Bab 4

34 2 0
                                    

NADINE Maisarah terlopong. Mulut ditekup dengan kedua tangan.

"Maksudnya Aaron Daniyal tulah yang tolong kau tadi?"

Sungguh sukar untuk percaya lelaki sedingin Aaron akan melakukan hal tersebut. Itulah kan- kita memang tak boleh menilai orang dari luaran sahaja kerana belum tentu apa yang kita lihat sama macam dengan apa yang kita fikirkan. Simpan tu!

"Ya weii, masa tu memang aku terkejut gila babun sebab dia muncul tiba-tiba. Tapi-"

Dah pula pakai tapi-tapi.

"Ha tapi kenapa pula?" Nadine Maisarah mengerutkan dahinya.

"Tapi kalau yang tolong aku Ayden kan lagi best. Bolehlah feeling hero selamatkan heroin."

Iris Sophie dah mula berangan. Tersentak Nadine Maisarah.

Kecil besar kecil besar jer dia perhati Iris Sophie ni. Gatal sungguh. Disebabkan geram dia menjentik dahi sahabatnya itu dengan kuat. Puas hati.

"Aduh! Sakitlah Nadine. Apasal ganas semacam jer kau hari ni?"

Dahi yang kemerah-merahan digosok perlahan. Hampeh betul.

"Ini bukan soal ganas tapi kau tu ha? Orang dah tolong kira bersyukur lah." Nadine Maisarah mengingatkan.

"Kan aku cuma berharap bukannya tak bersyukur langsung." Iris Sophie menjuihkan bibirnya. Dia menopang dagu sambil melihat telefon pintarnya.

Jemari ralit bergerak dari atas ke bawah. Tiba-tibanya matanya terhenti pada satu foto.

Gambar crush nya bersama seorang wanita. Mata automatik terbeliak. Belum pernah sekalipun dia melihat Ayden merangkap crush nya itu memiliki foto bersama perempuan. Ini kali pertama. Muncul rasa curiga.

'Takkan awek dia kut?'

"Nadine kau tengok ni!"

Telefon pintarnya dihalakan pada Nadine Maisarah.

"Awek dia ke tu?" soal Nadine Maisarah.

"Tak tau lah." Iris Sophie membuat muka cemberut. Bunyi macam orang putus asa jer. Kepala digeleng-gelengkan.

"Tulah kau, aku suruh confess dekat dia tak nak. Kan dah meroyan sampai tujuh keturunan," perli Nadine Maisarah.

"Bukan setakat tujuh keturunan jer, aku yang terseksa seumur hidup. Huhuhu."

Iris Sophie mula berdrama.

Kembang kempis hidung Nadine Maisarah. Senyum hambar ditayangkan. Mata pula dijulingkan ke atas.

Menyampah.

"Dahlah kau tak payah nak berdrama sangat. Ni, kau takde kerja ke nak buat? Biasanya time-time macam ni kaulah paling sibuk mengalahkan Perdana Menteri." Keningnya terjungkit.

Iris Sophie mengeluh. "Bukan takde kerja, ada jer. Tu ha assignment aku ada berlambak nak kena siapkan tapi disebabkan gambar ni tak bersemangat pula nak buat. Huhuhu kecewanya daku."

Dadanya dipukul berkali-kali sebagai tanda hatinya betul-betul sakit.

Nadine Maisarah mula meluat. Kalau dah perangai Iris Sophie yang satu ni keluar. Memang malaslah nak melayan. Buang masa.

"Kau tau tak membuang masa tu amalan-"

Pantas Iris Sophie menyambung. "Syaitan."

Muak Iris Sophie mendengarnya. Itu sajalah modal Nadine Maisarah bila nak memerli dirinya. Dasar hati batu.

"Ha tau pun. Dahlah tu, daripada kau meroyan tak tentu pasal baik kau siapkan assignment kau. At least boleh cepat siap." Nadine Maisarah memberi arahan.

A Diary From: The Three Basket BoysWhere stories live. Discover now