BABAK IKATAN KASIH

3.2K 27 7
                                    

"Assalamualaikum,sapo eh kek umah ni. Kami datang nak menghabih kan boreh" suara perempuan tua separuh abad menyapa dari luar pintu. Zakiah berjalan longlai ke muka pintu.

"Eh mak.. ohh abah pun ado sekali aa"Zakiah menyahut memperlawakan mertua masuk.

"Nah kiah abah boli buek kau,takdo la boring,sekarang dah ado channel baru bleh ko tengok maso Lan poie kebun" ayah mertua Zakiah mengusung tv toshiba merah. Keluaran terbaru tv warna

"Ehh abah apo nantang ni,lor buek susah mahai ni bah. Camno nak bayar hutang ni bah oi"Zakiah cuba memberi alasan menolak pemberian ayah mertuanya.

"Takpo la Kiah abah hadiah kan dokek korang ni ha,tak payah dikiro berhutang bagai."

Zakiah meminta izin untuk membuat minuman, mak mertuanya membontotinya kedapur. Bunyi motorsikal menandakan Ramlan baru pulang dari kebun.melihat kereta Proton ayahnya dia segera menongkat motor bergegas ke dalam rumah.

"Bilo abah sampai. Eh apo ni bah.buek apo tv ni,baru ni?" berbagai soalam tersembul dari mulut Ramlan buat abahnya

"Takdo den kesian kan kiah sorang ni ha,den boli la tv ni baru tak bosan bila ko kek kebun dia dirumah..lagi pun sekarang ada channel baru ahh..dah tigo siaran tv"

"Yo la bah oi,sayang menantu lobih dari anak ehh,"rungut gurau Ramlan

"Tapi kan bah raso den la dari tahun lopeh tv3 dah ado,lebih setahun raso ehh."Ramlan menggaru kepala nya yang tidak gatal. Hairan tingkah laku abahnya..

"Tu ha keto kek luar tu..yang tu baru buleh kira baru,baru sebulan lancar abah dah boli. Bau kodai pun melokek lagi ha" Ramlan cuba mengusik ayahnya. Baginya ayahnya idola,ayah Ramlan tegas. Dia tak memberi Ramlan kemewahan walaupun dia nampak mewah di kampung. Ayahnya ketua kampung tetapi jika Ramlan berbuat salah depan orang dibantai ayahnya. Berbekas lagi rasa punggungnya di hayun abahnya dengan pelepah pisang kerana mengusik Zakiah hingga menangis ketika mereka kecil dahulu

Mertua :Lan ado ko buek tak kono dengan kau Kiah

Zakiah : apa maksud mak,sei tak faham napo?

Mertua: takdo la kot la dio ado buek perangai bebudak macam dulu sajo la mak tanyo.

Zakiah: ish mak ni. Untung kiah mak,dapek abang tu ha,qaso mcm puteri pulak

Memacam ha pantang larangnya. Itu tak buleh ini tak buleh kekadang rimeh qaso badan

Mertua: Alhamdullillah harap dia ikut la perangai bah kau tu,sayang kek bini macam sayang emak dia sendiri

Terdengar hilai ketawa dari dapur akibat jenaka si mertua perempuan nya itu..

"Minum la bah..nanti sojuk tak sodap pulak,tapi tak manis sangat la omak tak kasi kato ee abah ado sakit" Zakiah mengajak abah mertuanya minum

"Aii dapek tv lupa yang suami pun ado ni ha,haram tak dijomput sekali suami minum..Melampau ee bodek ni" Ramlan mengusik cinta hatinya..

"Ishh abang ni dengan abah pun nak cemburu ko,nah"

"Abanggg jemput minummm Kiah buek spesel kek abang"Zakiah cuba memujuk dengan nada memperli suaminya..

"Alaa tak ikhlas la tu,tunggu la mak dengan abah balik siap ko Kiah" Ramlan masih lagi bergurau..

"mak tengok abang ni dia nak buek tak tentu dengan Kiah"Kiah mengadu pada mertuanya

"Owhh dah pandai mengadu isteri abang ni..haaa beesaa dia"Ramlan memicit pipi isterinya geram

"Ishh abang ni malu la kek abah dopan tu"muka nya telah merah sedikit menahan malu

Seluruh rumah bergelak ketawa dengan aksi gurauan anak dan menantunya..Zakiah mengajak mertuanya makan tengah hari. Mereka bergelak mesra hingga lewat petang hari itu. Pelbagai petua rumahtangga diberi kan mertua Zakiah..pasangan suami isteri muda mendengar penuh kusyuk untuk keharmonian masa mereka.

"Awat hang menung panjang tu Kiah"Linda menyapa kawan nya ketika dia termenung sendiri ditepi tingkap bas. Hari ini hari minggu,mereka bercuti dan mahu ke pusat bandar melepak. Kotaraya Kuala lumpur hari minggu meriah sekali. Zakiah mengikut kawan nya Linda bersiar-siar, itupun setelah didesak kawannya. Jika diturutkan hati nya ingin sahaja dia lepak dirumah,dia baru seminggu berkerja, gaji pun belum diperolehinya. Memandang kan offer dari kawan kolej nya yang mahu membelanjainya bersiar-siar dia menurutkan kehendak kawannya.

 Memandang kan offer dari kawan kolej nya yang mahu membelanjainya bersiar-siar dia menurutkan kehendak kawannya

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Semalam dia menelefon mertuanya bertanyakan hal anaknya Aisyah dan Adam. Sayu dia mendengar suara anaknya bertanya bila dia mahu pulang. Sejak ibunya meninggal, mertuanya banyak membantunya. Lagipula anaknya rapat dengan ibu mertuanya,meninggal kan anaknya kepada ibu mertuanya juga atas permintaan ibu mertuanya. Katanya dia sunyi, bekas suaminya dipenjara,adik² ipar nya perempuan mereka mengikut suami masing². Kematian abah mertuanya membuatkan ibu mertuanya lebih sunyi. Walaupun dia penyebab Ramlan dipenjara tetapi ibu mertuanya tidak marah malah menyokong tindakkan nya agar dapat memberi pengajaran buat Ramlan. Hatinya masih terkenang perbualan dengan anaknya semalam. Setelah meletakkan gangang telefon awam itu,airmatanya terus gugur sebak. Terfikir sejenak dugaan apa yang hendak di turunkan Tuhan buatnya.

"Kau memang tak guno,sanggup biar abang den masuk penjara,suami kau tu. Isteri jenis apa kau ni"

Pekikkan seorang wanita muda memecah hening pagi itu, Ramlah adik kepada Ramlan masuk kerumah memekik memaki hamun Zakiah. Bermacam perkataan buruk keluar.Zakiah membatu mendiamkan diri. Tiba-tiba seorang tua keluar dari biliknya dan terus ke dapur setelah mendengar bunyi bising riuh di dalam rumahnya.

"Sudah!sudah!,ekau balik Melah,sebonarnya den yang suruh kakak kau report polis"

"Den yang nak anak den kono tangkap,biar dio sodar apa dia buek tu salah,sudah la Melah ekau balik la, kalau dia abang kau,perlu kau ingat den yang mengandungkan dio,patutnya den yang rasa loie perit anak jadi banduan"

"weii dah sampai jom turun.dok menung oa lagi,jom kita pi ronda pusing KL"

Zakiah terpinga,memori nya hilang saat terkejut bilamana Linda menepuk pehanya ketika bas sudah sampai dia Jalan Silang depan KOTARAYA komplek

"MENCARI YANG SEMPURNA PASTI TIDAK DITEMUI,TETAPI MENJADI KAN IA SEMPURNA LEBIH DIHARGAI"

DERITA DI BALIK TIRAITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang