BABAK MEMADU KASIH

3.1K 22 0
                                    

Terguris jiwa dalam sengsara
Cinta berbunga hanya seketika
Kupendam rindu batinku tersiksa
Bayang dirimu makin jauh dimata
Terimbas mimpi di waktu bersama
Dingin kasihmu tak lagi terasa
Kini kusedar tak lagi terlena
Saat bahagia pasti menjelma jua
Aku masih menanti saat kita bersama
Memadu kasih yang menghalang kita di sana
Rindu.rindu aku pada dirimu
Bertemu kita bersanding bersama selamanya
Kan kugenggam bara cinta lama
Tidak aku padamkan lagi
Walaupun beribu rintangan menanti
Kutetap menunggu kau kembali
Bawa daku bersamamu
Sama kita mendaki
Bawa daku bersamamu
Sama kita menangis
Warna cintamu indah sekali
Terpahat rindu terukir dihati
Terasa pahit untukku biarkan
Engkau berlalu tinggalku sendirian
Terasa pahit untukku biarkan
Engkau berlalu tinggalku sendirian

"Abang akan tebus cinta kita,kasih kita,kebahgiaan kita bersama-sama anak kita lepas abang keluar nanti" kata-itu masih terngiang di telinga Zakiah. Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur Zakiah sempat ke penjara melawat suaminya, dia ingin memohon maaf dan izin untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur. Ramlan mengizinkan dan berjanji dia akan kembali berubah menjadi seperti mula mereka berkahwin. Airmata Zakiah tidak dapat ditahan,kelopak matamya bergenang saat melihat suaminya dipenjara. Dia seolah menyesal atas apa dilakukan terhadap Ramlan.

"Tahniah ler lan oii ,anak kau pompuan "

Bidan gayah memberi berita gembira.."Kak dah basuh baby tu,uri dia den lotak hujung kepalo Kiah tu. Esok cuci bleh la tanam.dah la lewat ni akak balik dulu yo"

Ramlan melihat basikal tua hilang dari pandangan,setelah bidan berlalu dia segera mendapat kan isteri nya. Zakiah masih lesu setelah bertarung memberi kan satu nyawa yang paling berharga buat dirinya dan suami. Ramlan menyuruh Zakiah berehat,dia berjanji esok lepas subuh dia akan memanggil ibunya untuk menjaga Zakiah. Zakiah hanya mengangguk akibat khayal bersalin masih belum reda sepenuhnya.

"Abang dah taruk nama anak kita ni Aisyah,abang nak dia jadi bidadari syurga buat kita "

"Abang dah taruk nama anak kita ni Aisyah,abang nak dia jadi bidadari syurga buat kita "

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Zakiah masih keletihan petang itu tersenyum indah dengan keterujaan suaminya. Hari ini mertua nya datang kerumah untuk menjaga nya,Ramlan tadi keluar ke balai polis membuat daftar kelahiran. Ditenung bayi comel yang bersih suci. Ditenung rapi saat menyusukan anaknya,mata bulat dan hidung sedikit kemek,saling tak tumpah rupa suaminya,cuma rambutnya yang tidak kerinting. Jika tidak layak digelar Ramlan junior,kulit nya juga agak putih mungkin ini adalah genetik Zakiah.Sakit di kawasan putingnya akibat anaknya menyusu menghilang saat melihat anaknya terbaring lena kepuasan. Zakiah bangun untuk mandi dan bertungku..Bersyukur dia kerana ibu mertuanya meng'offer' kan diri untuk tinggal bersamanya seketika. Setiap hari abah mertuanya datang membawa lauk,ibu zakiah tidak dapat menemani zakiah kerana tidak berapa sihat. Sejak ayahnya meninggal ibu banyak menyendiri. Mungkin kerana hampir 50 tahun hidup bersama, ibunya berkahwin dengan ayahnya seusia 15 tahun,dan dihari kelahiran ayahnya yang ker 51 dia meninggal. Tetapi zakiah gembira sebab mertuanya menganggapnya seperti anak sendiri,malah bagi nya melebihi anak sendiri,

DERITA DI BALIK TIRAITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang