Bab 6

25 1 0
                                    

AYDEN Darwisy tersenyum kelat.

"Saya harap awak berdua tak ambil hati lah dengan Zack tadi. Dia itu nampak jer jahat tapi sebenarnya dia baik."

Iris Sophie dan Nadine Maisarah saling berpandangan sebelum sama-sama mengeluh. Nasib baiklah Zack Herza tidak berada di situ. Kalau tak dah lama kena ceramah dengan mereka.

Aaron Daniyal hanya sibuk bermain dengan telefon pintarnya. Kalau bukan sebab Ayden yang memaksa dirinya untuk ikut, memang tak lah dia nak duduk semeja dengan dua gadis di hadapannya ini.

"Kitorang bukan apa, cuma kalau korang bergaduh teruk tadi tak ke menyusahkan. Ke memang dah berniat nak kena buang kolej?!" kata Nadine Maisarah seolah memerli Aaron Daniyal yang ralit bermain telefon pintar.

"Kalau aku kena buang kolej pun, bukan urusan kau." Dingin Aaron Daniyal membalas.

Namun matanya masih tidak lepas dari memandang telefon pintar.

Nadine Maisarah agak bengang mendengarnya. Dia mendengus kasar.

"Dah lah Ayden. Jom balik. Aku takde masa nak layan minah dua orang ni! Tapi-- kalau kau nak stay lagi dengan diorang. It's your choice. Aku blah dulu." Aaron Daniyal terus berlalu pergi dengan riak wajah bekunya.

Nampak kurang beradab, monolog hati Iris Sophie.

"Hurm-maaf lah ya. Saya pun tak boleh lama-lama. Apa-apa pun thanks sebab korang sudi bantu leraikan Zack dengan Aaron tadi. Andai korang takde waktu tu, tak tau lah apa jadi. Mungkin betul-betul kena buang lah kut." Ayden Darwisy tergelak kecil.

"... Okaylah saya pergi dulu ya." Tambahnya lagi sebelum pergi.

Iris Sophie menatap lama belakang tubuh Ayden Darwisy. Bibirnya dicebik. Ini semua sebab Aaron Daniyal. Terhegeh-hegeh sangat nak balik.

"Ha yang kau ni kenapa pula? Sedih ke sebab tak dapat stay lama-lama dengan crush kau tu?"

"Uish gila kau, kalau aku tak sedih. Ini first time tau aku dapat duduk semeja dengan dia. Sebelum ni hanya dalam mimpi jer. Arggghhh!" Iris Sophie mula meroyan.

Nadine Maisarah meluat. "Apa-apa jer lah Iris."

DATIN Sofia terkejut melihat wajah anaknya yang lebam sana-sini. Tangan naik memegang wajah anak terunanya itu.

"Ya Allah! Apa dah jadi ni Aaron? Kamu bergaduh dengan siapa sampai jadi macam ni?"

Dipandang kedua anak muda itu silih berganti. Ayden Darwisy menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"An-anu aunty..."

Tergugup Ayden Darwisy membalas.

"Mom, Aaron okay jer lah. Tak payah lah cuak sangat."

Aaron Daniyal membalas sambil memegang lembut tangan Datin Sofia lalu perlahan-lahan diturunkan daripada memegang wajahnya.

"Macam ni kamu kata okay? Lebam sana-sini. Itu yang ka-"

Aaron Daniyal meletakkan jari telunjuknya tepat pada bibir Datin Sofia. Berkerut-kerut dahi Datin Sofia melihat itu.

"Shhhh..Aaron okay jer Mommy. Tak payahlah risau sangat. Hurm?"

Kini bahu Datin Sofia pula yang dielus-elus. Setelah itu, dia berlalu pergi meninggalkan Datin Sofia yang masih terkebil-kebil.

"Haish budak bertuah ni!" Datin Sofia merungut.

Ayden Darwisy hanya tersengih.

Erk. Apa aku nak jawab ni?

"Ha yang kamu tersengih ni kenapa? Baik kamu bagitau aunty apa sebenarnya yang jadi sampai muka si Aaron tu lebam sana sini?" Datin Sofia menyoal garang.

"An-anu..anu"

Aduh!

"Anu-anu apanya hah?" Geram melihat anak muda itu tergagap-gagap.

Seketika kedengaran Aaron Daniyal melaungkan namanya.

"Aydeeen!"

Datin Sofia dan Ayden Darwisy saling berpandangan.

Sengaja betullah anak teruna dia yang satu ni!

"Ha- er...anu aunty saya naik ke atas dulu ya. Aaron panggil. Hehehe."

Ayden Darwisy dengan cepat berlari-lari anak menaiki tangga.

Datin Sofia pula sudah mengeluh.

"Apa nak jadi lah dengan anak aku ni ya Allah?!"

Sampai sahaja di depan pintu bilik Aaron Daniyal segera dia masuk.

Kelihatan Aaron Daniyal yang terbaring lesu di atas katil.

"Kau okay tak?" Tanya Ayden Darwisy risau.

"Aku okay. Hurm..kau ada bagitau apa-apa ke dekat Mommy?"

"Huish memang tak lah aku nak bagitau. Sekali dengan aku nanti terlibat. Tak nak lah. Serik bro!"

"Tau pun." Ringkas dan padat Aaron Daniyal memberi respon.

"Tapi kan- kau memang dah tak nak berbaik lagi ke dengan Zack macam dulu? Bukan apa aku risau lah tengok korang berdua asyik macam ni jer. Takde langsung perubahan." Ayden Darwisy mengambil kerusi di meja belajar Aaron Daniyal lalu di bawa berdekatan dengan katil.

Perlahan-lahan dia duduk.

"Huh. Bukan aku yang cari masalah dengan dia. Dia jer yang eurm- entahlah. Aku pun tak faham apa yang dia benci sangat dekat aku."

Aaron Daniyal menghela nafas panjang. Tangan dinaikkan ke atas dahinya sebelum dipejam rapat.

Dia sudah buntu memikirkan itu semua. Entah apa yang tak kena pun dia tak pasti.

Zack, Zack.

IRIS Sophie bernyanyi kecil. Tangan memegang mop. Sambil menari-nari dia menggerakkan mop tersebut.

"Euphoria..yeay yeah yeah yeah yeah yeah. Huuu."

Nadine Sophie yang baru ingin memejam rapat matanya berasa terganggu.

"Kau ni mengemop pun nak bising apahal?  Aku nak tidur lah!"

Iris Sophie menjuihkan bibir.

"Kau tak nampak ke dah nak masuk waktu senja. Nak tidur jadahnya?"

"Alah kau tu dah tau nak senja duk terpekik-pekik nyanyi kenapa? Kalau suara sedap tak pe lah ni macam ka-"

"Ha..ha apa? Mulut kau! Aku cili kang baru tau!"

Mop di tangan di olok-olok menghala sahabatnya. Ada ke patut samakan suara dia yang sedap ni dengan katak. Dasar!

Nadine Maisarah yang tadinya ingin terlelap. Tak jadi. Dia bersila di atas katil. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

"Iris aku nak tanya soalan boleh?"

"Ha apa?" jawab Iris Sophie yang khusyuk mengemop.

"Kau tau ke punca Aaron dengan Zack tu selalu gaduh? Sebab ya lah dari apa yang aku tengok diorang tu macam ada benda tak kena jer. Macam sesuatu."

"Maksud kau?"

Iris Sophie berdiri tegak menghadap Nadine Maisarah.

"Eurm tak de apa lah. Perasaan aku jer kut," ujar Nadine Maisarah lalu kembali berbaring.

Ha sudah. Iris Sophie menepuk dahi.

"Haih engkau ni! Sabar jer lah. Kalau tak dah lama mop ni hinggap atas kepala kau. Huh."

A Diary From: The Three Basket BoysWhere stories live. Discover now