Semenjak mereka berdua berbicara, hubungan mereka semakin tegang. Tiada lagi gurau senda dan tawa mesra. Ihdina mendiamkan diri dan fokus dengan pemulihan badan setelah kelahiran Athif. Mereka jarang sekali bertemu. Adapun, Luth cuma menjenguk Athif dan bermain dengannya sebentar saja.
Bagi Ihdina, Luth cuba lari darinya. Cuba lari dari menjelaskan sesuatu kepadanya. Tiada ruang buat mereka untuk berbincang lagi. Sedangkan hampir setiap hari Ihdina menanti. Luth tidak mahu membuka mulut. Jauh di hati Ihdina merasakan bahawa pasti Luth mahu masa depan bersama Sarah. Ya. Sarah asbab mereka berdua bertemu. Luth masih mencintai Sarah?
Sebulan setelah itu, beredar lah khabar di media akhbar Majlis Perkahwinan Luth Mikhail dan Sarah. Perkahwinan yang tertangguh lamanya.Ihdina? Setia di rumah Luth Mikhail. Berharap supaya akhirnya mendapat jawapan yang diinginkannya.
Loceng di rumahnya berbunyi. Ihdina yang kebetulan ada di bawah memegang Athif dan membuka pintu.
Reza rupanya! Sudah terlalu lama dia tidak bertemu dengan Ihdina dan berita perkahwinan Luth yang sampai kepadanya baru-baru ini membuat Reza kecewa berganda. Luth memiliki Ihdina, gadis yang di sukainya. Tapi.. berkahwin dengan musuh ketatnya sekarang. Reza kecewa Luth masih memilih Sarah Watsens untuk dijadikan isteri atas dasar reputasi. Cuma alasan sekecil itu? Apatah lagi, tiada langsung kad jemputan yang sampai di mejanya. Reza patah hati berganda. Bukannya dia mahu merebut Ihdina, tetapi gadis polos itu tidak pantas dan tidak layak untuk disakiti sedemikian rupa.
Sarah watsen dan Luth boleh pergi jahanam!
" Hi Ihdina..."
" Encik Reza...Tuan Luth tiada di rumah.."
"No.. saya bukan nak jumpa Luth.. Boleh kita borak di luar? Saya nak jumpa baby sebenarnya.."
" Oh.. Athif tengah tidur encik.."
" No.. please jangan panggil saya Encik.. Reza ok.. takpelah.. but can we.."
Ihdina mengangguk.
Mereka berdua pun berjalan menuju ke bawah Gazebo, cuaca sedikit panas, tetapi Ihdina rela daripada tidak menjaga batas pula kalau menjemput Reza masuk ke rumah dengan ketiadaan Luth.
"Luth tak balik ke?"
Ihdina menggeleng. Resah pula hatinya bila Reza banyak bertanya begini. Takut tersalah memberikan informasi.
" Ihdina.. saya tahu apa yang berlaku antara awak, Sarah dan Luth.. awak terjebak dalam permainan mereka berdua.. ye saya tahu.. Luth tu bodoh.. tak hargai apa yang ada di depan mata dia.. Ihdina.. saya tahu bagaimana Athif tu terjadi sebab saya yang sarankan dia supaya dapatkan ibu tumpang.. "
Ihdina memandang mata Reza dalam-dalam.
" Wait dengar dulu sebelum awak nak marah saya.. Jauh sebelum itu, jauh sebelum Luth kata pada saya yang dia cintakan awak.. Dina.. apa yang berlaku semuanya tak dirancang setelah itu.. saya bertemu dengan awak dan saya dapati awak jauh lebih baik daripada perempuan yang saya pernah jumpa.. Luth langsung tak ubah rasa dia terhadap Sarah.. Saya bukannya nak burukkan kawan saya sendiri.. tapi atas apa yang dah berlaku.. akhirnya dia tetap kahwin dengan Sarah.. im devastated.. dulu dia jatuh depan mata saya semata-mata kerana Sarah.. tapi sekarang.. dia tetap nak simpan that whore..
Dina.. saya bukannya nak suruh awak berpisah dengan Luth, tapi awak kena tanya hati awak sendiri.. are you happy with this things happen? Luth berada di dalam pelukan Sarah.. dan itu perkara yang paling saya benci.. Saya tak sangka Luth yang saya kenal boleh seego ni...Athif, takkan pernah terlepas dari Luth, itu hal yang pasti.. believe me he is gonna be fine with his father... but you.. perasaan.. hati.. all yours.. you make the decision Dina.."
![](https://img.wattpad.com/cover/205555055-288-k741616.jpg)
YOU ARE READING
Dia Kiriman Tuhan
RomanceIhdina akhirnya memutuskan memilih kerja yang sama sekali dia tidak menyangka akan dilakukannya demi menyelamatkan nasib keluarganya yang terbelit hutang. Gadis islamik seperti dia menarik perhatian luth untuk dijadikan "kilang" terbaik memproses zu...