"Den bilo bosar karang den nak kawen dengan kau tau kiah,ko jangan cari orang lain lak" sorang budak lelaki berpesan pada seorang kanak-kanak perempuan. Terpinga budak itu,apa yang di melalutkan mamat rambut kerinting tu masih tak difahami perempuan itu
"Apo ee melalut ko ni Lan,kito kocik laie mana boleh kawen" budak perempuan itu membuka suara
"Memang la kiah,den bagitau bilo kito bosar nanti aa"
"Takdo sei nak kawen do,ekau kojo pun takdo,marah bapak sei nanti"
"Loo apa dibega sangat kau ni,den kato bila den bosar bongok"
"Maso tu den dah ado kojo la,den pinang la kau."
"Taknak la,sei nak kojo bosar nanti,sei nak boli keto bosar aa"
Perbualan kanak² tadi berhenti saat hari menghampiri senja. Mereka bergerak pulang kerumah masing -masing. Indahnya zaman kanak² tiada apa yang perlu difikirkan. Bangun pagi mandi pergi sekolah,balik sekolah petang pergi lepak dengan kawan² bermain.
Kompang bergema diluar rumah, pengantin perempuan. Perempuan di tatahias dengan cantik dan indah. Gurauan Ramlan di ketika kecil,ditebus saat dewasa. Zakiah kelulusan Diploma Perakaunan dari sebuah Institusi disunting setelah tamat belajar. Hendak di lawan itu pilihan ibu bapanya. Dalam paksa rela dia mengikut kata orang tuanya. Ramlan anak penggawa kampung yang berkerja di ladang kepunyaan ayahnya sendiri. Zakiah gadis kampung yang berambut ikal,menjadi siulan dan pujaan pemuda kampung itu. Tetapi mereka hanya pandai bersiul,mereka tiada pendapatan. Hidup sekadar menoreh dan bagi yang mempunyai kebun kelapa sawit sekankang kera,pendapatan mereka tidak seberapa. Hendak meminang Zakiah dia berkelulusan,maka dipendam saja hajat hati. Tidak bagi Ramlan pujaan nya sudah di tanda sejak mereka sekolah rendah. Walaupun tuan empunya badan masih berdolak dalih tetapi dia tahu,Zakiah akan mengikut kata orang tuanya.
Malam sudah menghabiskan sisa suku dari hidupnya,jam sudah hampir pukul 11. Pengantin masih lagi sibuk mengemas kesan dari kenduri petang tadi. Mereka masih lagi malu,walaupun dari kecil mengenali tetapi apabila meningkat dewasa perasaan malu telah meresap dalam diri masing². Mereka sibuk melihat hadiah yang diberikan tetamu yang datang.Ramlan bersila sebelah Zakiah bersama membuka hadiah..
"Boto tak den kato,den akan pinang kau bilo bosar. Den dah buat" si jejaka mengusik si dara,bahu disendeng membisik bersembang.
"Wekkkk" si dara menjelirkan lidah
"Kiah mulai hari ni,ko kono panggil den abang,jangan nak mengelat bagai,apooo abangg tau" si jejaka masih lagi mengusik si dara
"Tak hingin do den..ekau mudo dua bulan dari den,den panggil Lan jo"
"apo yang dikelahi nya pengantin tu ehh,kiah panggil jo abang hormat skit laki ko tu"
Emak kiah menyampuk apabila terdengar gurauan anak dan menantunya,gelak saudara mara bergema dalam rumah papan itu.Si pengantin masih lagi malu malu tersipu. Malam itu lain dirasakan kawan dari kecil itu,mereka adakala berkawan dan kadangkal berlawan. Tetapi pada malam ini di dalam bilik bercahaya lampu neon mereka sudah Sah bergelar suami isteri. Perasaan malu masih menebal dalam diri masing-masing.
"Ha pegantin dah bangun,dah mari sarapan ni,Kiah hidang kat suami kau tu" ibu Zakiah menegur pengantin yang baru keluar bilik pagi itu. Mereka bersarapan bersama,ayah zakiah telah lama ke kebun menerus ka aktiviti mencari nafkah. Gelak ketawa mertua anak dan menantu bersembang memecah hening pagi itu.
"Kiah ekau dah jadi isteri orang,mak tau ekau dari kecil sudah kenal,jangan la malu sangat,jaga diri tu dengar cakap suami ni. Syurga kau bawak kaki dio, mak ni Cuma doa bagi bahagia la ekau duo"
Seorang tua menasihati anak perempuannya. Hiba hatinya melihat anaknya akan meninggalkan nya. Walaupun masih sekampung tetapi hati ibu masih merasa hiba anak nya akan meninggalkan nya.
"Awak betul ke awak sayang saya ni" Zakiah bertanya kepada Ramlan saat mereka tiba dirumah yang dibina ayah Ramlan untuk mereka semasa tempoh pertunangan mereka.
"Yer,kan saya dah janji akan jaga awak,walaupun harta ni,kerja ni saya bergantung dengan ayah tapi saya akan berusaha supaya awak dan bakal anak kita berasa senang dikemudian hari."
"Saya janji akan jaga awak sepenuh jiwa raga saya,saya menyintai awak sejak kita kecil dan saya macam merasakan awak jodoh saya yang terbaik"
Di satu ruang Sel bertirai besi seorang pemuda merenung nasibnya. Dia tidak menyalahkan bekas isterinya. Ini semua salah nya sifat amarah nya yang berdendam membuatkan dia hilang pertimbangan. Marah pada orang yang iri hati pada kejayaan ayahnya,meluap-luap setiap masa dalam hatinya. Apa salah ayah nya hingga sanggup orang membunuh Ayahnya. Ayahnya dibawa ke ladang miliknya sendiri dan disiksa hingga maut. Dia marah pada orang itu kesan dari marah itu hatinya sentiasa tidak tenteram. Dia cepat marah,dia menjadi baran tidak kira masa dan tempat. Niat nya Cuma satu iaitu membalas dendam, orang tua hujung kampung di targetnya. Tindakkan bodoh orang tua itu datang mengajak ayahnya keluar melihat kebun menjadi bukti segalanya. Pada waktu itu dia baru tiba dirumah orang tuanya untuk menghantar sedikit juadah berbuka yang di masak isterinya Zakiah. Dia melihat ayahnya keluar bersama Pak Rahmat menaiki kereta orang tua itu. Ayahnya Cuma mengatakan dia ingin ke kebun melihat khianat orang memusnahkan anak sawit yang baru disemainya.
Pihak polis mengatakan,kes ayahnya adalah kes bunuh dan masih menyiasat. Ada polis bertanya kalau dia tahu petang itu siapa yang mengambil ayahnya keluar, tetapi dendam nya dia berbohong mengatakan dia tidak tahu. Dia mahu melangsaikan hutang darah itu sendiri. Ramlan mengatur setiap strategi agar dapat membuat orang tua itu tersiksa sebelum mati.
Zakiah termenung sendiri di balik pintu rumah sewanya. Setinggan empat pintu disewanya saat dia tiba di Kuala Lumpur. Niatnya Cuma satu ingin menyara dan membesarkan anaknya yang 2 orang itu.Kedatangan nya disini setelah dia mengutus surat kepada kawan nya Linda, bertanyakan jika ada kerja kosong buatnya. Esok dia akan memulakan kerja,kelulusannya ditolak ketepi asalkan dia mendapat kerja sudah memadai. Dia tahu suaminya bersikap begitu sebab dendam bukan niat suaminya,tetapi peristiwa malam itu saat dia disepak dan terajang membuatkan dia nekad melaporkan pada pihak polis. Suaminya ditangkap dan dia rasa bersalah kerana melaporkannya. Nasi sudah menjadi bubur, selesai perbicaraan seminggu selepas itu suaminya dijatuhi hukuman penjara 2 tahun kerana mencederaan kan Zakiah. Dia pasrah dan sempat meminta maaf,paling tersentak apabila mahkamah mengatakan talak satu gugur seperti mana lafaz taqlik yang dipersetujui masa nikah dahulu.
Seorang pemuda merenung tirai besi yang memisahkan nya dengan bilik penghuni lain disitu. Dia nekad merebut kembali nasib nya yang hilang,mencari kembali bahagianya yang pupus
“SEHELAI KERTAS PUTIH YANG MEMPUNYAI TINTA HITAM SETITIK AKAN SELAMANYA DIPANDANG ROSAK,BEGITULAH KEHIDUPAN SEGALA KEBAIKAN KITA SEPANJANG HAYAT TIDAK AKAN DIPANDANG SELEPAS SATU KEJAHATAN KITA LAKUKAN”
KAMU SEDANG MEMBACA
DERITA DI BALIK TIRAI
RomanceSebuah cerpen muzikal yang korang nyanyi la sendiri bagi ada muzikal "Cinta ibarat secawan kosong berisi air panas,jika teh uncang direndam maka berubahlah warna air,hilang kesuciannya..tetapi jika ditambah beberapa sudu gula,menjelma lah kemanisan...