Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilangankuTiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang.......🎵"Woi! Aziyani!"
Tersangkut nyanyian penuh perasaan aku bila terdengar teriakan padu oleh Kak Nab di dapur. Aku memperlahankan volume speaker dari lagu yang dipasang Kak Nab.
Seketika kemudian muncul dia dengan sendok di tangan."Apa kak? Kacaulah orang nak nyanyi" soalku
"Eh budak ni, dia sedap dok nyanyi sakan sana. Kan akak kata buang air tank fridge tu"
"Takde air lah kak dah check, orang tengah layan lagu Shima akak pasang ni best lah.."
"Haa memang ah best, tapi lagi best dia nyanyi sorang"
"Hahah kejam nau sis Nabila ni hujung2 minggu ni eh"
Kak Nab hanya memutarkan bola mata ke atas lalu kembali ke dapur. Jarang sekali sebenarnya kami berdua bersama ada di rumah lebih2 lagi hari hujung minggu. So ada kelapangan hari ni kami pun berganding bahu lah buat weekend cleaning. Lepas siap tadi Kak Nab nak masak sementara aku bersihkan fridge. Memandangkan Kak Nab ni jenis orang tak suka ikut campur dia tengah masak so aku pun pergilah ikut memekak lagu jiwang pilihan Kak Nab.
Masakan kak Nab hari ni Nasi putih, ikan goreng sambal lada pedas, telur masin dan acar timun.
Perh. Kelas nyah sampai takda nak cerita2 lebih masa makan, fokus nau melantak. Bila habis makan dan hanya tinggal nak makan2 buah barulah nak mula bersuara Kak Nab,
"Ce, akak ni nak tanyalah, engko ni takde ke nak keluar2 dari rumah? Takde boyfren?"
Sikit tersembur air sirap yang aku sedang minum. Kak Nab punya soalan kemain direct.
"Takde kak, memang sy suka stay rumah je nak guane" jawabku
"Akak taulah hang ni introvert, tapi kluaq2 lah juga dek oi. Ni balik kerja terus tidoq tak tidoq hang melongoh depan laptop main game, wayang. Nasib rajin exercise kalau tak memang aku rasa hang ni masih jiwa remaja kot"
Aku tergelak kecil dengar ulasan Kak Nab.
"Dah nama pun introvert Kak Nab, sy ni macamtu je lah, lagu tu sy selesa"
"Hah tu je lah jawapan hang kalau aku cakap, ni kalau kau nak kenai2.."
"Akak dengan abang Sham dah ada tarikh ke kak?" Laju aku mencelah ayat Kak Nab yang aku tahu akan menuju ke mana.
"Ha?, akak taktau lagi lah ni Ce, lepas mengundi nanti kot, abang Sham kau suggest lah haritu, akak tak tengok jadual akak lagi"
Fuh nasib Kak Nab senang dipengaruh dengan cerita lain, lega. Aku terus sahaja mengorek cerita2 persediaan perkahwinan Kak Nab dan tunangnya yang entah nak ada tarikh tetap. Abang Sham tu orang kuat kempen politik jadi agak sibuk sekarang katanya. Memang tengah hingaq Malaysia sekarang ni dengan musim pilihan raya umum tak lama lagi. Dah kat mana2 penuh dengan bendera macam2, media sosial pula banyak cerita politik saja malaih betul.
"Kak, sy nak keluar jap pergi beli barang, ada nak kirim tak ke nak join?" Soalku kepada Kak Nab
"Hmm akak malas ah, ni beli cream cif je lah Ce eh nak habih dah tu"
"Ah yelah kak, elok2 dok rumah" ujarku sambil mengambil kunci kereta Maksu.
Sesampai di Mall aku sengaja berjalan2 dahulu sebelum beli barang, lepastu nampak pula poster Amyra Rosli duta Baskins Robin. Hm mengingatkan aku tentang si Anis yang aku tak faham sampai sekerang taknak reply Ws atau tak angkat call aku. Lepas sedap kena bodoh oleh dia haritu, memang beberapa kali aku cuba tanya dan pujuk namun hanya dipandang sepi. Sapaan2 mesej ambil berat dia tentang aku pun takde. Terasa rindu lah pula. Nak lah aku try contact kawan dia Naddo dengan Ika tu tapi malangnya aku takde keberanian. Mangkuk.

ANDA SEDANG MEMBACA
LDR (gxg)
RomancePernah Ldr? Survive tak? Let's touch the reality of Ldr shall we? Kisah seorang Cece dan hatinya.