Flashback
"Cepatlah sikit Ce... lambatlah kau ni.. ish.." omel acah2 garang Syura yang berjalan laju di hadapan ku. Dia bolehlah jalan laju, barang dia bawa ringan je.
"Kejap.. penat lah Syu, kita rest kejap boleh tak.. lenguh dah ni.." ujar ku jujur, dah naik lenguh kaki ni berjalan kaki ke sana kemari mencari barang keperluan Syu nak masuk kolej. Dia baru saja selesai urusan keluarganya dan decide nak sambung belajar tapi agak jauh juga di belah utara sana.
Melihat Syu yang taknak berhenti rehat, aku akur dan kami meneruskan perjalanan lagi, semangat betul dia macam tiada lelah langsung. Aku yang dari tadi sudah lenguh kaki hanya mampu bertahan dan berhenti sekejap2. Namun semua lelah itu seakan terus hilang bila aku terpandang senyuman manis milik Syu yang sedang teruja, senyuman dia dah ibarat power bank untuk aku. Ku gagahi lagi sambil menjinjing beg berisi belian barang2 milik Syu tadi.
Melayan karenah Syu betul2 buat hati aku berbunga indah, setiap sisi hati aku terasa bahagia bila dengan dia. Walaupun Syu ni kadang seoalah main tarik tali dengan aku, semua tu tak pernah aku ambil pusing. Biarlah dia tak layan perasaan aku, yang penting jadi sahabat terpenting dalam hidupnya sudah lebih dari cukup untuk aku.
Setelah beberapa kedai telah dia tawaf di dalamnya, barulah Syu terasa penat dan mula mengajak aku untuk mengisi perut nak recharge energy lagi balik. Kami pun bergerak dan menuju ke sebuah restoran makanan ala Korea, pelik pula Syu hanya menurut sebab dia tak berapa minat Korea2 ni. Manalah tahu Park Seo Joon yang ambik order nanti, ceh sempat berangan. Ingat Youn's Kitchen ke.
Selesai memesan makanan, aku lihat Syu sibuk nak tengok handphone je so aku pun scan sekejap restoran ni, cantik juga siap ada port nak ootd di tepi dengan kerusi dihiasi flowery garden. Sempat juga aku berkomen sendiri dalam hati tengok pelayan2 mereka ni tak amalkan professional attire, rambut panjang tu tak disanggul kemas dan hanya diikat pony tail. Tak apalah, husnuzon mungkin tak sempat briefing.
Kemudian aku terfikir plan yang aku dah susun atur cantik semenjak minggu lepas. Nak bercuti santai dengan Syu sebelum dia masuk kolej.
Baru sahaja aku nak memula bicara, pelayan dah datang bawakan Korean Sauce Chicken Wing yang jadi pilihan Syu tadi. Laju juga siap tapi nampak macam tak sedap. Ah biar. Syu sudah bersiap menjamah, aku hanya membiarkan seketika dia nampak sangat lapar tu.
"Syu.."
"Ye.."
"Syu.."
"Ye Cece Haris kenapa dah buang tebiat ke.."
"Ada nak cakap ni.."
"Cakap je lah.. tiba macam nak minta izin pula dia ni.."
"Hehe ni camni, before kau masuk kampus kan.. minggu depan nak tak kita pergi Pulau Pangkor?"
Syura yang pada ketika itu sibuk nak menelan chicken wing tu terhenti sebentar.
"Pangkor? Nak buat apa?"
"Nak bercutilah, apa punya soalanlah engkau ni Syu"
"Yelah mana tahu kau nak jumpa sesiapa kat sana tu.. ada event ke"
"Takde, memang aku nak bawa engkau jalan2, boleh tak Syu? Lagipun kau nak keluar dari rumah makcik Isnin depan kan?"
Syu mengerutkan dahinya sejenak berfikir sesuatu.
"Tanya abah ok je kot kalau dengan kau.. tapi Ce..hmm"
"Tapi apa?"
"Aku mana ada duit Ce.. duit aku dah sibuk nak bayar itu ini buat masuk kolej nanti.."

YOU ARE READING
LDR (gxg)
RomancePernah Ldr? Survive tak? Let's touch the reality of Ldr shall we? Kisah seorang Cece dan hatinya.