03

529 93 1
                                    

"Eunji dah balik,"

Eunji menanggalkan kasut dan masuk ke rumah. Baru sahaja dia ingin duduk di sofa bagi merehatkan diri, telinganya mendengar bunyi kaca pecah dari atas.

"Awak memang tak gunakan Eunhyuk! Awak memang lelaki tak guna!"

"Lagi?" Eunji mengetap bibirnya.

Orang tuanya bergaduh lagi. Ini bukan kali pertama. Sudah hampir lima bulan mereka asyik bertengkar.

"Siapa tak guna? Saya ke awak? Awak tu tiba-tiba datang serang saya kat kedai! Tak malu ke hah?"

"Malu? Awak menggatal dengan budak perempuan tu awak tak malu pula? Hei, dia tu sebaya anak kita lah! Tak malu ke?"

Eunji tersentak mendengar itu.

"Appa ada perempuan lain?"

"Kan saya dah cakap, dia datang nak minta kerja! Dah dia nak terjatuh, saya tolonglah. Takkan nak biarkan je dia jatuh depan saya! Jangan fikir benda bodoh lah Jihee!" Tuan Kwon menjerit juga.

"Awak fikir saya nak percaya? Pergi matilah! Arghh!"

"Awak tampar saya? Hei, selama 25 tahun ni awak tak pernah jentik saya langsung. Tapi hari ni awak tampar saya! Sebab perempuan tak guna tu? Awak memang lelaki tak guna Kwon Eunhyuk!"

Bunyi pintu dihempas kedengaran.

"Omma," Eunji melihat Puan Kwon yang dengan laju menuruni anak tangga itu dengan sebelah tangannya di pipi.

"Eunji sayang, baru balik?" Puan Kwon nampak cuba memaksa dirinya untuk senyum.

Eunji mengangguk.

"Jihee! Awak nak ke ma-na? Eunji?"
Tuan Kwon yang baru juga turun nampak terkejut melihat Eunji.

"Appa pukul Omma?" soal Eunji perlahan.

Puan Kwon dan Tuan Kwon keduanya terkedu.

"Eunji, Appa tak sengajalah. Kan sayang?" Puan Kwon cuba membohonginya.

"Betul tu. Appa tak sengaja," Tuan Kwon mengusap bahu Eunji.

"Tapi-,"

"Kamu dah makan sayang? Kalau belum, kamu pesan makanan dari luar je boleh tak? Omma tak sempat nak memasaklah malam ni,"

Eunji hanya mengangguk. Puan Kwon kemudian mengeluarkan dompet dari beg tangan yang dibawanya. Beberapa keping wang kertas dihulurkan kepada Eunji.

"Kamu naik mandi ya? Nanti Unnie kamu balik, pesan makanan sama-sama,"

Eunji terus berjalan ke tangga untuk naik ke bilik. Dia berhenti seketika di anak tangga terakhir.

"Tch, tak sengaja? Takut Eunji tahulah tu perangai sebenar awak," suara Puan Kwon kedengaran lagi.

"Dah tu kenapa awak pun menipu? Cakap je lah pada Eunji yang saya sengaja pukul awak,"

"Awak nak saya bagitahu ke?"

"Bagitahulah. Biar Eunji tahu yang Omma dia ni dah tak betul! Menuduh ikit suka hati sampai layak kena tampar-,"

Eunji terus masuk ke bilik dan mengunci pintu. Air matanya jatuh juga. Tidak tahan mendengar perbalahan dua manusia dewasa itu.

Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Kedua telinganya ditekup dengan bantal sebelum dia mulai menangisi nasib keluarganya.

Annoying Where stories live. Discover now