Chapter 4

1.1K 47 9
                                    

Aku berulang kali memeriksa notification WhatssApp, takde ke? Huh. Aku kembali menatap skrin pc di hadapan menyambung kerja.

Namun dalam hati aku masih tertunggu2 mesej dari Syu. Dah dua hari semenjak hari jadi aku berlalu masih tiada wish atau chat yang aku dapat dari my bestie. Dia tak ingat ke? Ke dia sibuk sangat. Aku cuba menepis semua ketidakmatangan ni tapi sememangnya aku agak kecewa.

Syu sudah amat jarang membalas semua chat aku, jika ada balasan pun ianya 4 atau 5 hari selepas itu. Aku pun pernah jadi student, fon tu sememangnya tak lekang pun dari tangan selalu. Lagi pula, selalu juga aku nampak dia update macam2 di sosial media yang lain. Pernah aku terpaksa call dia berkali2 sebab nak tanya barang yang aku kirimkan ada sampai ke tak kat dia, masa tu aku hanya guna runner dari sana. Tapi cuma dipandang sepi, lebih kurang seminggu lepas tu baru dia kata dah sampai. Aku bukan apa, takut kena scam ke apa barang tak sampai.

Tapi kalini aku betul2 terasa hati, dia ligat update status dimana2 siap dengan caption.

'Hurgh assigtments 😒😒'

Tapi next story pula.

'Starbuckss day thankyouuu girlsss'
(Boomerang bersama seorang kawannya dengan dua cup Caramel frappuccino)

Tak lupa dozen update Ootd di hadapan kelas lah di taman entah lah. Dah serupa hijabister dah aku tengok ig dia sekarang ni. Kau culture shock ke Syu. Haih aku melepaskan keluhan lagi.

Seketika kemudian aku dapat notification Syu update story lagi. 1m ago.

Aku baru sahaja hendak menguntum senyuman nampak posting gambar tu dengan sticker happy birthday, namun senyumanku meleset bila ternyata post tu untuk rakannya.

'Its your day Syasya 🌸'

Mereka berdua nampak sangat cantik dalam gambar tu. Aku nekad, aku reply di story tersebut,

'Assalam, Syu malam ni kalau kau tak sibuk aku nak call boleh?'

Belum ada reply dari dia jadi aku menyambung kerja ku semula, menelaah invois yang menimbun di hadapan meja. Semua ni kena check betul2 sebelum di pass kepada akauntan untuk pembayaran.

Seketika kemudian, phone aku berbunyi. Rasa berbunga hati nampak itu reply dari Syu.

'Hmm okay malam ni'

'Thankyou Syu, hope you doing well imissyou'

Tiada sudah balasan selepas itu.

Malamnya,

Aku menunggu detik jam 12 kerana dulu sememangnya kebiasaan kami untuk oncall pada waktu2 begini. Jika dulu ketika dia masih di rumah ibu saudaranya, awal pagi selepas subuh dia akan call aku untuk teman dia sampai nak 2 jam lebih. Hah masa tu aku masih belajar, memang kalau kelas jam 8 straight selalu tersengguk2 lah jawabnya kerna mengantuk.

Jam sudah menunjukkan jam 12.10 am, hah bolehlah ni. Aku speed dial no 1. Agak lama sedikit, barulah disambut.

"Hello..?"

Ha, aku cair sendiri dengar suara Syu, dah lama tak dengar suara seindah ini.

"Hello.. Syu.. Asalamualaikum.."

"Walaikumsalam Ce.. hehe maaf lambat, sibuk sikit tadi"

"Takpe, gue faham.. sekarang dah tak sibuk?"

"Sekarang tak sangatlah"

"Okay.. kau sihat tak Syu? Ada makan tak tadi?"

"Dah, dah juga"

"Baguslah tu, aku sini pun okay juga. Semalam aku pergi rumah abah kau, hantar makanan sikit, dorang alhamdulillah sihat. Adik kau pun ada balik juga minggu lalu"

LDR (gxg)Where stories live. Discover now