15

550 90 4
                                    

Yoo Jimin
Aku dah ajak kan balik
sekali tadi. Degil.

You
Ala, malaslah nak kacau
kau dengan Jungwoo Oppa.

Yoo Jimin
Gedik. Bukannya tak pernah.
Nak jadi pemalu pula.
Menyampah.

You
Cakaplah apa kau
nak cakap.

Yoo Jimin
Habis tu macam mana?
Aku pun tak simpan payung
dalam locker.
Aduhlah, kenapa tak tengok
ramalan cuaca dulu.

You
Dah tengok. Tapi lupa.
Dah lah, kau tak payah risau.
Ini Kwon Eunji lah.
Pandai lah aku berdikari.

Yoo Jimin
Baiklah Kwon Eunji.
Apa-apa hal call aku.

You
Allright.
Enjoy your date.

"Haish," Eunji mengeluh perlahan.

Dia kemudiannya duduk di kerusi yang tersedia di lobi sekolah itu. Menunggu hujan berhenti.

"Macam tak logik. Semua orang bawa payung, kecuali aku," dia menggelengkan kepalanya.

Dia ke perpustakaan tadi dan saat dia mengulang kaji, dia tertidur. Sedar pun kerana dikejutkan oleh pustakawan kerana perpustakaan akan ditutup. Dia ke tandas selepas itu untuk mencuci mukanya. Dan bila turun ke lobi, sekolah sudah sunyi.

"Sejuk," dia memeluk tubuh.

"Kenapa tak balik lagi?"

Eunji segera menoleh ke sisinya.

"Takde payung," balasnya.

Dan selepas itu, ruang di sebelahnya diduduki oleh orang itu. Huang Renjun.

"Nak aku tumpangkan? Payung aku besar. Muat untuk dua orang," ujar lelaki itu.

"Tak nak. Saya nak tunggu hujan berhenti," balas Eunji.

"Kau tahu ke bila hujan nak berhenti?" soal Renjun lagi.

"Soalan apa tu? Ingat saya jabatan kaji cuaca ke? Manalah saya tahu,"

"Dah tu, kalau tak tahu. Kenapa nak kena tunggu hujan berhenti? Kalau hujan tak berhenti sampai esok macam mana? Kau nak duduk je lah kat sini?"

"Hish, awak ni kenapa hah? Banyak sangat soalan!" Eunji bangun dan memandang lelaki itu tajam.

"Saje," balas Renjun.

"So, nak tumpang tak?"

"Tak nak! Awak pergilah payungkan kekasih awak sana!"

Eunji terus berlari meninggalkan lelaki itu ke perhentian bas. Dan nasibnya baik bila dia sampai sahaja, bas sudah tiba di perhentian.

Sementara itu, di situasi Renjun dia sedang memandang payung di tangannya.

"Tch, tahu pula rimas. Yang selama ni dia kacau aku, dia tak fikir pula,"

Annoying Where stories live. Discover now