BABAK SEMAIAN KASIH

2.4K 20 5
                                    

"Asslamualaikum,"Zakiah melontar kan salam sebaik sahaja tiba dipintu rumah mertuanya dikampung

"Waalaikumsalam, yaa Kiah lewatnya sampai,sapo eh ngantar eh balik ni" mertua Zakiah menyahut salam dan terkejut.

"Den naik teksi yo,lagi pun lewat dah ni sapo ehh yang nak datang ngambik kek stesen nun"

Zakiah masuk terus mendapatkan anak-anaknya dilihat sayu mereka tidur, dia mengucup lembut ubun- ubun mereka. Berbaring Zakiah disisi anaknya,rindu pada mereka sedikit terubat saat menatap wajah mereka. Niat hati mahu saja dipeluk tetapi melihat mereka lelap dengan nyenyak dia sekadar berbaring disisi.

"Kiah sudah la esok besok la dikejut kan diorang dua tu,dah poie mandi nun,jauh perjalanan tadi tu,ekau dah makan kiah?" mertuanya tetiba muncul dipintu bilik,dihulurkan tuala.

"Bolum la mak,takpo sei tak lapar pun,nanti sei mandi nak rehat kojap ni ha" lembut Zakiah menjawap pertanyaan mertua. Dia masih merenung wajah kedua anaknya.. Rindu nya kuat terhadap anaknya,

"Kiah abang ingat kalo ada sepasang anak kito ni mesti best kan.?" Ramlan memulakan perbualan,Zakiah sedang menyiang ikan yang baru dibawa balik suaminya setelah kepasar tadi,

"Ishh abang ni soba la eh..aisyah baru 7 bulan perit kiah lahir kan dia tak habih lagi" sambil tersenyum Kiah menjawap dengan jujur.

Suami: Takdo la kiah den bagitau jo,den tau porit ko tak hilang laie

Zakiah: tau pun,dah tu?cakap je la teringin semalam tak pueh kan?

Suami: eh kesitu pulak dah,takdo la den Cuma ghaso masa mudo ni la kita patut usaho buek anak

Zakiah: soba la bang oii,Aisyah tu lombik laie aa..tahun depan kita usaho lain ehh,Botul abang tak nak ni,.. Aisyah dah lolap tu..jangan menyosal.

Ramlan bangun merapati Zakiah.dipeluk dan cium Zakiah.."kalu nak kasi abang tak tolak jom ke bilik"

Zakiah mencuci tangan dan mengekor suaminya ke bilik. Zakiah memang teringin beranak ramai sekurangnya 4 orang sama seperti keluarganya dan keluarga mertua nya. Tetapi meandang kan usia Aisyah baru 7bulan ditahannya keinginan itu. Setiap malam pil perancang tidak lupa dimakannya.

"Seronok kiah dok kolompo nun," mertua zakiah memulakan perbualan dimeja makan saat Zakiah mencedok nasi goreng yang dimasaknya pagi tadi,cucu nya masih belum bangun jika sudah bangun pasti gamat rumahnya.

"Biaso jo omak oii,den cari joki jo..badan kek kolompo nyawa kek sini aaa" Zakiah menjawap soalan ibu mertuanya dengan nasi goreng penuh dimulut..sesekali bercakap tersembur sebutir dua nasi ke meja..

Hari ini Zakiah gembira sekali,anak² nya paling gembira. Ibu mereka pulang menjengah mereka. Zakiah tidak lekang walau seminit dengan anaknya. Mereka bermain, makan dan meronda bersama. Mujur Zakiah belajar menunggang motosikal, boleh juga dibawa untuk bersama anak-anaknya meronda keliling kampung. Motorsikal peninggalan Ramlan dijaga elok oleh mertuanya.

"Esok Aisyah dengan Adam bangun awal ya,ibu nak balik kolompo dah" pesan Zakiah buat permata hatinya.

"Alaaa ibu nak balik dah Aisyah tak puas lagi main dengan ibu.."

Airmata Zakiah jatuh sendiri.sayu melihat anaknya merintih. Zakiah memeluk mereka dan menerang kan yang dia hanya kesana mencari rezeki. Dia berjanji jika dia sudah selesa dan dapat mencari rumah sesuai dia akan mengajak mereka tinggal disana. Anak-anak Zakiah terlena dalam dakapan Zakiah. Dia masih merenung anaknya teringat kan Ramlan yang dulu,setiap kali hendak tidur pasti Ramlan akan mencium mereka.

DERITA DI BALIK TIRAITempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang