Di hamparan terhimpun noda
Mencari entah ke mana
Kelahiran di atas semua
Di dalam khazanah cinta
Tak tercapai bintang-bintangPerjalanan memikat cahaya
Yang hilang entah ke mana
Tak menentu ke mana arah
Yang pasti hanya nyanyian
Untuk memujuk hati iniTiada lagi sinar cinta
Di persinggahan itu
Harapan dijanji bersama
Terkubur jua
Berjanji
Tunai tanpa disedari
Dengan alunan hatiSeiring lamunan sepi
Segala
Akhirnya cinta kita
Setelah cinta ternoda...Memikat Cahaya- MELISSA
Pagi yang dingin menzahirkan rasa malas dihati Zakiah. Langkah nya longlai untuk berjalan melakukan tugas praktikalnya. Sudah 2 minggu dia mengajar disekolah, sebagai guru praktikal dia terasa bagai dibuli guru tetap disekolah berkenaan. Namun kerana dia mengajar Bahasa Inggeris dia kekadang dipandang mulia sesetengah guru disitu.
"Awak memang orang sini ker?"
"yer cikgu besar,kenapa?"
"Tak da apa la,yang selalu datang dengan awak tu anak ker?"
"yer cikgu besar,anak sulung,baru darjah 1"
"Jangan besar besar kat sini,cikgu sudah la.."
"maaf cikgu"
Perbualan Zakiah dan guru besar Cikgu Rahman terhenti bila teh tarik dihirup. Banyak topik dan nasihat diterima Zakiah. Cikgu Rahman memuji Zakiah kerana dilihat anak sekolahnya begitu berminat dengan apa yang diajar Zakiah.
Pintu diketuk Zakiah dengan agak keras,risau hatinya apabila guru besar memanggil nya untuk berjumpa di dalam biliknya. Difikir apa kesalahan yang dilakukannya, sudah baru 2 minggu disitu. Dia pula Cuma guru praktikal,risau dia mendapat markah rendah pada penilaian sekolah.
"Masuk"
"Assalamualaikum cikgu,ada apa panggil saya?"
"Haaa ni saya dapat panggilan dari maktab, bulan depan panel penilaian akan datang tengok awak mengajar"
"awal nya cikgu?"
"yer,sepatutnya hujung praktikal.tapi katanya ada sebab tak dapat dielakkan mereka akan menilai awal,awak patut beruntung, sebab awal,lepas mereka datang jangan leka pula..harap awak terus mengajar macam biasa untuk anak bangsa kita"
"baik cikgu,saya berusaha sebaiknya,ada apa lagi cikgu?"
"Ermmm maaf tanya,kenapa anak awak kata ayah nya kerja jauh..nanti baru balik"
"errrrr"
"Takpa la kalo awak keberatan..Cuma saya tengok anak awak cerdas dan nampak bijak"
Zakiah melangkah keluar dengan rasa bersalah, perlu atau tidak dia menceritakan pada guru besar tentang ayah kepada anaknya. Jika tidak dicerita lambat laun cikgu Rahman pasti mengetahuinya. Maklum la dia memang anak jati kampung itu, guru besar pula baik dengan waris-waris pelajar disitu.. Fikiran nya kusut namun dia tetap berserah untuk kuat menghadapinya..
"ibu bila abah nak habis kerja kat tempat kita pergi dulu tu.semua orang tanya Aisyah kenapa abah kerja jauh"
"tak lama dah sayang..nanti abah balik"
Zakiah cuba menahan airmata dari jatuh. Sampai dirumah setelah tamat sekolah dia segera kedapur menyiapkan apa yang perlu untuk anaknya..
Ramlan:macam mana sekolah Kiah,ok ka..abang ada berita gembira ni.
Zakiah: ok bang,penat la sikit anak ramai kat sekolah..
Ramlan: minggu depan abang dah boleh keluar,doa kan abang ya semoga baik baik..nanti abang terus ke pejabat kadi kita nikah semula kita mula kan kembali.
Zakiah: iyo ko..syukur alhamdulillah,,sonang eee den dongar,,nanti den khobar kan omak eii..
Ramlan:jangan,jangan biar ee suprise...lagi pun abang banyak dosa dokek omak..abang nak sujud kek kaki minta maaf bila balik nanti...
Aku terima......
Ramlan sudah bebas dan baru sebentar tadi dia kembali sah sebagai suami buat Zakiah buat kali ke2. Semalam seisi keluarga bermandi kan airmata apabila Ramlan sampai segera dia sujud dikaki emaknya meminta maaf..dan serentak itu juga Zakiah baru pulang dari sekolah bersama anaknya. Aisyah segera memeluk abahnya,Adam masih kebingungan namun dia tahu itu keluarganya..Aisyah memeluk erat sambil menangis gembira..
"esok ko poie la tengok kobun tu balik..peduli kan apa kata orang..lagipun ramai dah tau cerita sebenar..hal ko bekas banduan tu jangan ko ambik pusing pulak..omak nak anak mak sabar"
"yo la mak..den paham, den janji dah..den lopeh ni akan banyak sabar..den dah janji dengan anak den..tak mau tinggalkan dorang laie"
"Alhamdullillah"
Andai kau tahu
Isi hatiku
Betapa ku sayang
Sayang padamu
Seluas-luas lautan
Engkau umpama sebutir bintang
Yang ku puja antara bintang
Yang berjuta kau bersinar
Hiaskan cinta di hati kita
Seharum mawar biar bermusim
Tetap abadi cinta kitaSCOIN
KAMU SEDANG MEMBACA
DERITA DI BALIK TIRAI
RomanceSebuah cerpen muzikal yang korang nyanyi la sendiri bagi ada muzikal "Cinta ibarat secawan kosong berisi air panas,jika teh uncang direndam maka berubahlah warna air,hilang kesuciannya..tetapi jika ditambah beberapa sudu gula,menjelma lah kemanisan...