Bab 8

30 1 0
                                    

IRIS Sophie tidak senang duduk di atas katil. Kejadian siang tadi masih terbayang-bayang dalam mindanya. Dia berguling ke kiri dan ke kanan di atas katil beberapa kali.

Nadine Maisarah berasa agak bersalah melihat tingkah Iris Sophie yang nampak gelisah itu. Perlahan-lahan dia mendekati lalu duduk di atas katil Iris Sophie. Belakang tubuh Iris Sophie ditepuk kerana posisi Iris Sophie yang membelakanginya.

"Kau okay tak?" Dengan penuh hati-hati dia menyoal.

Iris Sophie merengus. Dia membalikkan badannya dengan kasar.

"Do I look okay? Of course not!"

Nadine Maisarah meneguk air liur. Wajah garang Iris Sophie membuatnya sedikit gerun.

"Alah, aku bukan sengaja. Niat aku baik tau. Cuma Ayden tu jer yang cepat salah faham. Huh! Lagipun kalau aku betul-betul cakap orang yang kau suka tu sebenarnya dia, tak ke kau tambah malu?"

"But still! Haish!" Iris Sophie menekup mukanya dengan bantal.

"Alah sorry lah" Nadine Maisarah memohon. Dia betul-betul rasa bersalah.

"Sorry, sorry! Pergi naik lorilah!"

"Perumpamaan yang dah lama tu. Dah tak laku dah." Nadine Maisarah berseloroh.

"Nadine! Aku serius ni! Boleh pula dia buat bergurau!" marah Iris Sophie. Bibirnya dicebik.

"Okay, okay. Sorry ya aku salah. Tapi still tak sengaja. Kan aku-"

"Dah dah stop! Kau bukan menenangkan aku tau tak! Kau buat aku makin rasa panik adalah. Manalah aku nak sorok muka aku ni? Tak kira, ni semua salah kau!"

"Takpelah, kalau kau malu nak jumpa Ayden. Kau menyoroklah bawah ketiak Aaron. Huhuhu"

"Nadine Maisaraaahh!"

Ya Allah mencabar sungguh lah sahabatnya yang satu ini.

Terkekeh-kekeh Nadine Maisarah.

"Aku bukan melawak sekarang ni Nad! Kau ni boleh tak jangan buat main-main ayat aku. Aku tengah serius ni!"

Sungguh susah untuk seketul Nadine Maisarah menahan tawanya. Muka cemberut Iris Sophie seperti sedang menahan berak. Macam mana dia boleh menahan tawanya dari terhambur.

Ya ampun!

"Tak wei, muka kau sekarang macam tengah tahan berak! Lawak sioot!" Terhinjut-hinjut bahu Nadine Maisarah.

Be-be-berak?

"Kau pahal kaitkan pasal tu. Ish tak senonohlah minah satu ni!" Bantal di dekatnya dilempar tepat pada wajah Nadine Maisarah.

Biasalah. Kalau dah nama sahabat. Tatap muka lima detik pun boleh jadi bahan tawa.

"Betul wei, ni jap aku snap gambar muka kau sekarang."

Telefon pintar diseluk dalam poket hoodienya.

"Ha cuba kerutkan dahi macam tadi," sambung Nadine Maisarah lagi.

Iris Sophie dengan naifnya mengikuti kata sahabatnya itu.

Klik.

"Nah cuba kau tengok. Muka kau macam tengah tahan berak!"

Nadine Maisarah tak berhenti menertawakan hasil foto yang ditangkapnya.

Iris Sophie yang melihat pun ikut tertawa. Buruk sungguh wajahnya tika itu.

"Kurang ajar!" ujar Iris Sophie. Bahu Nadine Maisarah ditepuk dengan kuat.

"So, kau dah tak marah lagi kan?" soal Nadine Maisarah.

Iris Sophie membuat muka. "Ermm tak tau."

Dah macam pasangan jer lagak dua sahabat ni!

"Ha apa kata, aku belanja kau makan kat cafe sebelah lapangan basket tu? Amacam? Mana tau terjumpa crush kau."

Nadine Maisarah menaik-naikkan kedua keningnya.

Iris Sophie terus bangkit dari katil menuju almari.

Terkebil-kebil Nadine Maisarah melihatnya. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Ha jomlah pergi. Yang kau tercongok kat situ apahal?"

Tergeleng-geleng kepala Nadine Maisarah.

See? Tak susah pun nak pujuk si 'Iris' ni. Cakap jer pasal nak jumpa crush mesti dia akan teruja dan gembira.

Iris, Iris.

Sampai sahaja di depan kafe. Mereka berdua melihat Ayden dan Aaron melalui pintu kaca.

Iris Sophie dah terlompat.

"Wei dia ada! Dia ada! Arghh!"

Nadine Maisarah segera menekup mulut Iris Sophie.

"Shh..kau ni! Janganlah obvious sangat. Kalau kantoi nanti macam mana?" Nadine Maisarah mengingatkan.

Iris Sophie tersenyum malu.

"Hehehehe"

Kedua mereka pun masuk ke dalam kafe. Nadine Maisarah pergi ke arah kaunter manakala Iris Sophie mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Yang pasti kenalah berdekatan dengan crush nya.

Ahaks!

Ayden Darwisy mengukir senyum sebelum menyapa gadis yang sedang sibuk mencari tempat duduk.

"Iris!" Serunya.

Iris Sophie yang mendengar namanya dipanggil menoleh ke belakang. Terlihat Ayden Darwisy yang melambaikan tangannya.

Jangan dia suruh aku duduk sekali dengan diorang sudah. 

Mampuslah kalau ya! Lagi takut membayangkan jika dirinya dipaksa duduk bersebelahan dengan Aaron si mamat dingin yang susah nak senyum tu.

Please! No!

Namun, harapannya hancur musnah ketika Nadine Maisarah sudah pun menghala ke arah mereka. Dasar Nadine tak guna. Baru jer tadi minta maaf. Sekarang ni apa? Suka betul mendajal dia. Sabar jer lah.

Nadine Maisarah mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Ayden Darwisy itu pun atas paksaan Ayden yang menginginkannya supaya bersebelahan dengan Aaron Daniyal.

Dugaan apakah ni?

Perlahan-lahan Iris Sophie duduk.

Aura dingin Aaron Daniyal betul-betul terasa setelah dia duduk bersebelahan dengan jejaka tersebut.

"Wow, so sweet! Tak sangka korang pakai baju warna sama!" tegur Ayden Darwisy sebaik sahaja Iris Sophie duduk.

Terkelip-kelip mata Iris Sophie memandang warna baju yang dipakai oleh Aaron Daniyal.

Tambah lagi satu dugaan.

Aaron Daniyal pula hanya menayangkan wajah beku. Sama sekali tidak tertarik dengan apa yang baru dia dengar. Jemarinya sibuk menari-nari di atas skrin telefon pintarnya.

"Ha..tu lah kan. Tak sangka pula," balas Iris Sophie yang menggaru lehernya.

Suasana agak kekok sampai kan sudu yang dia pegang terjatuh ke lantai.

Ayden Darwisy yang melihat justeru ingin menolong tapi dengan cepat ditegah.

"Eh takpe-takpe saya boleh ambil sendiri."

Dia menundukkan kepalanya. Hampir sahaja kepalanya terhantuk pada bucu meja sebelum ada satu tangan yang memegang bucu meja konon menghalang dahinya terhantuk. Iris Sophie tergamam.

Dia mengangkat kepalanya. Kelihatan wajah beku Aaron Daniyal yang menyapa pandangan.

"Aku takut kau bocorkan kepala kau sebab pandang muka aku yang handsome ni!"

Nadine Maisarah dan Ayden Darwisy berpandangan.

Iris Sophie rasa ingin mencarut.

Damn!

Dia ingat dia tu kacak sangat? Tampan sangat? Kenapalah manusia macam dia ni wujud. Dahlah dingin, mulut sarkastik pula tu.

A Diary From: The Three Basket BoysWhere stories live. Discover now