Angkara lebih 100 panggilan tidak di jawab, Luth mencuci kaki sendiri menuju ke tempat Reza. Seperti Merpati berpasangan sahaja, Ihdina pulang ke Malaysia dan berkebetulan Reza juga ada di Malaysia.
Luth menemui Reza di Equin Park milik Reza.
"Wow... taikun dah datang," Ujar Reza memandang Luth dari dalam kawasan tunggangan kuda. Bersidai dia menanti Luth sampai kepadanya.
" Reza.. straight to the point, aku tahu apa yang kau dah buat dekat Dina.. how could you..?"
" Kau ni tak ada kerja ke Luth? Asyik fikir tentang Ihdina Dina Dina... lebih baik simpan untuk orang rumah sendiri kan.." Anehnya Reza cuma tersenyum menambah minyak ke hati Luth yang sedang berapi.
" Sampai hati kau buat aku macam ni kan Reza..? Selama 4 tahun kau sembunyikan Dina.."
Reza tersengih membelakangkan Luth. Dengan mudah Luth melompat langkah ke pagar yang disandar Reza.
" Aku bukan sembunyikan dia.. women... they made their own mind... sama seperti lelaki.. kan Luth.. bukan kau seorang saja boleh buat keputusan... kahwin dengan musuh sendiri secara tiba-tiba.."
" Apa hubungan kau dengan Ihdina, Reza? Kau tahukan dia masih isteri aku yang sah!"
" Oh.. aku sangat sayang dia Luth.. I love her so much i cant tell how.. sekurang-kurangnya aku yakin aku takkan sakitkan hati dia macam kau.."
" Wow.. Kau dah gila Reza, kau orang yang pertama bagi aku idea to get surrogate mother.. oh kenapa? sekarang kau nak bekas aku Reza?"
" Kau nak beri pada aku serius? Please... dah lama aku tunggu.."
" You dont know anything Reza,"
" Only Bastard can tell that.."
Tangan Luth pun menyinggah ke muka Reza dengan sangat pantas. Sepantas kilat di balas oleh Reza. Akhirnya mereka berguling di tanah.
" Hei!! Reza!! Luth!!"
Ihdina yang muncul tadinya membawa kopi di tangan mencampakkan cawan tersebut entah kemana, melihat pertengkaran itu dia akhirnya mendekati mereka.
" Reza.. Luth stop!!!!!"
Luth menggengam tangannya, Ihdina ada disini? Mereka berdua berhenti dan memandang Ihdina.
" Luth!"
"Astaghfirullah! Korang dah kenapa ni?" Ihdina segera menuju ke arah Reza. Luth yang berada di situ tercengang melihatnya. Hello Ihdina, your husband is here!
Ihdina melihat-lihat muka Reza yang dah berdarah. Hati Luth terbakar. Everything is not normal now!
"Luth! you dah gila ke nak pecahkan muka anak orang???" Ihdina memandang dengan mata berapi panahan tajam ke arah Luth.
YOU ARE READING
Dia Kiriman Tuhan
RomanceIhdina akhirnya memutuskan memilih kerja yang sama sekali dia tidak menyangka akan dilakukannya demi menyelamatkan nasib keluarganya yang terbelit hutang. Gadis islamik seperti dia menarik perhatian luth untuk dijadikan "kilang" terbaik memproses zu...