Bab 7

26 0 0
                                    

COACH Ammar meniupkan wisel.

"Okay, semua boleh berhenti sekarang." Laung Coach Ammar.

Semua pemain berasa lega. Sampai juga masa untuk mereka berehat.

Coach Ammar menghampiri Ayden Darwisy dan Aaron Daniyal yang sedang berehat di bangku penonton.

"Kamu berdua tahu ke sebab apa Zack ponteng training hari ni?"

Aaron Daniyal yang sedang meneguk air memandang Ayden Darwisy. Mereka saling berpandangan.

Coach Ammar yang melihat itu berasa pelik.

"Hei..saya tanya ni! Jawablah."

"Entahlah Coach. Kitorang pun tak tau kenapa dia ponteng hari ni," balas Ayden Darwisy sambil mengangkat bahu berpura-pura tidak mengetahui apa pun. Walhal-

"Hurmm..okaylah kalau macam tu. Ha Aaron, kejap lagi bagitau diorang semua yang training hari ni sampai sini jer. Saya ada hal nak kena buat. Faham?"

"Faham Coach!" ujar Aaron Daniyal sambil menganggukkan kepalanya.

Mendengar jawapan dari Aaron Daniyal terus Coach Ammar pergi meninggalkan keduanya.

Ayden Darwisy menyiku lengan Aaron Daniyal.

"Ha kau apahal?" Aaron Daniyal mengerutkan dahinya.

"Kau tak rasa ke kita patut jenguk dia? Sebab yalah boleh tahan teruk juga dia kena belasah dengan Nadine semalam."

"Nadine?"

"Ya lah budak perempuan yang semalam tu. Takkan tak ingat? Kan ada dua orang, yang kena tolak dengan Zack semalam Iris, yang belasah Zack sampai lunyai tu pula Nadine. Ingat tak?" Ayden Darwisy menyoal.

"Ouhh..alah biarlah dia. Bukan mati pun. Lagipun salah dia juga siapa suruh cari penyakit. Kan dah kena." Botol air yang diteguknya diletak ke tepi.

"Tapi-"

Malas menghiraukan Ayden Darwisy dia menepuk-nepuk tangannya dengan kuat.

"Guys, hari ni Coach kata our training sampai sini jer. Dia kata ada hal."

Ke semua pemain bersorak riang. Ya lah itu maksudnya mereka dah boleh balik tanpa teruskan latihan. Siapa jer yang tak suka. Kan?

Ayden Darwisy menggeleng-gelengkan kepalanya. Sabar jer lah.

TERHIMPIT-HIMPIT Iris Sophie yang sibuk ingin melihat papa tanda di depan sebuah bilik.

"Eish apa ni?" ujar seseorang tidak berpuas hati. Tidak semena-mena dia menolak Iris Sophie.

Nadine Maisarah yang melihat itu berasa geram. Baru sahaja dia ingin melakukan hal yang sama terhadap orang yang itu, Iris Sophie lantas menarik hujung bajunya.

"Shhhh..tak payah layan orang macam tu!"

Nadine Maisarah merengus kasar.

Setelah agak lama bersesak, akhirnya dia mendapat juga peluang untuk melihat nota yang tertampal pada papa tanda.

"Weh, ini satu kesempatan yang bagus untuk aku. Jom join?" Soal Iris Sophie dengan penuh mengharap. Nadine Maisarah memasang wajah cemberut.

"Alah, kau jer lah yang join. Tak payahlah ajak aku. Aku malaslah. Tak ada faedah pun join menatang tu. Kalau kau ya lah boleh usha si Ayden tu, aku? Dah lah baik tak payah! Full stop!"

Nadine Maisarah menggoyang-goyangkan tangannya. Tanda dia betul-betul tidak setuju.

Mati kebosananlah dia nanti kalau betul-betul join kelab fans basketball tu. Ya Allah! Memang taklah nak ikut serta. Dia pun bukan fans sesiapa dalam Tim basketball tersebut. Erghh.

A Diary From: The Three Basket BoysWhere stories live. Discover now