Bab 5

23 0 0
                                    

NADINE Maisarah memegang pergelangan tangannya sambil tersenyum mengingat insiden tadi. Senyum perlahan terukir di bibirnya.

"Apa aku buat ni? Takkan dah angau?"

Dia menampar lembut pipinya.

Iris Sophie yang sedang elok meneguk air milo yang baru dia buat sebentar tadi membuat muka pelik. Segera dia menghampiri Nadine Maisarah yang duduk di atas katil.

"Kau pula dah kenapa? Dari kita balik tadi asyik tersengih-sengih jer. Ke kau angau dengan seseorang?"

Iris Sophie mengusik. Dia mencucuk lembut pipi Nadine Maisarah beberapa kali.

"Jangan merepeklah!"

Nadine Maisarah membalas pendek. Jari telunjuk Iris Sophie yang mencucuk pipinya ditepis perlahan.

"Alah tapi kan- tadi kau dengan crush aku nampak sweet lah pula. Kalaulah tangan aku yang dia pegang tadi kan best. Mimpi indahlah aku malam ni."

"Sweet apanya? Pegang tangan anak dara orang tu sweet? Kejadahnya!" Nadine Maisarah membalas gugup dengan nada yang sedikit dingin.

"Eleh tapi kan.."

Iris Sophie menggantungkan ayatnya.

"Tapi apa?"

Berkerut dahi Nadine Maisarah. Jangan lah budak ni buat spekulasi yang bukan-bukan lagi. Kehabisan idea nanti dia nak membalas.

"Tadi kan kau tengok dia depan-depan. Amacam? Handsome tak?"

Nadine Maisarah mengulum senyum.

"Hurmm..bolehlah."

Iris Sophie terkejut. Tak berkelip dia memandang Nadine Maisarah.

Biar betul?

"Kau ni biar betul? Aku tak salah dengar kan?" Iris Sophie menyoal menginginkan kepastian.

"Kan aku dah jawab bolehlah." Nadine Maisarah menekan perkataannya. Agak sedikit geram.

"Tak delah. Aku cuma terkejut bila dengar kau respon soalan aku. Sebab ya lah biasanya kau akan jawab 'not my taste lah' itu lah ini lah. Kali ni tak pula. Just eurm- ke kau dah terpikat dengan dia?"

Nadine Maisarah menelan air liur. Rasa terciduk. Suka? Takkanlah?

"Mestilah tak. Kau ni pun."

"Hurm..just asking!" Iris Sophie mengangkat bahunya.

AYDEN Darwisy melantunkan bola beberapa kali sebelum-

Shoot!

Bola masuk ke dalam jaring. Kali ini hanya mereka bertiga jer yang tinggal di dalam gelanggang basketball itu. Siapa lagi kalau bukan Aaron Daniyal dan Zack Herza.

Entah sampai bilalah mamat dua ekor ni nak berbaik. Bukan apa dia dah penat bila selalu jadi mangsa keadaan. Dia memandang keduanya dari kejauhan. Nafas berat dihela. Segera dia berjalan menghampiri keduanya.

"Ha, kau nak bincang apa dengan kitorang ni? Kalau tak penting sangat better jangan bazirkan masa aku. Aku ada banyak benda nak kena buat, "ujar Zack Herza.

Aaron Daniyal hanya menayangkan wajah bekunya. Tanpa sedikit pun reaksi.

"Aku nak bincang pasal korang berdua."

"Nak bincang apa? Penting sangat ke?" soal Zack Herza yang sesungguhnya malas ingin melayan.

Bukan dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ayden Darwisy. Tapi kalau tanya dia memang sampai bila-bila pun dia takkan sudi nak berbaik dengan mamat beku ni.

"Sampai bila korang berdua nak jadi macam ni?" Ayden Darwisy menatap keduanya silih berganti.

Zack Herza membuat muka. Dia menjeling ke arah Aaron Daniyal yang dari tadi hanya diam membisu.

"Tanyalah si bangsat tu."

Aaron Daniyal tersenyum sinis. "Huh? Aku rasa aku okay jer dengan dia. Tapi dia jer yang tak okay. Sikit-sikit nak ikut kepala otak dia. Macam dia tu dah betul sangat."

"Kau jangan nak melampau."

Zack Herza mulai hilang sabar.

"Zack, sabar dulu." Ayden Darwisy cuba menenangkan.

"Kau nak aku bersabar macam mana lagi ha? Mulut puaka dia ni memang dah melampau."

Tangan Zack Herza menarik kolar baju Aaron Daniyal.

Aaron Daniyal tergelak. "Tengok lah. Ini jer lah modal yang dia ada. Angin satu badan."

Zack Herza menarik dengan lebih keras lagi kolarnya.

"Kau jangan sampai-"

"Apa? Nak tumbuk aku? Ha sila kan!"

Sengaja Aaron Daniyal menayangkan wajahnya. Mengolok-olok Zack Herza.

Ayden Darwisy salah tingkah. Aduh.

"Korang benda boleh bincang baik-baik. Janganlah sampai bertumbuk. Kita masih dekat kawasan kolej ni!" Ayden Darwisy mengingatkan dengan cara berlembut.

"Arghh! Apa aku peduli? Kolej ke bukan kolej ke. Yang penting mamat ni memang dah melampau."

Tak berapa lama kemudian Zack Herza pun melayangkan penumbuknya. Begitu juga Aaron Daniyal. Sebelumnya dia hanya membiarkan sahaja Zack Herza memukul dirinya. Namun tidak pada kali ini.

Iris Sophie dan Nadine Maisarah yang baru sahaja membuka pintu gelanggang terkejut melihat apa yang baru mereka lihat.

Iris Sophie berlari-lari anak. Nadine Maisarah tercengang seketika.

Ayden Darwisy yang melihat Iris Sophie berlari-lari anak menepuk dahinya. Ha sudah.

"Korang ingat dengan bergaduh boleh selesai masalah ke ha?" marah Iris Sophie.

Tak habis-habis nak bergaduh. Memang lelaki kalau dah benci kena bertumbuk ke apa? Pening betullah.

"Eh eh kau siapa ha perempuan? Tak payah nak ikut campur lah!" balas Zack Herza. Tubuh Iris Sophie ditolak sehingga jatuh ke lantai.

"Kau?!"

"Dah lembik tu buat cara lembik. Tak payah nak berlagak hero."

Nadine Maisarah mengepal penumbuknya. Sakit hati melihat sahabatnya diperlakukan sedemikian.

Pap.

Sebuah penampar hinggap di pipi Zack Herza.

Tak perlu tunggu lama Zack Herza berjaya ditumbangkan dengan skill bela dirinya. Aaron Daniyal terpinga-pinga melihat Zack Herza sudah pun jatuh terbaring kesakitan. Dia menelan air liur.

Begitu juga Ayden Darwisy.

Wow! Ganas!

"Kau siapa ha sial? Kalau bukan sebab kau perempuan dah lama aku lunyai."

Zack Herza mencuba menutupi rasa malu. Rasa sakit pada kakinya akibat ditendang oleh perempuan itu masih tersisa. Besi ke apa kaki minah ni?

Nadine Maisarah tergelak sinis. "Itu baru 30% skill yang aku pakai. Kalau 100% kau rasa sempat tak nak bertaubat?"

Iris Sophie mengacungkan ibu jari. Perlahan-lahan dia bangun. Nadine Maisarah pun turut membantu.

Ayden Darwisy dan juga Aaron Daniyal hanya terkaku. Masih terkejut dengan apa yang mereka lihat.

A Diary From: The Three Basket BoysWhere stories live. Discover now