang terasa lenguh akibat asyik membongkok mengutip sampah tadi.
"Yaa!"
Dia segera memandang ke sebelah. Dan sebungkus roti dicampak ke arahnya.
"Yoohoo! Kau datang tepat pada masanya," roti itu disambut.
"Kau ni kan, tak serik-serik. Sanggup kena denda semata-mata nak dekat dengan Renjun,"
Yoo Jimin, rakan karibnya menggelengkan kepala.
"Ala, biarlah. Ni je cara supaya aku dapat tengok Renjun kesayangan aku," kata Eunji sambil menyumbat roti ke mulut.
"Tch," Jimin hanya berdecit perlahan.
Nak nasihat lebih-lebih pun, bukan Eunji nak dengar. Kawannya itu sejenis suka buat hal sendiri ikut kepala dia je.
Salah satunya, kerja gila inilah. Sanggup langgar peraturan semata-mata nak didenda oleh si pengawas kesukaannya, Huang Renjun.
Boleh dikatakan ada sahaja akal Eunji untuk terus berada dekat dengan Renjun. Eunji itu pelajar bijak, jadi markah ujiannya mampu untuk menutup kembali segala kesalahan yang dia lakukan. Sebab itu dia tidak kisah untuk terus melanggar peraturan.
"Ah sedapnya roti ni. Kau belanja kan Jimin?"
Jimin hanya mengangguk.
"Dah lah, jom masuk kelas. Renjun dah pesan tadi jangan merayap," Eunji bangun.
"Oh, Renjun pesan terus kau laju kan nak masuk kelas. Gedik punya perempuan!" kutuk Jimin selamba.
"Eh, mana ada. Aku memang nak masuk kelas pun. Rindulah nak dengar Miss Yuri mengajar sejarah," lengan Jimin dipautnya.
"Tch, menyampah,"
YOU ARE READING
Annoying
Fanfiction"Kau annoying. Tapi bila kau takde, aku rindu," start |20/5/2021| end |20/5/2021|