KETIGA mereka saling berpandangan.
"Ini bukan kali pertama, kedua ataupun ketiga kamu bertiga buat masalah macam ni! Tak serik-serik lagi ke?"
"Masalahnya Coach, saya ni cuma mangsa keadaan jer!"
Ayden Darwisy mempertahankan dirinya. Kalau tau nasib dia macam ni, baik dia biar jer dua orang malaun ni bergaduh.
Menyusahkan sungguh! Haih.
Coach Ammar merengus kasar. "Mangsa keadaan ke bukan mangsa keadaan, saya peduli apa?"
"Tapi Coach.."
"Tak payah nak tapi-tapi sangatlah. Sekarang, saya nak kamu bertiga lari keliling padang bola 40 pusingan. Lepas dah berlari, sila basuh pula toilet kat hujung tu. And..."
"Alah banyak sangat tu!" Zack Herza merungut.
Coach Ammar tak mengendahkan sebelum menyambung kembali perkataannya. "And last sekali saya nak kamu bertiga tulis surat permintaan maaf dalam 25 muka surat. Pakai kertas kajang! Faham?"
Ayden Darwisy memasang muka pasrah. Niat cuma nak meleraikan pergaduhan. Tapi- sekali dengan dia pula terlibat. Jadahnya?
"Faham Coach."
"Kuat lagi!"
"Faham Coach!"
"Semua boleh bersurai kecuali diorang bertiga," arah Coach Ammar. Tangan memegang kepala yang terasa berat. Pening dengan tingkah ketiganya. Sampai bilalah diorang ni jadi macam ni?
Akhirnya semua rakan-rakan yang satu tim dengan mereka perlahan-lahan bersurai.
"Kalau bukan sebab kau, kita takkan dapat denda macam hari ini." Zack Herza membuat muka.
Aaron Daniyal yang mendengar hanya membiarkan. Malas melayan orang yang bertindak tanpa berfikir dulu. Biasalah otak letak dekat lutut. Tu jadi macam tu.
"Kalau bukan sebab kau juga yang tarik rambut aku, aku pun takkan terjebak dengan denda yang banyak macam hari ni" balas Ayden Darwisy sinis.
"Huh..what so ever!"
Zack Herza menjelirkan lidahnya kepada Ayden Darwisy tanda mengejek. Siapa yang suruh ikut campur tadi?
Padan muka.
NADINE Maisarah memandang jam yang tergantung di dinding.
Tak bangun-bangun lagi ke budak ni? Dah lewat dah ni!
"IRIS SOPHIE!"
Habis bergegar satu rumah dengan suara pekikannya. Pintu bilik Iris Sophie diketuk berkali-kali.
Iris Sophie yang sedang lena tidur terpisat-pisat bangun. Matanya digosok perlahan-lahan. Dia masih dalam keadaan mamai. Matanya memandang ke sekeliling dengan pandangan yang kosong sebelum bangkit dari tempat tidur untuk membuka pintu.
Setelah pintu terbuka kelihatan Nadine Maisarah yang sedang bercekak pinggang sambil memandang dirinya dengan tajam.
Iris Sophie menutup mulut kerana menguap.
"Ada apa kau terpekik-pekik depan bilik aku pagi-pagi buta macam ni?"
"Pagi kau kata? Kau tengok jam sekarang! Dah pukul 12 tengah hari tau. Kau bukan patutnya ada kelas pukul 1 nanti ke?"
Walaupun dia nampak sahaja dingin dan keras dengan sahabatnya itu namun dia masih menyimpan rasa peduli. Lagipun bukan dia tidak mengenal sikap Iris Sophie yang suka sangat bergadang. Kalau dah bergadang, ha ni lah yang akan jadi. Matahari dah atas kepala baru nak terhegeh-hegeh bangun.
YOU ARE READING
A Diary From: The Three Basket Boys
Conto"You could have smart friends that you simply will estimate generally, however to be dependable on an individual and knowing they'll be there for you, it's arduous to search out somebody like that." ~...