12

538 90 3
                                    

"Unnie!"

Eunji melangkah masuk ke dalam bilik kakaknya. Dilihatnya Eunbi sedang duduk bersantai di meja belajar sambil membaca novel.

"Haa, kenapa? Terjerit-jerit," novel ditutup.

"Unnie, tadi Eunji nampak-"

"Nampak siapa? Lee Minho?" soal Eunbi sambil duduk di katil.

"Aniya!" rungut Eunji.

Dia ikut duduk di katil milik kakaknya.

"Eunji nampak Seungcheol Oppa. Dia dengan Nayoung Unnie. Pegang tangan berdua sambil makan cotton candy,"

Eunbi terkedu mendengar itu.

"Dia curang dengan Unnie ke?" soal Eunji.

"Aniya. Kitorang dah putus, baru diorang bercinta," Eunbi membaringkan tubuhnya di atas katil sambil merenung siling.

"Unnie okay ke?" soal Eunji.

Dia masih ingat betapa terujanya Eunbi setiap kali bercerita tentang Seungcheol. Seungcheol itulah, Seungcheol inilah. Di wajahnya pasti terdapat senyuman setiap kali menyebut nama Seungcheol. Dan kerana itulah Eunji jadi makin suka pada Renjun kerana dia rasa jika dia dan Renjun bercinta, dia akan sentiasa gembira seperti Eunbi.

"Okay je lah. Nak buat macam mana," balas Eunbi.

"Eunji ah, sini baring," dia menepuk katil.

Eunji menurut lalu turut membaringkan tubuhnya.

"Kita ni, kalau orang tak sayang kita, kita pun patut berhenti sayangkan orang tu. Buat apa nak bersungguh kalau kita tahu akhir nanti, kita yang akan sakit,"

Eunji terdiam.

"Unnie rasa Seungcheol betul-betul bahagia dengan Unnie. Rupanya tak. Dia kata makin lama perasaan tu makin hilang. Unnie sayangkan dia, tapi macam yang Unnie cakap. Kalau orang tu dah tak sudi lagi, undur diri je lah,"

"Unnie tak sedih ke bila buat macam tu?" soal Eunji.

"Awal-awal dulu ya. Tapi sekarang tak. Unnie happy bila tengok Seungcheol dan Nayoung happy. Cinta tak semestinya memiliki. Kadang-kadang kita kena lepaskan mereka pada orang yang lebih layak dan perlu," kata Eunbi lagi.

Entah kenapa, Eunji sedikit terusik dengan kata-kata Eunbi.

"Haish, mengarut pula Unnie ni," Eunbi bangun.

"Yaa, kenapa ni?" bahu Eunji disentuh.

Eunji tersedar dari lamunan pendeknya.

"Takde apa-apa," geleng Eunji.

"Dah lah pergi mandi sana. Nanti turun makan," pesan Eunbi.

Eunji mengangguk dan berlalu keluar dari bilik Eunbi dengan fikiran yang berserabut.

Annoying Where stories live. Discover now