IRIS Sophie menekup mulutnya. Tanda tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia lihat. Post yang baru dia upload beberapa minit yang lalu dipandang dengan penuh teliti.
Dia tak salah tengok kan?
Berkali-kali dia mengelipkan matanya.
"Arghh!"
Nadine Maisarah yang sedang memasak maggie di dapur terlompat kecil. Hampir sahaja sudu yang dipegangnya jatuh ke lantai. Dia mengusap dadanya berkali-kali. Kus semangat.
Dah mula dah perangai malaun sorang ni!
"Nadine! Nadine! Ya Allah! Masyaallah. Subhanallah. Lailahaillallah. Allahuakbar," ujar Iris Sophie sambil berjalan menuju ke dapur.
Nadine Maisarah yang mendengar hanya tersenyum hambar. Dah menjerit macam gorila baru nak ingat tuhan?
Kejadahnya?
"Kau dah kenapa? Kena sampuk hantu raya ke?"
Mangkuk yang berisi maggie ditatang dengan penuh berhati-hati sebelum meletakkannya di atas meja makan. Perlahan-lahan dia menarik kerusi lalu duduk. Begitu juga Iris Sophie yang mengambil tempat di sebelahnya.
"Bukanlah. Ni ha kau tengok ni," kata Iris Sophie teruja. Dengan bangga dia menayang telefon pintarnya sambil membuat muka kerek. Nadine Maisarah membuat muka bosan.
"So?"
"Kau ni cuba lah teruja sikit bagi pihak aku tanda support. Ni muka selebet kau jer yang kau tunjuk. Bosanlah macam ni!" Iris Sophie merungut.
"Owh yeah excited nyaaa. Huhuhu."
Nadine Maisarah berpura-pura menunjukkan reaksi teruja. Konon nak menyenangkan hati sahabatnya itu. Tapi memang ketaralah.
Tak ikhlas!
Iris Sophie mengeluh. "Itu tak ikhlas namanya."
"Habistu kau nak aku buat apa? Goyang bontot tanda rasa teruja macam kau selalu buat tu?"
Yup, Iris Sophie ni nampak jer macam pijak semut tak mati. Perangai? Tak serupa bikin.
Iris Sophie yang diingatkan tentang hal tersebut menayangkan muka tak puas hati. Dia pun takdelah teruk sangat sampai nak goyang bontot setiap masa bila dia rasa teruja. Kadang-kadang jer okay? Ada tu memang ada! Nak menafikan memang tak boleh.
"Takdelah sampai goyang bontot kau ni pun! Arghh! Dahlah cakap dengan kau ni buat sakit kepala aku jer," marah Iris Sophie.
"Siapa yang suruh cakap dengan aku? Huh?"
Malas melayan, dia segera menyantap maggie yang sudah hampir kembang. Ni semua Iris punya pasal. Perkara kecil pun nak heboh satu dunia. Tak faham. Tak faham.
"Kau ni kan!" Iris Sophie berasa sebal.
"Dahlah tu. Pergi main jauh-jauh sana. Orang nak makan pun tak tenang." Nadine Maisarah menghalaunya.
"Nak pergilah ni. Tak payahlah sampai menghalau,"balas Iris Sophie berjauh hati.
Malang sungguh nasib dirinya yang dapat kawan jenis tak sporting macam ni. Namun hal itu tak berlangsung lama sebelum dia kembali memandang telefon pintarnya. Tapi takpelah. Yang penting dia dah kena notice dengan crush nya. Auch! Dia terlompat-lompat keriangan sambil menuju ke biliknya.
Nadine Maisarah hanya mampu tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.
Macam budak-budak dapat mainan baru jer gayanya. Nasib baik comel. Kalau tak-eurm dah lama agaknya kena sekeh.
LAMA Aaron Daniyal memerhati gerak-gerik Zack Herza. Ha ini lah salah satu penyebab kenapa mereka berbalah. Perangai Zack Herza yang sukar untuk dikawal. Asyik nak ikut kepala otak dia jer.
Tanpa sebarang amaran Aaron Daniyal merampas telefon pintar milik Zack Herza sebelum dimasukkan ke dalam poketnya.
"Eii kau ni dah kenapa? Boleh tak satu hari jer jangan ganggu hidup aku. Annoying! Kau tau tak?"
Zack Herza marah dengan nada yang geram.
Pandangan tajam dihalakan pada Aaron Daniyal yang nampak bersahaja sambil memeluk tubuh.
"Kalau kau datang sini setakat nak buang masa untuk main game baik tak payah datang! Ada faham?" Dengan tenang Aaron Daniyal mengutarakan pendapatnya.
Betullah kan? Daripada buang masa main game di ruang latihan baik duduk rumah. Tak ada siapa kacau! Entah bagaimana lagi yang perlu dia lakukan untuk mengurangkan sikap ego Zack Herza.
Zack Herza mencuba untuk menahan amarahnya yang bila-bila masa sahaja boleh meletus.
"Kau jangan cabar aku Aaron!" Bibir digertap sekuatnya. Naik turun nafasnya tika itu.
"Aku takde cabar kau pun."
"I just want you to practice. P. R .A. C .T. I. C. E." sambungnya lagi.
"Aaron Daniyal!" Naik seoktaf nada Zack Herza.
"Ke kau rasa tercabar sebab Coach tak pilih kau sebagai ketua?"
Zack Herza memejam rapat matanya. Nafas berat dihela. Sosok Aaron adalah spesies yang paling dia benci dalam dunia ni. Berlagak nak mampus! Dia masih lagi mencuba untuk bersabar.
"Aku cakap baik-baik ni. Bagi balik phone aku sebelum--"
"Kenapa? Kau nak tumbuk aku pula?"
Wow!
Ini memang betul-betul menguji kesabarannya. Entah syaitan mana yang merasuk dirinya tika itu sehingga tanpa sedar sebuah penumbuk melayang tepat pada bibir Aaron Daniyal. Aaron Daniyal terdorong ke belakang.
"Tch-" Spontan Aaron Daniyal mendecit.
Rakan-rakan satu tim mereka hanya memandang tanpa ada seorang pun yang berani meleraikan. Ayden Darwisy yang baru sahaja tiba terkejut melihat adegan tersebut. Beg sandang miliknya dicampak ke tepi sebelum berlari-lari anak ke arah keduanya.
Tak boleh jadi ni!
Tangan segera didepakan. Seolah-olah memberi petanda untuk keduanya bertenang. Posisinya tika itu betul-betul di tengah-tengah.
"Relaks. Benda boleh bawak bincang baik-baik kan? Tak payahlah sampai bertumbuk!"
"Kepala otak kau relaks! Kau tak tau berapa lama aku bersabar dengan mamat perasan bagus ni! Makin lama makin biadap pula aku tengok. Bangsat!"
Nah tu dia. Mula dah mulut laser Zack Herza memainkan peranan.
"Huh? Aku cakap benda betul kut. Yang kau nak emo sangat kenapa? Terasa ke? Well, siapa yang makan cili, dia lah yang rasa pedas."
Aaron Daniyal membalas. Darah yang keluar dari tepi bibir dilap perlahan. Kata-kata yang menusuk dan tajam.
Semakin panas Zack Herza mendengarnya. Kepalanya dipusing ke kiri dan ke kanan.
"Eii mamat puaka ni memang nak kena dengan aku."
Segera dia menolak kasar Ayden Darwisy yang menghalanginya. Tak tunggu lama dia melayangkan penumbuk keduanya. Akan tetapi Aaron Daniyal dengan cekap menegah.
Kedua-duanya saling menatap tajam.
"Sabar guys benda boleh bincang. Tak maulah gaduh-gaduh ni!"
Dengan sekuat tenaga dia mencuba meleraikan mereka. Namun usahanya hanya sia-sia kerana hal yang jauh lebih ekstrem terjadi.
Rambutnya ditarik kasar oleh Zack Herza.
"Rambut aku Zack. Aduh! Woi! Sakitlah bangang."
Dari yang tadinya ingin melerai kini dia turut sama terlibat. Rambut Zack Herza dia tarik sekuat tenaga sebagai balasan.
"Zack lepaslah rambut aku. Woi!" Terkial-kial tangan Ayden Darwisy ingin melepaskan rambutnya dari cengkaman Zack Herza.
Ha sudah.
Maka tercetuslah peperangan mereka bertiga.
"Ya Allah! Apa yang kamu bertiga cuba buat ni?"
YOU ARE READING
A Diary From: The Three Basket Boys
Короткий рассказ"You could have smart friends that you simply will estimate generally, however to be dependable on an individual and knowing they'll be there for you, it's arduous to search out somebody like that." ~...