AMMAR selaku pelatih mengeluh berat sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
Pening kepala melihat kelakuan tiga jejaka di hadapannya ini. Dia memandang mereka silih berganti. Mereka bukannya budak kecil yang tidak faham bahasa! Masing-masing dah dewasa. Tapi ego jer lebih.
"Coach, boleh tak kalau saya nak tarik diri dari tim ni. Kalah pun kalahlah. Janji, saya tak perlu menghadap diorang berdua ni hari-hari. Coach pun tau kan saya tak sebu--"
Pantas sahaja Coach Ammar memintas.
"Kamu diam!" Dia mula menengking.
Dadanya berombak menahan amarah. Melihat ketiga-tiga mereka membuat darah tingginya naik.
Suasana sedikit tegang.
Rakan-rakan yang satu tim dengan mereka menundukkan pandangan ke bawah. Ke semuanya berdiri dengan tangan ke belakang. Tiada satu pun yang menunjukkan reaksi. Sudah hampir tiga bulan mereka meluangkan masa bersama. Namun peristiwa yang sama sentiasa berulang seperti yang terjadi pada hari ini. Sebagai rakan satu tim bukannya tidak pernah dinasihati tapi kalau dah ego tinggi melangit, nasihat banyak mana pun tetap tak akan jalan.
Haih.
"Kamu bertiga ni bukan budak kecil yang tak boleh beza mana baik, mana buruk. Sekarang- saya nak tanya, berapa masa yang kita ada untuk berlatih sebelum pertandingan tu tiba?"
Serentak ketiga-tiga nya menjawab dengan nada yang cukup perlahan.
"Dua bulan."
"Kuat lagi!"
"Dua bulaaan."
"Laagiii!"
"Dua bulaaannn!"
Coach Ammar menarik nafas panjang. Dia menatap ketiganya dalam-dalam.
"Kita dah kesuntukan masa. Dua bulan jer lagi sebelum pertandingan rasmi dimulai. Kalau inilah kerjasama yang kamu bertiga tunjuk, dah tentu kita akan kalah. Tak boleh ke kamu bertiga buang ego tu jauh-jauh? Be more professional! Jangan ingat kamu jer yang penat. Saya pun penat kena hadap perangai keras kepala kamu bertiga ni!"
"So please! Saya merayu sangat! Tolonglah tunjukkan kerjasama yang baik as a team. Hurmm?" ujar Coach Ammar betul-betul berharap.
"Tapi Coach-" Zack Herza masih tidak berpuas hati.
Pandangan tajam dihadiahkan kepada Aaron Daniyal dan Ayden Darwisy yang hanya diam membisu.
"Takde tapi-tapi! Kamu Aaron kamu tu leader! Patutnya kamu jadi contoh yang baik. Bukannya kamu pun ikut sekaki melayan keras kepala diorang ni! Haih apa nak jadilah. Sekarang saya nak kamu bertiga push-up 200 kali sebagai hukuman. No excuse!"
Aaron Daniyal yang mendengar namanya dipetik menayangkan wajah beku tanpa ekspresi. Mata digerakkan ke kiri dan ke kanan. Sudah lali dengan sikap Coachnya yang selalu menyalah dirinya.
"Alah tak boleh kurang ke?" Soal Zack Herza.
Gila ke apa sampai 200 kali?
Coach Ammar menepuk dahinya. Haih, sabar jer lah.
"Does it looks like a joke to you? Kan saya dah cakap tadi! No excuse! Atau awak nak saya tambah?"
"Tak, tak nak!!"
Dengan cepat Zack Herza menjawab. Memang taklah nak tambah lagi. Mau patah tulangnya nanti! Bibirnya dicebik sebelum berdecit kecil. Apalah nasib?
"Then, apa tunggu lagi?"
Tidak tunggu lama ketiga mereka lantas meletakkan tangan ke lantai lalu melakukan push-up.
Peminat mereka yang turut sama menyaksikan kejadian tersebut berasa kasihan. Apatah lagi melihat idolanya itu dihukum sedemikian.
Well.
Siapa jer yang tak kenal ketiga mereka. Budak lelaki paling hot dalam kolej ni!
Yang pertama-
Aaron Daniyal. Seorang yang terkenal dingin dan tak banyak cakap. Atau lebih dikenali sebagai 'Cold Hearted'.
Yang kedua-
Zack Herza. Seorang yang agak nakal dan susah untuk menerima teguran. Lagaknya yang sombong dengan mulut celuparnya atau lebih tepatnya susah nak diam mendapat julukan sebagai 'Bad Boy' yang sukses.
Yang ketiga-
Ayden Darwisy. Seorang yang lemah lembut dan tidak sombong. Sikap nya yang ramah dan baik hati terhadap semua orang membuatnya digelar sebagai 'Soft Boy'.
Ketiganya memiliki wajah yang tampan.
Ala-ala K-pop.
Tak hairan lah kalau peminat mereka semakin hari semakin bertambah. Cuma-
tu lah ketiganya tidak sependapat terutama dalam bidang- 'Basketball'.Susah untuk melihat mereka akur. Setiap hari ada sahaja pergaduhan yang tercetus. Entah sampai bila hal ini akan berterus pun tak tahu lah.
Nadine Maisarah yang duduk dibangku penonton mengeluh.
"Kau ajak aku ke sini untuk tengok diorang bergaduh ke macam mana? Huh- membosankan." Lantas dia menguap selebar-lebarnya.
Iris Sophie mendengus kasar. Kut ya pun menguap tutuplah mulut.
"Haih kau ni! Tak senonoh!"
"Apa? Takkan nak menguap pun tak boleh?"
"Apa-apa jerlah." Iris Sophie mengulingkan mata ke atas.
"So, sekarang ni kau memang nak tengok diorang habiskan push-up ke? Tak nak balik?"
Nadine Maisarah sudah panas punggung. Duduk lama-lama di situ bukannya mendatangkan faedah pun. Tambah lagi melihat ketiga jejaka tersebut.
Not even her taste.
"Kejaplah."
Iris Sophie masih lagi ingin melihat crush nya yang sedang melakukan push-up. Hati berbunga riang walau hanya meminati dari jauh. Tersenyum-senyum dia.
Kenapa nampak 'manly' sangat ni! Auch! Agaknya berapalah abs yang crush dia tu ada? Sampai tak 6 ketul? Ahaks gatal sungguh kau wahai Iris Sophie.
"Ya Allah Iris! Kau sedar tak sekarang pukul berapa?"
Nadine Maisarah mula tidak senang duduk. Budak ni bukan boleh percaya dengan perkataan 'kejap' yang tak berapa nak kejap tu!
"Alah 5 minit jer hurm? Pleaseee?"
Tangannya digosok-gosokkan menginginkan simpati dari sahabatnya itu.
Dia tersenyum setelah melihat anggukan Nadine Maisarah. Nadine Maisarah pula hanya membuat muka pasrah.
Sudah terlalu arif melihat kegedikan sahabatnya itu. Tapi gedik yang behave lah. Bukan sejenis gedik yang mengada-ngada macam grup sebelah tu. Terlompat-lompat macam orang tak cukup zat.
Jam ditilik sambil menanti selama 5 minit seperti yang dipinta Iris Sophie.
Lima,
Empat,
Tiga,
Dua,
Satu.
5 minit pun berakhir.
"Your five minutes is over! So can we?"
Tak sabar nak keluar dari tempat ni!
"Hish. Ya lah ya lah. Tak menyempat betul."
Akhirnya Iris Sophie mengalah.
YOU ARE READING
A Diary From: The Three Basket Boys
Historia Corta"You could have smart friends that you simply will estimate generally, however to be dependable on an individual and knowing they'll be there for you, it's arduous to search out somebody like that." ~...