""Uwekkk..uwekkk,wekkkkkk" Zakiah terasa loya ditekaknya,berlari dia ke dapur mendapatkan sinki. Dia memuntahkan isi nasi lemak pagi tadi, badan nya lemah longlai. Lesu sakit seluruh badan. Ramlan yang sedang membaca khbar terkejut dengan tingkah laku isterinya.
"Kenapa kiah,tak sihat ka. Letih ja abang tengok kau ni?Ramlan mendapatkan isterinya dan bertanya.
"Ntah la bang tak sedap badan eeh raso ni,nak domam kot"
"La dah mari la kito ko klinik kek pokan nu ha,siap den start keto jap"
Kereta proton saga milik ayah Ramlan meluncur laju menyusur jalan raya kampung,radio berkumandang lagu yang popular di zaman itu.LAMUNAN HATI dari Wann. Zakiah turut menyanyi menghiburkan hati. Badan nya sedikit letih. Apakah kesan Asmara dia dan Ramlan semalam yang mengambil masa hampir sejam agaknya. Maklum la pengantin baru pantang dicuit jadi la. Tinggal pulak sendiri dimana saja asal nafsu menjelma pasti berakhir dengan baju bergelimpangan. Lagu masih lagi berkumandang Zakiah mengelamun sendiri.
Esok pasti ditangan Tuhan
Bukan aku yang menentukan
Janganlah engkau salah sangka
Masa merubah segalanya
Semangatku bagaikan hilang
Dibawa dirimu oh sayang
Walaupun perit hidup ini
Akan aku tenang selalu
Dibibir ku mengukir senyuman
Dihatiku tersimpan kepedihan
Biarpun engkauTiada lagi
Aku setia menunggumu
BiarDiriAku seorang
Hanyut dilautan
Lamunan tak bertepi
"Tahniah puan,kandungan puan sudah berusia 4minggu,En Ramlan jaga diri isteri baik² bagi rehat yang secukupnya"Dr zaiton memberikan berita gembira buat pasangan itu. Ramlan paling gembira,dia melompat riang dalam klinik itu. Mujur tiada pesakit masa itu,kalau tak malu mereka jika orang melihat keletah Ramlan.
"Balik abang nak bagitau mak,ayah dan mak ekau kiah"
"Den nak mereka jaga ekau elok². Anak ni benih kito kiah,esok den nak ke pokan nak beli susu dalam iklan
Surat khabar tu biar anak kito sehat,ekau pun samo jangan buek kojo borat sangat jago diri tu"Ramlan membebel menasihati isterinya,sayang kepada isteri nya bertambah kuat kerana Zakiah mengandung anak sulung mereka. Dalam kereta kereta Ramlan menari riang saat radio 1 rtm menyajikan lagu² popular zaman itu.
"Awak...teringin la nak makan itik salai" Zakiah mengadu pada suaminya,usai kandungan sudah 12minggu perutnya sedikit membesar. Dilihat suaminya bingkas bangun terus keluar menghidup kan motor sikal honda 70 nya. Sayu hati lihat kesungguhan suaminya. Sejak mengandung dirinya seolah penat dan rasa bersalah tidak dapat memberi khidmat yang sepenuhnya kepada suami. Zakiah tidak mengalami apa alahan mengandung, tetapi badan nya cepat penat. Syukur suaminya Ramlan sangat memahami. Kekadang rasa bersalah timbul teramat sangat bila saat suaminya berkehendak dia seolah membatu dalam melakukan aksi. Bagi nya cukup sekadar Ramlan puas dia menjalan kan kewajipannya sahaja. Kepuasan untuk dirinya diabaikan dirinya sendiri. Petang itu hidangan masak lemak cili api itik salai dihidangkan buat dia dan suami. Hajat suaminya hendak menyuruh mertua nya masak tapi ditegah Zakiah katanya dia perlu juga untuk melakukan kerja.
Ramlan makan penuh berselera. 2pinggan nasi ditambah suaminya. Zakiah juga berselera,habis diratah masakan nya sendiri.
"Untuk awak abang nak lakukan apa saja,abang nak Kiah bahagia dengan abang,biar anak kita nanti melihat mak dah abahnya bahagia" Ramlan bersuara selepas berehat di ruang tamu sambil menghisap rokok 555 kegemarannya.
"Apo? Abahhh? Wahh dah dapek gelaran ko.nak anak panggil abang abah ko? Zakiah bertanya dalam situasi yang kaget
"Yo la sayang,dah tu nak anak kita golar den apo?"
"Usah diikut kan orang sangat kito ni dok kampung Kiah oii,asal kita bahagio udah ler"
Kalo ayah takdo besok besok ni,ko jago la kebun den baik-baik. Hasil nya ekau kongsi la dengan adik² kau. Jangan tamak,jangan haloba. Adik kau sumo betino kalo dapek laki baguih Alhamdullilah kalo dapek yang buruk,cian kek diorang.
Pesanan ayahnya petang itu digenggamnya dalam hati, kebun sawit 132 ekar milik ayahnya telah lama ditukar hak milik menjadi nama Ramlan. Tetapi dia sedar kebun itu bukan hasil titik peluh dan duitnya, dia Cuma mewarisi. Pesan ayahnya akan dijaga kesuciannya. Ayahnya orang paling gembira saat diberitahu Zakiah sudah berbadan dua. Ayahnya menyuruh dia pulang tinggal dirumahnya agar dapat Zakiah jagaan yang sempurna. Sejak ayah Zakiah meninggal 2 minggu selepas perkahwinan mereka,ibu Zakiah seolah hilang arah. Ramlan tahu kesedihan zakiah dan ibu mertuanya.pernah di ajak zakiah untuk tinggal dengan ibu nya agar dapat memberi semangat buat ibunya, tetapi ditolak Zakiah sebab ibunya berpesan dia tidak mahu diganggu. Lagi pula abang sulungnya memang tinggal dengan ibunya. Cucu ibunya pun dah 3 orang, anak abang sulungnya,dia bimbang kehadiran mereka menambah kekusutan ibu Zakiah.
"Ayah ajak tinggal dengan diorang,camno Kiah mau ko"
"takpo la bang,menyusahkan yo,Kiah masih kuek lagi ni ha. Lagi pun abang kan ado,bukan nya abang kojo soya ha kena masuk hutan berporang"
*Soya=soldier/askar
"Takpo la kalo ekau kobar camtu,den cumo risau yo,sapo tak sayang bini oii" Ramlan berseloroh mengusik isterinya"Sekarang sayang la,esok² den dan beranak badan naik debab kombang sayang pun melayang la" Zakiah menemplak suaminya
"Tak ado ehh den nak buek camtu,abah den inspirasi den. Tengok gambar mak den masa kawen haluih ja,sekarang kombang semangkuk takdo pun ayah den caghi laen" Ramlan memberi janji yang membuat kan Zakiah senyum sendiri.
Cinta ibarat secawan kosong berisi air panas,jika teh uncang direndam maka berubahlah warna air,hilang kesuciannya..tetapi jika ditambah beberapa sudu gula,menjelma lah kemanisan..Tiup lah dengan perlahan kurangkan panasnya,hirup lah dengan penuh nikmat.
KAMU SEDANG MEMBACA
DERITA DI BALIK TIRAI
RomanceSebuah cerpen muzikal yang korang nyanyi la sendiri bagi ada muzikal "Cinta ibarat secawan kosong berisi air panas,jika teh uncang direndam maka berubahlah warna air,hilang kesuciannya..tetapi jika ditambah beberapa sudu gula,menjelma lah kemanisan...