Chapter 3

1.2K 49 2
                                    

"Make sure takde apa2 lagi tinggal eh kakak, pergi check betul2" Arah abah Syu, Pakcik Aman.

"Dah takdelah abah dah check" Jawab Syu sambil aku membantunya mengemaskan kedudukan beg2 di bonet kereta.

"Betul eh, awas kalau ada lagi"

"Eleh Abah ni, macamlah dia yang drive, Cece kot drive kan"

"Sebab tu lah Abah ingatkan balik2 ni, nanti menyusahkan Cece pula nak ulang balik ambil barang kakak kan.." Jawab Pakcik Aman.

Aku hanya tersengih dan sempat buat muka mengejek tengok Syu mati kata akibat abah dia bidas kata2nya.

"Ni Cece terima kasih lah nak, sudi drive kan kami hantar Syu ni.. pakcik tak larat sangatlah jauh benar rasa Sungai Petani tu lagi pula pagi buta ni"

"Eh takpe Pakcik.. kan sy yang offer nanti pakcik dengan makcik boleh rilek je, In Shaa Allah kita sama2 selamat hantar budak Syu ni"

Pak Aman tersenyum senang, baru saja dia nak buka mulut berbicara lagi,

"Haih baik sangatlah kamu ni Cece, kalau kamu ni anak jantan dah lama makcik kenankan dengan Syu ni" mak Syu yang tiba2 muncul dari dalam rumah sambil menyuakan sekotak susu Dutch Lady untuk aku. Tertelan air liur sikit aku dengan pernyataan yang keluar dari mulut dia tadi. Dia dengarlah perbualan kami dari sebentar tadi ni.

Huh, aku segera minum susu DL tu, actually mak Syu bagi untuk aku minum masa drive nanti, disebabkan aku ni tak pandai nak minum Kopi. Cheq jadi pening kalau kopi2 ni, tu sebab kena bagi susu. Dan kisahnya aku drivekan kereta Pakcik Aman hantar Syu ni, sebab adik beradik dia yang lain sibuk, memikirkan aku rasa Pakcik Aman tak larat drive jauh, jadi aku offerlah diri. Kami memilih gerak awal pagi kerana nanti boleh sampai di kolej Syu masih pagi, memandangkan esoknya aku dan abah dia akan masuk kerja lagi.

Setelah memastikan semua barang2 Syu tadi dah lengkap, kami memulakan perjalanan dengan Bismillah. Baru start journey, Syu dan parents dia terus sahaja bertekak dan bergelak tawa macam2 hal, aku hanya mampu menyampuk sikit2 tak pandai nak blend in conversation sangat. Jauh di sudut hati aku rasa cemburu sangat dengan Syu, cemburu dengan hubungan kekeluargaan mereka. Parents dia sayang dia. Aku? Entahlah.

Tidak lama tu, Syu tiba2 diam dan mengambil handphone dia, macam dia nak chat someone. Then aku dapat notification WhatsApp, aku ingatkan nanti saja lah buka tapi makin ligat pula ting! Ting! noti masuk. Tak tahan aku terus capai dan buka fon kejap, nasib tengah tak banyak kereta sangat jadi bawa slow masih jadi boleh jeling2.

Rupanya chat tu semua datang dari Syu.

'Ce.. aku tertinggal sweater dengan selimutlah 😭😭 macamana ni'

'Ce bukalah!'

'Ce!'

Begitulah seterusnya chat2 dia masuk memaksa aku untuk tengok phone. Aku mengerling dia kat sebelah yang buat muka tak tahu, haa tulah tadi iye sangat semua takde tinggal. Takutlah tu abah dia marah, nak tergelak pula aku tengok dia sekejap muka susah hati tu. Lalu aku berfikir sebentar masalah Syu ni dan mengambil keputusan untuk singgah rumah sewa aku. Terpaksalah uTurn nasib tak jauh, aku beri alasan dengan Pakcik Aman nak singgah kejap ambik barang aku.

Ye memang pun ambik barang aku, untuk anak dia yang pelupa tu lah. Setelah sampai di bilikku, aku mengambil selimut dan sweater kesayangan aku untuk dipakai Syu nanti. Mulanya aku bercadang nak je belikan baru untuk dia nanti tapi rasanya elok dia pakai barang aku je, bolehlah dia ingat aku selalu. Haha harapan tu.

Setelah hampir 4 jam berapa minit perjalanan menuju ke Sungai Petani, akhirnya kami sampai. Sempat singgah ke masjid tadi nak solat Subuh dan Syu pula nak berganti baju yang lebih kemas untuk sesi pendaftaran.

LDR (gxg)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang