BABAK RANTAIAN KASIH

816 12 1
                                    

Zakiah merenung di luar jendela asramanya, sayu hati terkenangkan anak-anak yang ditinggalkan. Dihatinya memikirkan rindu suaminya terhadap anaknya. Minggu ini niat nya hendak pulang melawat anak-anaknya jika berkesempatan dia ingin melawat suaminya dipenjara. Walaupun pada hakikat hokum mereka sudah bercerai kerana Ramlan dipenjara namun jauh disudut hatinya masih menganggap Ramlan itu suaminya. Nekad nya jika masih ada jodoh dan umurnya panjang mereka akan menikah semula setelah Ramlan keluar penjara.

"Assalamualaikum...mak oo mak Kiah balik ni" Zakiah memberi salam dan menguak pintu rumah mertuanya yang tidak berkunci.

"Waalaikumsalam..haaa tercogat apo ehh masuk la Aisyahhhhh Adam meh tengok sapo ehh balik ni"seorang tua memekik memanggil sianak kecil untuk melihat Zakiah yang baru pulang dari kampus pengajian..

"ibuuuu Aisyah rindu ibu..kenapa ibu lama tak balik,Adam hari-hari tanya ibu"sianak kecil memeluk erat Zakiah.

"ibu kerja la nak,ibu sibuk,nah tengok apa ibu beli kat korang"Zakiah mengeluarkan kan sebungkus coklat bar yang dibeli nya di stesen bas tadi.

Zakiah melepaskan kerinduan terhadap anaknya, selesai mandi Zakiah mendapatkan anak nya dan melayan mereka bersembang sehingga mereka terlelap.Zakiah melepas kan lelah perjalanan pulang disebelah anak-anaknya. Dia terlelap disebelah anak bongsunya si Adam.

Pagi yang menyegarkan membuatkan Zakiah mengelamun sendiri. Dia berhasrat hari ini ingin ke bandar dan melawat suaminya dipenjara.

"Dan aku masih disini

mengutip pasrah yang pergi

menanti bersama rinduku

tersungkur mengejar bayangan mu"

"Apa harus ku berdoa

mengiring kebahagianmu

sedangkan aku terpenjara

didalam lautan tangisku" -JITU

Lagu rock kapak berkumandang dicorong radio..radio kepunyaan ibu mertua nya akan wajib terpasang di waktu pagi,begitulah kehidupan mereka dikampung. Zakiah tiba-tiba terasa sebab sendiri melihat Adam bangun dan menggapai tuala terus kebilik air. Hebat nya mertuanya mendidik anaknya, jika Zakiah menjaga nya sendiri belum tentu dia dapat membentuk anaknya begitu.Adam baru berusia 4 tahun,namun sifatnya pandai berdikari mewarisi sifat abahnya yang masih terkurung dipenjara.

Siaran radio 3 Seremban banyak memutarkan lagu slow rock,setiap lirik nya mengusik jiwa Zakiah yang sedang asyik memasak juadah buat anak-anaknya. Sesekali pulang kampung itu rutin harian nya,dia begitu leka dengan damainya hirupan indah udara kampung.

"Kak, adik minta maaf sebab kato kak macam-macam dulu,sekarang adik dah dapat hukuman,suami adik pun dah masuk penjara" sayu seorang wanita melabuhkan punggung di meja makan memulakan perbualan dengan kakak iparnya yang sedang asyik memasak.

"Ish kau ni takdo apo eh nak diambil hati eh,ekau skrg nak buek apo? Tak kojo ka?" Zakiah cuba untuk berbual dengan adik iparnya.

"ntah la kak den ingek nak gi kolompo la nak cari kojo nak tenang fikiran,seb baik la anak takdo senang la nak bergorak" Ramlah cuba meluahkan hasrat dihati.

Suami Ramlah ditahan di kebun sawit ketika leka dan khayal akibat dadah. Dia dipenjarakan kerana polis menemui sepeket kecil dadah dan disabit kan sebagai pengedar. Remuk hati Ramlah bila mengetahui yang Suaminya seorang yang terpelajar boleh terjebak dengan dadah dan menjadi pengedar.

"nak akak tolong ko?den ada laie ha kawan kojo sana. Kot la den buleh bantu tapi bab tompek tingga tu yang payah sikit" Zakiah memberi cadangan yang membuatkan adik iparnya sedikit tersenyum.

"buleh jo,cubo la cari kek den tompek kerjo yang ada asrama kot la ado,tu pun kalo ado la" Ramlah tersengih seolah memaksa dicarikan tempat tinggal.

Perbualan mereka terhenti apabila hujan yang tetiba luruh dari langit meninmpa atap rumah mereka. Berlari laju mereka ke ampaian mengangkat jemuran yang di lakukan pagi tadi.

"Abang,Zakiah dah nak tamat dah,hujung tahun ni zakiah akan buat praktikal,habis ja den bleh mengajar la,kena tunggu la kat mana den dapat" gangang telefon penjara digunakan sebagai perantara pesalah dan pelawat. Zakiah seronok berbual dengan suaminya,suaminya juga begitu.

Zakiah merenung luar jendela bas yang membawa nya pulang ke maktab tempat dia belajar,didalam hatinya hanya mampu berdoa agar suaminya berubah dan dia amat berharap dapat memulakan semula bersama suaminya apa yang tertangguh.

"Dapat mane kau kiah? Aku praktikal kedah area kawasan tunang aku"

"untung la kau Jiey,tapi aku rasa lagi untung sebab aku praktikal 200 meter jer dari rumah"

"waaa untungnya..3 bulan jimat makan nasi kat umah"

"hahahhahaha,amran yang syok dekat kau tu dapat mana?"

"Ntah la..konon anok pahang la sangat...syok dekat aku sebab aku orang pahang..dia balik pahang kot"

"biasa la kenegerian,aku ni jodoh sekampung ok jer,"

"Ishh kau ni,aku dah tunang la..susah la nak jumpa orang baik macam joi tu,handsome biasa biasa ja tapi ada la kelebihan dia pada aku"

"yer la cik Fauziah oii..."

"Hoiii menung apa,ingat anak ker suami"

"ishhh saja teringat sesuatu"

Zakiah tetiba terkenang satu peristiwa yang meyakinkan yang Fauziah mendapat orang yang tepat,peristiwa kucing menolak lauk demi sebuah persahabatan membuatkan dia mengelamun sendiri..

Zakiah merenung panjang di meja belajar hostelnya,malam kain larut. Impian nya Cuma satu ingin menyatu kembali hubungan dengan suaminya, diri nya masih menganggap isteri kepada Ramlan. Sayangnya tidak pernah berkurang, khilaf suaminya juga di hadamkan dengan kefahaman dalam dirinya bahawasanya, Ramlan bertindak demikian demi pertahankan sayangnya pada Arwah bapa dan keluarganya. Zakiah bersyukur mendapat ibu mertua yang begitu baik, anak-anaknya juga begitu baik tingkah lakunya.

"Andai langkahmu kini terhenti
Berpalinglah padaku di sini
Jernihkanlah kekeruhan dulu
Ku perlu kasihmu

Ibarat laut yang tidak berombak
Pasti pantai akan kesepian
Begitulah hidupku kini
Semenjak kau pergi"- TEJA

DERITA DI BALIK TIRAITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang