"Heyy orang tuo ekau yang bunuh bapak den kan,cilako ko kwan baik ekau tu"
Pak Rahmat dicekik tengkuk oleh seorang oemuda yang kurus tinggi,tegap badan nya. Dia kenal sangat susuk tubuh itu. Anak kawan baik nya...
"Apo eh ko cakap ni jang..den tak faham la,sapo yang den dah bunuh Lan" suara Pak Rahmat bagai disekat untuk keluar.keran dicekit Ramlan
"Ko jangan tipu den orang tua..petang tu kau yang ngajak bapak den kuar tengok kebun,kata ehh orang khianat. Tapi ekau yang khianat bapak den" suara Ramlan semakin lantang. Dalam kebun sawit milik orang tua itu waktu bagini memang tiada orang,ramai pekebun pulang kerumah masing² untuk makan tengah hari.
"memang den ngajak bapak kau,tapi bukan den yang bunuh percaya la.polis pun dah siasat den lobih toruk dari kau buek den ni ha" Pak Rahmat masih menafikan.
"arghh ko jangan nak membongak dengan den,kalau bukan ekaunorang tuo sapo laie dengan kau ari tu?" Ramlan menolak tua yang pucat muka akibat dicekik, jatuh pak Rahmat terduduk ke tanah.
"Boto Lan den tak bunuh,biar la polis siasat,den pun dah ngaku kek polis yang den dengan dia potang tu"Pak Rahmat masih lagi mengharap simpati.
"argh den tak cayo,dah tu kenapo tak hantaq ayah den balik rumah bilo habih tengok kobun" Ramlan menggenggam penumbuk,dan melepas kan tepat ke muka orang tua itu.
"Den masih tak pueh hati,den nak sikso kau macam mana kau sikso abah den" Ramlan menarik baju pak Rahmat dan memaksa orang tua itu berdiri.
"Boto Lan potang tu den dah ngajak ayah kau balik tapi di bagitau,ada kawan dia nak datang kobun nak tengok dan ganti sawit mudo tu" suara Pak Rahmat semakin perlahan,kesan tumbukan Ramlan melemahkan sendi badan pak Rahmat. Kudrat orang tua apa sangat yang tinggal berbanding orang muda dan gagah macam Ramlan.
"Arghh..den akan siasat sendiri,tapi kalo boto kau bunuh bapak den.. den cincang kau hidup-hidup" Ramlan menolak Pak Rahmat. Dia segera menghidupkan motorsikal nya dan berlalu pergi..
"Abang sudah la tu...maghrib dah ni sudah la asah parang tu" Zakiah cuba memujuk suaminya..
"Arghhh kau diam la kiah,bukan abah kau yang mati,nanti parang ni meloket kak tengkok kau pulak" Ramlan menengking Zakiah, kecut perut Zakiah. Dengan segera dia mengendong anak bongsu nya Adam yang baru berusia 5 bulan masuk kedalam rumah.
Sejak kematian abah mertuanya, Ramlan berubah 360 darjah..Dia menjadi pemarah,apa saja yang Zakiah cakap akan diherdiknya. Jika masak termasin periuk di terbalik kan. Zakiah menjadi takut untuk sendiri. Takut dia di apa-apakan. Memang Ramlan marah setakat hari ini hanya barang yang menjadi manngsa kemarahan Ramlan..Tetapi ugut Ramlan petang itu membuat kan hati Zakiah gusar. Teringat baran Ramlan semasa waktu sekolah menengah dulu. Pernah ditumbuk sampai pengsan seorang budak kerana dia mengganggu Zakiah. Kerana Zakiah menangis disakat budak itu Ramlan menjadi marah dan membelasah budak lelaki itu.
Faizul:wei hang dok menung apa,nak sampai dah ni.
Zakiah:takda apa la saja amik angin luar ni sejuk baru lepas hujan
Faizul:owhh
Zakiah:wei kau kerja mana,bila kita boleh jumpa lagi. Lepak² minum sembang seronok sembang dengan kau
Faizul:tu bangunan tu.(menunjukkan bangunan saat bas melintas kawasan itu) Kerani cabuk ja..jap(menulis sesuatu) nah ni no tipon opis aku.kalo free kau talipon la. Tapi jangan call time cuti aku takda..bagitau nama aku..sebab aku sorang ja nama faizul dalam opis tu..(tawa kecil)
Zakiah:ok nanti aku call.dah jom turun aku nak balik sungai besi jauh tu..jumpa lagi..
"Kau Kiah kalau ada problem bagitau kami.aku dengan Linda kalau boleh tolong kami tolong la" Faizul memperingati kawan nya Zakiah bila hari terakhir kolej itu. Linda hanya mengangguk setuju. Seronok Zakiah dapat berjumpa sahabat lama nya itu..kenal 2 tahun sudah macam kenal 20tahun waktu mereka dikolej. Zakiah tiba dirumah sewanya hampir maghrib. Linda kerja pagi minggu ini,Zakiah masih lagi kerja normal sebab baru sebulan lebih dia berkerja..bulan depan baru dia akan dimasukkan ke jadual shift. Malam itu dia mengisi borang yang diberikan kepada nya oleh faizul. Ada dia memberitahu linda tetapi linda memberitahu dia tidak berminat.
"Hello boleh saya bercakap dengan En Faizul." Zakiah menelefon no yang diberikan kawannya 2 minggu lepas didalam bas.
"Ya sebentar saya panggil"lembut suara perempuan itu menjawap telefon.
"Ya hello faizul speaking,siapa ni"terdengar suara lelaki di gangang telefon wam yang Zakiah gunakan.
"Weiiii aku ni Kiah..kau free tak Ahad ni,jom lepak aku turun kl." Zakiah terus bersuara dengan agak ramah.
Faizul: kenapa ajak aku lepak ni.bosan eeh dok kl sorang2.kenapa tak ajak Linda sekali kata serumah.
Zakiah: Dia takmau ikut letih katanya balik kerja malam.
Faizul: biasa la orang lawa macam dia mana nak jumpa aku yang comot ni.maklum la mamak penang hitam gelap.
Zakiah:ahhh kesitu pulak kau,dia baru balik kerja shift malam penat la tu...dia ok la..
Dua sahabat berborak panjang. Banyak kisah zaman kolej keluar,kisah macam mana Faizul bertunang dengan cik timah lenggang pun terkeluar juga. Petang itu di kawasan luar Mimaland dan berbekalkan 2 plastik air sirap, 2 sahabat lama rancak berborak..
"Sabar la Kiah..Ujian kau tu. Lagi pun dia dah janji dia berubah lepas keluar. Dia jadi macam tu pun sebab dendam kan. Sekarang polis pun dah jatuh hukuman dekat dia dengan pembunuh tu."
"Aku tetap kawan kau,jangan buat muka toya lagu ni" sudah terkeluar perkataan penang dari mulut Faizul. Zakiah tidak dapat menahan gelaknya.. Terus dia ketawa kuat..Suka dia dengar perkataan tu..Dulu di kolej jika Faizul marah perkataan 'toya'pasti akan keluar..Petang itu hujan lebat Zakiah tiba dirumah jam 8 malam.basah juga bajunya meredah hujan..turun dari bas 1km juga dia perlu berjalan masuk kerrumahnya..
"Keluar nanti abang nak kiah berhenti kerja,abang nak kita bahagia macam dulu" Zakiah teringat kata² Ramlan semasa melawatnya dipenjara..Ada lagi tempoh 2 tahun sebelum Ramlan dibebaskan. Ramlan di jatuhi hukuman penjara 3 tahun,tetapi ditolak cuti negara dan jika dia berkelakuan baik, Ramlan boleh keluar awal dari penjara. Zakiah meletakkan tangan didahi untuk melelapkan mata tetapi bunyi meriah berseronok jiran nya sedikit mengganggu nya untuk tidur. Biasa lah kehidupan di setinggan yang berkongsi dinding.
"DENDAM YANG TERTANAM DALAM DIRI,UMPAMA SEKETUL BARA KECIL DIDALAM SEKAM KERING YANG MENGGUNUNG, BARA AKAN TERUS MENYALAKAN API DAN MENGHAPUSKAN SEKAM WALAUPUN MENGAMBIL MASA YANG LAMA'
KAMU SEDANG MEMBACA
DERITA DI BALIK TIRAI
RomanceSebuah cerpen muzikal yang korang nyanyi la sendiri bagi ada muzikal "Cinta ibarat secawan kosong berisi air panas,jika teh uncang direndam maka berubahlah warna air,hilang kesuciannya..tetapi jika ditambah beberapa sudu gula,menjelma lah kemanisan...