20 (End)

831 107 38
                                    

"Tch. Awak tengah nak kenakan saya sekarang kan?"

"Kenakan kau?"

Eunji mengangguk.

"Ya lah. Awak tahu saya sukakan awak. Sebab tu awak cakap macam tu. Saje nak buat saya perasan,"

"Siapa cakap?" soal Renjun.

"Sayalah!" balas Eunji.

"Yaa! Kau ingat senang ke aku nak cakap rindu dekat orang?"

"Senanglah. Tu tadi awak baru cakap dekat saya,"

"Yaa! Kau ni ada je kan nak jawab?" Renjun memandang gadis itu tidak puas hati.

"Dah awak bercakap dengan saya. Saya jawablah. Takkan nak diam je. Nanti awak nampak macam orang gila sebab cakap sorang-sorang,"

"Hish! Annoyinglah kau ni," Renjun bangun.

"Awak lagi annoying Huang Renjun. Asyik nak marah je!" Eunji juga bangun.

"Malas saya layan awak!" dia mencapai plastik makanan dari kedai yang dibelinya tadi.

"Yaa!" Renjun menjerit.

Eunji berhenti dan menoleh.

"Apa?" soal Eunji.

"Aku nak cakap yang walaupun kau annoying tapi sekarang aku dah suka kau! Bila kau nak datang lambat lagi?" soal Renjun.

Eunji terkedu.

"Awak cakap apa?" dia kembali berjalan ke arah Renjun.

"Aku–aku suka kau! Datanglah lambat lagi. Aku bosanlah bila tak boleh denda kau,"

Eunji memandang lelaki itu tajam sebelum memukul bahunya.

"Woi, apa ni?" soal Renjun.

"Awak tu! Dah ada girlfriend buatlah cara ada girlfriend! Sibuk nak mainkan orang,"

"Siapa cakap aku ada girlfriend? Siapa?"

"Tak mengaku pula. Gambar awak dengan Minju tu dah tersebarlah. Awak peluk dia dalam tu. Dah sah-sah dia girlfriend awak," ujar Eunji.

"Siapa cakap kalau peluk terus jadi girlfriend? Habis tu haritu kau menangis sambil peluk aku. Kau pun girlfriend aku lah?"

Eunji diam. Dan tiba-tiba tubuhnya dipeluk.

"Aku tengah peluk kau sekarang. So, kau girlfriend aku sekarang," kata Renjun.

"Yaa!" Eunji menolak tubuh Renjun.

"Kenapa? Tak sudi?" soal Renjun.

Eunji tidak menjawab sebaliknya dia mencubit pipi Renjun.

"Auch, apa ni sakitlah!" Renjun menggosok pipinya.

"Oh, awak rasa sakit. Maksudnya saya tak bermimpi. Awak betul-betul dah jadi boyfriend saya," Eunji tersenyum.

"Nah rasakan," Renjun mencubit pipi Eunji pula.

"Auchh, sakitlah," lengan Renjun dicubit.

"Yaa! Kau main tipu. Mana boleh cubit kat tempat lain,"

Eunji terus melarikan diri dari Renjun.

"Kwon Eunji!" Renjun mengejarnya.

Dan dia berjaya menangkap sebelah tangan Eunji. Dia menarik tangan itu kuat sehingga Eunji masuk ke dalam pelukannya.

"Nak lari mana hah?" soal Renjun.

"Okay, saya minta maaf. Sebagai tanda minta maaf, saya nak bagi awak sesuatu,"

Renjun mengangkat sebelah keningnya.

"Apa?"

Eunji tersenyum sebelum dia menjengketkan kakinya dan mencium bibir Renjun sekilas.

"Yaa, siapa yang ajar kau?"

"Jimin," balas Eunji berbohong.

"Yoo Jimin. Lagi, dia ajar apa lagi?" soal Renjun.

"Dia ajar, kalau dah ada boyfriend kenalah selalu bermanja dengan boyfriend,"

Renjun ketawa perlahan.

"Hebat betul Jimin tu ajar kau kan?" pipi Eunji dicubit manja.

"Sekejap, habis tu apa hubungan awak dengan Minju?" soal Eunji.

"Minju tu kawan aku waktu kecil. Kitorang baru tahu lepas dia terjatuhkan gambar aku dengan dia waktu kecil dulu. Biasalah tu excited jumpa kawan lama. Dia peluklah aku. Lagipun aku anggap dia macam adik je. Haa, lepas tu tak tahulah siapa yang gatal sangat ambil gambar dan sebarkan,"

"Oh, macam tu," Eunji mengangguk faham.

"Dah puas hati?"

Eunji tersenyum.

"Renjun ah, saya sayang awak,"

"Ya, aku pun," balas Renjun.

"Awak pun?"

"Aku pun sama macam kau,"

"Apa dia? Apa yang sama?"

"Macam yang kau cakap tadi lah," Renjun mengusap belakang lehernya.

"Apa? Apa yang saya cakap tadi?" soal Eunji lagi.

"Yaa, kau ni memang annoying kan? Aku pun sayang kau lah,"

Eunji ketawa kerana dapat mengenakan Renjun. Manakala Renjun sudah memandangnya tidak puas hati.

Eunji kemudian terus memeluk lelaki itu erat.

"Terima kasih sebab terima saya walaupun saya ni annoying,"

Renjun membalas pelukan itu.

"Untuk kau, aku rasa annoyed setiap masa pun takpe,"



The End





Thank you sebab baca. Saya taip dalam masa sehari je so minta maaf kalau ada kekurangan.

See you again❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

See you again❤️

Annoying Where stories live. Discover now