Hampir 2 bulan Zakiah meneruskan pengajiannya di MAKTAB PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM(MPTI). Rindu pada anak²nya makin mendalam. Dalam bulan pertama dan ke2 ini Zakiah tidak dapat pulang ke kampung kerana banyak aktiviti sebagai budak baru.
"Wei kau takmau ka masuk event tu,PM rasmi tu" satu suara mengejutkan lamunan Zakiah.
"Malas la gie,aku tak minat benda macam ni" Zakiah menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu turut serta.
Ramai pelatih baru menyertai pertunjukkan 'flip card' semperna hari wawasan 2020 hasil idea Perdana Menteri. Zakiah tidak berminat untuk menyertai. Tetapi bagi Fauziah dia suka pertunjukkan sebegitu. Tunang Faizul memang aktif dari zaman kolej lagi.Zakiah kurang senang dengan Fauziah,tetapi memandangkan Gie seorang saja dia kenal masa mendaftar ,terus dia berkawan dengan Fauziah. Lagi pula Fauziah tunang kawan baik nya. Kawan yang tidak makan kawan,walaupun lauk terhidang sanggup di ketepikan nafsu demi sebuah persahabatan.
"kenapa lama kiah tak melawat abang,kiah dah jumpa orang lain ka? Atau Kiah dah benci aku"
Ramlan bermonoloq sendiri,hampir 2 bulan Zakiah tidak datang menjenguknya, dia rindu kan Zakiah. Rasa bersalahnya masih menebal dalam dirinya.
"Ya memang aku bunuh bapak kau,sebab dia tipu aku" Saad mengacu kan parang kepada Ramlan.
"Tapi kenapa,selama ni dia jaga kau baik,dia bagi kau rumah untuk kau duduk"Ramlan menenangkan Saad.
Saad seorang perkerja yang rajin,tetapi dia seorang yang Lembam. Ayah Lan menerima Saad untuk menolong Saad. Di kampung orang mengatakan Saad gila,bodoh dan macam². Semua bermula bila adik Ramlan dijodohkan dengan seorang pemuda yang dikenali adik Ramlan sewaktu di Universiti.
Saad: ayah kau suruh aku jaga adik kau,makna nya dia nak jodohkan aku dengan dia la kan?
Ramlan: ish bukan macam tu maksud abah Saad.
Saad: arghh dia tipu aku,dia bagi adik kau dekat orang bandar tu. Aku bunuh dia sebab dia tipu aku.
Ramlan:kau dah macam adik beradik kami saad,abah suruh kau tengok dan jaga angah mcm adik kau..
"Ramlan,ada surat untuk kamu"warden penjara memberikan sepucuk surat buat Ramlan
Assalamualaikum,
Buat suami abang Ramlan. Kedatangan warkah ini adalah untuk beritahu abang,yang Zakiah berada didalam keadaan sihat. Abang jgn marahkan Kiah kerana tidak hadir melawat kerana sesi pembelajaran kiah disini amat sibuk, sebagai pelajar baru byk aktiviti Kiah terpaksa sertai. Diharap abang sentiasa sihat hendaknya.
Kiah merindukan anak² dan abang. Kiah harap lepas abang keluar nanti kita dapat bersama semula.moga abang disana jaga diri baik²
Salam sayang dari kekaksihmu,
Zakiah
Gembira hati Ramlan, jiwa nya masih rasa bersalah. Tidak disangka Saad yang dianggap seperti adik beradik nya yang lain sanggup membunuh bapanya. Saad memang seorang yang kurang siuman.
"Kiah menung apa tu,teringat suami ka?" Fauziah menyapa Zakiah. Fauziah masih belum mengetahui suami Zakiah didalam penjara.
"Ingat anak anak la. Lama aku tak jumpa diorang,"lembut suara kiah menjawap.
"Ye la tu,teringat suami ka anak..anak boleh peluk jer,suami peluk sedap" Fauziah bergurau..
Petang itu penuh gelak tawa sahabat bersembang.Zakiah sedikit terhibur bila ada teman untuk bersembang.
"Kau kena tegas dengan Aisyah lan, abah sebagai atuk ee takpo,tapi ko sebagai ayah budak tu keno bagi kasih sayang tapi togeh" ayah ramlan membebel ketika ramlan sedang membersihkan oelepah sawit yang baru dikait buah nya tadi.
"Abah takmau esok bilo bosar melampau perangai ee,dia anak sulung biar dia tau jago adik beradik walaupun betino,tegas mcm abah dengan ko" seorang tua menyambung bebelan nya.
"Yo la bah den faham,tapi takdo la den manjo kan ecah tu sangat Cuma bebudakkan,kalo dengan ibunya dia manjo jugak Cuma Kiah kan pompuan dia garang mulut Ecah kurang la rapek" Ramlan cuba mempertahan kan diri dari bebelan ayahnya
Hari ini Ramlan menolong Ayahnya mengusahakan kebun dihujung kampung,dan dalam perkiraannya dapat lah dia anggaran 2tan buah sawit..
KAMU SEDANG MEMBACA
DERITA DI BALIK TIRAI
RomanceSebuah cerpen muzikal yang korang nyanyi la sendiri bagi ada muzikal "Cinta ibarat secawan kosong berisi air panas,jika teh uncang direndam maka berubahlah warna air,hilang kesuciannya..tetapi jika ditambah beberapa sudu gula,menjelma lah kemanisan...