'Your biggest hater is the one who close to you'
Or at least the one you thought close to you.
Aku tak mampu nak hadam lagi semuanya. Its just too much. Setelah hampir 3 jam lama aku di bilik air mencuba untuk tidak hanyut dalam kesesakan hati, perlahan2 aku keluar dan pandang Syu yang masih lena di katil.
I don't know suddenly i feel numb, like nothing happen. Kenapa aku ni, kenapa aku rasa pelik sangat sampai keliru aku tengah sedih ke apa. Tapi aku rasa takut nak dekat dengan Syu.
Perlahan2 aku duduk di kerusi dressing table, tidak tahu berapa kali aku raup muka ku kasar. Terasa penat sangat seluruh jiwa dan raga aku ni. Macam banyak sangat benda tiba2. Aku meletakkan kepala di atas meja beralas lengan. Im so tired, lama kelamaan tidak sedar aku terlena disitu.
"Ce.., Ce bangunlah.."
Sayup2 suara itu menerjah di telingaku, memutuskan ketenteraman radu. Jika beberapa jam lalu, suara itu boleh membuatkan aku bersemangat dan teruja namun kini suara tu buat aku rasa gementar.
Perlahan2 aku cuba mengangkat kepala dari lengan, terasa sakit belakangku semalaman tidur dalam keadaan begini.
"Hmm Ce, aku nak mandi ni"
Terdengar suaranya lagi di belakang ku. Tanpa menoleh aku mengangguk lantas terdengar pintu bilik air ditutup sejurus selepas itu.
Apa yang harus aku buat sekarang? Seawal ini aku sudah mengerah seluruh otak saraf untuk berfikir sesuatu yang sangat berat. Tidak sedar aku termangu disitu terlalu lama hingga Syu selesai mandi. Disebabkan dressing table ni berhadapan dengan katil aku boleh lihat Syu yang sedang meneliti handphonenya sambil tersenyum melalui pantulan cermin. Agak lama dia keadaan begitu sebelum, memakai baju lagi.
"Hmm.. Ce.."
Aku hanya berdehem perlahan. Masih kaku duduk disitu.
"Ce.. kau balik bila eh? Kau ajak aku stay hotel je kan Ce?"
Aku memang tak beritahu Syu tentang plan aku nak sambut birthday dia. Tiada jawapan yang aku berikan hanya mampu menunduk.
"Ce, aku ada group discussion lah harini, hmm awal pula member2 aku nak buat, hmm..."
"Takpe.. aku hantar kau nanti aku pun nak balik juga ni.." Aku terus mencelah
"Yeke? Alah tak dapatlah spend masa dengan kau hmm"
Dari cermin aku nampak Syu seakan menahan tawanya disitu, dia tak perasaan sebab aku hanya menunduk.
"Tapi takpe Ce, kawan aku nanti boleh ambik lepasni. So kau tak payahlah susah2 eh.."
"Okay, aku mandi dulu.." perlahan2 aku bangun dari situ dan menuju ke bilik air membersihkan diri dengan agak lama. Bila aku keluar, Syu sudah siap memakai baju dan tudungnya. Memang sah dia ingin cepat berlalu dari terus bersama aku disini.
Aku cepat2 memakai baju jauh dari Syu dan terus mengemas beg pakaian. Aku tercari2 beg laptop, tapi rupanya dah ada disana bersama beg pakaian Syu.
"Aku dah siap" ujarku
Syu yang ketika itu bermain handphone terus bingkas bangun lalu kami keluar dari sana. Tiada kata yang keluar dari mulut masing2 ketika di dalam lift, aku sedaya upaya menjarakkan diri sementara dia sibuk dengan handphone.
Setelah selesai urusan check out, kami hanya menunggu di luar lobi, Syu tak kata apa dan cuma menjenguk2 drop point dan berulang kali menjeling handphone sementara aku hanya di belakang dia. Seketika kemudian, muncul kereta Saga FLX merah membuatkan Syu melambai2 kan tangannya tinggi ke arah kereta tu. Bila mereka berhenti betul2 di hadapan pintu masuk, keluar seorang lelaki dari bahagian pemandu. Mungkin inilah Huzir, segera dia menghampiri Syu dan mengambil beg pakaian Syu serta beg laptop aku di tangan Syu. Kemudian aku perasan di bahagian seat penumpang belakang tingkap dibuka dan beberapa orang perempuan disitu memanggil2 Syu sambil bergelak ketawa.
![](https://img.wattpad.com/cover/270850414-288-k226796.jpg)
YOU ARE READING
LDR (gxg)
RomancePernah Ldr? Survive tak? Let's touch the reality of Ldr shall we? Kisah seorang Cece dan hatinya.