Eunji berlari selaju-lajunya tanpa menghiraukan fakta yang sebenarnya dia langsung tidak mengetahui jalan di sekitar kawasan itu. Sehinggalah dirinya berada di jalan mati.
Dia jatuh duduk di situ dan menangis. Menangisi nasibnya yang bakal berhadapan dengan 'broken family' selepas ini.
"Appa jahat. Tak fikirkan perasaan kitorang. Appa kata Appa sayang Eunji dengan Unnie. Tapi Appa tipu,"
Dia menarik lututnya rapat ke dada lalu wajahnya disembamkan di situ. Dia menangis dengan lebih kuat.
"Eunji," namanya dipanggil seseorang.
"Pergi! Eunji tak nak tengok muka Appa!" jeritnya tanpa mengangkat kepala.
"Appa jahat! Appa penipu! Eunji benci Appa!"
"Kwon Eunji!"
"Ni aku lah. Bukan Appa kau,"
Suara itu. Eunji mengangkat kepalanya perlahan-lahan. Dan wajah Renjun berada di hadapannya.
"Renjun?"
Renjun mengangguk.
"Ini aku," ujar lelaki itu.
"Awak buat apa kat sini?" soal Eunji.
"Aku-,"
"Pergilah. Saya nak menangis ni," ujarnya.
Dia kembali seperti tadi. Cuma kali ini tangisannya tidak sekuat tadi. Hanya bahunya yang terhinjut menahan tangisan.
"Eunji," Renjun memandang gadis itu.
"Apa lagi? Kan saya dah suruh awak pergi? Pergi je lah!" jerit Eunji.
"Kau nak aku biarkan kau kat sini? Kau tahu tak, on the way ke sini tadi berapa ramai aku jumpa kutu rayau dan kaki dadah. Kau tak takut?" soal Renjun geram.
Eunji hanya diam tidak membalas.
"Okay fine! Aku pergi. Tapi nanti kalau tiba-tiba diorang datang sini, nak apa-apakan kau, jangan cari aku!" dia bangun.
"Yaa!"
Renjun menahan senyumnya bila tangannya dipegang. Dia kembali berpaling menghadap Eunji.
"Bangun," gadis itu menurut.
Dan bila Eunji sudah berdiri, dia menarik tubuh itu ke dala pelukannya.
"Menangislah. Aku tahu, menangis sorang-sorang tu sakit dia macam mana. Sekarang aku dengan kau. Kau boleh teruskan menangis,"
Dan Eunji benar-benar menghamburkan tangisannya di dalam pelukan lelaki itu.
YOU ARE READING
Annoying
Fanfiction"Kau annoying. Tapi bila kau takde, aku rindu," start |20/5/2021| end |20/5/2021|