Chapter 6

1.1K 56 19
                                    


Sambungan dari chapter 1...


Tangan Syu hangat menggenggam lenganku, manakala aku masih termangu, terpaku. Aku berusaha melupakan dia, berusaha memadam namanya dalam kamus hidup aku. Namun kemunculannya hari ini setelah berbulan, seakaan menghukum perasaan yang cuba aku tidakkan.

Merindukan seseorang yang telah menyakitimu.

Menyakiti? Ya Allah aku taknak jadi numb lagi. Cukup sakit sudah seluruh raga aku selama ni.

Perlahan aku bangun dan cuba melepaskan genggaman Syu tadi. Aku halakan tapak tangan ku di dada cuba mengawal sesaknya di dalam hati.

"Kau nak apa datang sini.." tuturku sambil hanya mampu menunduk.

"Alah.. aku datang sini nak jumpa engkau lah Ce.. kau ni macam dah lupa yang aku ni kawan kau.."

Aku tersengih dengan apa yang baru aku dengar. Kawan? Syu, pandai sangat kau berlakon. Aku tertipu begitu lama.

"Kenapa pula kau senyum macam tu Ce?"

"Takde.."

"Ce.. jomlah jalan aku tengah cuti sem ni, bosanlah duduk rumah je.."

Setelah berbulan kau takde sikit pun nak cari aku, sekarang datang sebab bosan. Kenapalah aku pernah berkawan dengan orang bermentaliti macam ni.

"Tak apalah Syu, aku tak sihat.. kau pergi lah ajak kawan2 kau yang lain"

"Aku mana ada kawan baik lain kat sini selain kau Ce"

"Kan ada kawan baru kau, kau ajaklah dorang. Kot2 ada yang luar KL ni boleh travel untuk kau"

"Eh kau ni asal cakap macam tu ah? Macam budak2 punya alasan je.. kau memang dah tak nak kawan dengan aku ke? Eh Ce, aku je kawan kau tau takpayahlah nak kerek sangat!"

Aku mengangkat muka memandang dia serta melepaskan keluhan berat.

"Aku cakap kau pergilah dengan kawan kau yang lain Syu, aku tak maksud apa pun memang aku tak sihat.." sedaya upaya aku menuturkannya dengan nada yang tenang.

"Eh betul lah kau ni Ce, so childish.. patutlah kau takde kawan selain aku. Tu pun nak menyombong lagi"

"Aku tak sihat Syu.."

"Tak sihat apanya, kau baru je balik dari keluar kan? Tak payah nak tipu aku boleh tak?"

Hatiku makin membara mendengar omongan Syu, sakit hati semakin menempa, dadaku seolah berombak menahan nafas yang kencang bercampur amarah.

"Hah.. apa lagi kau nak cakap!"

"Aku sakit kau tak! Aku sakit dengan apa yang kau buat! Kau ingat aku tak tahu kau anggap aku apa selama ni? kau pura2 baik depan aku, kau pura2 jadi kawan aku tapi belakang aku.. kau hina aku, kau kutuk aku dengan kawan2 kau! Kau nak aku buat apa?!"

Aku tak mampu menahan lagi, air mata sudah bercucuran. Syu hanya terdiam.

"Ye memang aku suka kau Syu, memang aku sayang kau sangat2 selama ni, tapi aku tak pernah minta pun kau layan perasaan aku! Kalau kau tak nak kawan dengan aku, aku faham, tapi perlu ke kau nak sebarkan dengan semua dengan kawan kau! Kita kawan dah lama, kalau kau tak selesa dengan aku kau cakap dengan aku bukan dengan orang lain! Aku sakit tau tak.."

Aku sudah terduduk di hadapan pintu, kenapa lah air mata aku ni murah sangat. Terlalu banyak dia nak muncul harini. Syu masih berdiri di hadapan ku.

Agak lama keadaan jadi diam.

"Tak apa lah, kau janganlah kawan dengan aku, nanti kau susah hati pula aku apa2 kan kau, kau balik je lah.." Nada suara ku sudah semakin tenang berbanding tadi. Mungkin kerana bercampur tangis sedu sedan.

LDR (gxg)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang