"Bukannya aku sengaja pun,"
Eunji duduk di tangga tepi padang. Entah kenapa hatinya sedih bila ditengking begitu.
"Ingat aku ni budak-budak ke nak buat macam tu?" air matanya disapu.
"Itu aku cakap pada kau. Kau tu dah lah annoying,"
Suara Renjun tadi kedengaran lagi.
"Ya lah, aku ni memang annoying pun. Tak macam Minju tu, baik, sopan je,"
ujar Eunji dalam esakan.Walhal itu bukanlah kali pertama Renjun memanggilnya dengan gelaran itu. Tapi tadi, hatinya betul-betul sakit.
Selalu bila Renjun marah, dia tetap merasa gembira dan membiarkan sahaja. Cuma hari itu, hatinya terlebih sensitif.
"Yaa! Dah-dah lah tu,"
Jimin mengambil tempat di sisinya.
"Tch, kau cakap senanglah. Bukan kau yang kena tengking. Cuba kalau Jungwoo Oppa tengking kau. Kau tak sedih?" soal Eunji.
Jimin menggeleng.
"Serius?" soal Eunji.
"Ya lah. Sebab Jungwoo Oppa tu sayang sangat dekat aku. Tak mungkin dia nak tengking aku," ujar Jimin sambil tersenyum.
"Blah lah kau! Ada kawan pun menyakitkan hati je!" bahu Jimin ditolak.
Jimin hanya ketawa.
"Yoo Jimin!" jerit Eunji geram.
"Okay, okay. Mianhei," Jimin berhenti ketawa.
"Kau nak sedih sangat kenapa? Ala, Renjun je pun. Kau nak aku belasah dia tak?" soal Jimin sambil memaut bahu Eunji.
"Janganlah. Nanti tak kacak lah crush aku tu,"
Dan hasilnya pinggangnya dicubit Jimin.
"Dah kena tengking pun nak sayang dia lagi. Cari crush baru je lah," cadang Jimin.
"Ah shirreo. Sampai bila-bila pun, aku akan tetap sukakan dia," sebuah senyuman terukir di bibir Eunji.
YOU ARE READING
Annoying
Fanfiction"Kau annoying. Tapi bila kau takde, aku rindu," start |20/5/2021| end |20/5/2021|