Renjun memerhatikan figura yang baru berjalan melepasinya itu. Dia melihat jam di tangannya sebelum menutup pintu pagar.
Seperti biasa dia akan menghampiri pelajar yang melanggar peraturan pada hari tersebut.
"Korang berdua, rambut panjang. Lepas ni terus ke bilik disiplin," dia menghulurkan kertas denda ke arah dua orang pelajar lelaki.
"Baik senior," mereka berdua terus berlalu pergi.
"Kwon Eunji," dia berdiri di hadapan gadis itu.
Ya, hanya Eunji sahaja yang lambat hari itu.
"Kau tahu kan kalau kau-,"
"Ya. Saya tahu. So, pukul berapa saya perlu ke kelas tahanan Sir Yunho?" soal Eunji.
"Lepas habis waktu sekolah. Tahu kan kat mana?"
Eunji mengangguk. Kemudian dia terus berjalan masuk ke bangunan sekolah.
"Dia terasa lagi ke?" soal Renjun.
Dia kemudian terus masuk ke bangunan sekolah. Saat dia melalui kelas Eunji, dilihatnya Jimin sedang menepuk lembut belakang badan gadis itu yang sedang melentokkan kepala ke atas meja.
"Takkanlah sampai macam tu sekali,"
Dia terus masuk ke kelas. Sepanjang hari, dia langsung tidak mampu fokus sepenuhnya.
"Kau nak balik dengan aku?" soal Haechan.
Renjun menggeleng.
"Aku kena tolong Sir Yunho jaga kelas tahanan. Dia ada meeting," ujar Renjun.
"Okay, jumpa esok," Haechan melambai ke arahnya.
Dia kemudiannya terus ke kelas tahanan yang berada di tingkat empat.
"Renjun," dia menunduk ke arah Sir Yunho.
"Saya ada meeting. Yunho akan pantau kamu semua. Ingat lepas dua jam baru kamu boleh balik," guru disiplin itu kemudiannya keluar dari situ.
Pelajar-pelajar yang berjumlah lapan orang itu kemudian mula membuat kerja masing-masing.
Renjun memandang sekeliling kelas. Mencari kelibat Eunji namun tiada. Baru sahaja dia ingin menyoal mereka, pintu kelas tersebut dibuka dari luar.
"Mianhei, saya lambat," Eunji menunduk sedikit.
Dia kemudian terus ke meja belakang bersebelahan tingkap. Earphone disumbat ke telinganya lalu dia terus memandang ke luar tingkap.
Renjun mengeluh perlahan. Nampak gayanya Eunji memang sudah berubah.
YOU ARE READING
Annoying
Fanfiction"Kau annoying. Tapi bila kau takde, aku rindu," start |20/5/2021| end |20/5/2021|