Chapter 7

1.2K 56 13
                                    

"Sometimes you have to give up on people. Not because you dont care, because they dont"

Aku membaca berulang kali quotes tersebut.

Hati yang masih rindu, masih ambil kisah dan juga mungkin masih menanti kata maaf? Sesuatu yang tak mungkin.

Thats why give up, just give up heart. Haih susahnya nak give up.

Aku buka instagram dan post di story gambar quotes tadi. Memandangkan tiada yang menarik dalam ig untuk aku lihat, aku sleepkan hp dan buka laptop.

Laptop office yang aku angkut ke rumah nak tengok movie. Aku ni sejenis tak boleh tengok movie lama2 guna hp biarpun pakai holder. Mengantuk jadinya, berbeza dengan laptop biarpun dah tunggang tebalik dia aku bawa sebab nak baring.

Aku buka website dramacool. Nak sambung tengok drama korea 'voice' season 1. Drama lakonan Lee Hana, cerita crime thriller tentang watak polis call center yang mempunyai kebolehan mendengar sekecil2 bunyi biarpun jauh dari dia. Dalam cerita ni dia team up dengan Jang Hyuk seorang detektif yang kematian isteri untuk mencari pembunuh bersiri. Tense dia cerita ni boleh buat hangin.
Kalau cerita korea ni aku lebih prefer layan genre crime daripada romantic. Cuma ada satu dua sahaja cerita romantic yang aku rasa aku pernah tengok habis.

Sedang2 aku menonton, ada pula notification reply story. Mulanya aku nak jeling sahaja nanti baru tengok siapa, tapi bila aku pandang username dia 'AnisElin___' aku terus pause drama dan buka.

Memang semenjak haritu, Anis dah tak reply chat aku, aku ada juga tanya tapi dia hanya bluetick. So aku taklah nak push dia tanya dia sangat. Tapi memang tak dinafikan aku masih tertanya2 tentang hal tu.

'Nice quotes'

Aku tersenyum membaca react dari Anis dan mula menaip untuk membalas.

'Thankyou Anis 😊'

'Boleh aku text kat ws tak?'

Berkerut sekejap aku, pelik pula dia ni macam nak minta izin.

'Boleh je Anis..' balasku.

Tidak lama kemudian masuk chat dari dia.

'Erm.. Hi Cece 👋🏻'

'Hi too Anis, kau okay?'

'Okay je, hmm sebenarnya.."

Typing..

'Sebenarnya Cece, aku..'

Aku masih menanti apa Anis nak cakap ni.

'Hmm aku call kau boleh tak? Ada benda nak cakap?'

Berangkai- rangkai betul pula si Anis ni, kenapa dia nak call eh tak boleh ke chat je. Sebenarnya aku agak segan juga sebab dulu bukannya rapat pun dengan dia. Tapi melihat Anis macam susah payah je ni aku iyakan saja dan menunggu panggilan dari dia. Setelah mendapat call aku terus jawab,

'Hello..' aku menegur terlebih dahulu namun agak lama baru Anis menyahut.

'Hello'

Aduh bukan main cold suara si Anis ni macam takde feeling. Aku jadi makin segan pula, rasa pelik betul masa ni. Dah tu, dia jadi diam pula aku pun turut sama. Hanya kedengaran seperti bunyi selimut dan bantal bergeseran kasar tapi sebentar saja dan diam kembali. Suasana jadi canggung sangat biarpun hanya dalam panggilan telefon. Aku ni memang ada bakat semula jadi buat orang awkward dengan aku ke.
Aku beranikan diri untuk bersuara lagi,

"Hmm.. An.."

Belum sempat aku nak habis cakap tiba2 Anis mencelah laju

"Cece aku nak minta maaf kat kau pasal haritu, aku tau mesti kau pelik dengan seram kan dengan aku? Pasal aku tau pasal engkau tu? Aku asyik tanya kau sihat ke tak?Sorry i didn't mean to being creep, aku cuma concern dengan kau je, kau janganlah ingat aku ni creepy eh? Aku memang kadang2 check je Socmed kau, kau marah aku tak Cece? Aku nak minta maaf juga sebab tak reply chat kau lagi? Aku harap kau masih nak kawan dengan aku"

LDR (gxg)Where stories live. Discover now