"hahahaha.."
Kedengaran suara wanita bergelak tawa di ruang tamu. Ihdina pula sudah bersiap-siap mahu keluar meninjau-ninjau tempat chamberingnya. Dia melihat ada Luth dan seorang perempuan bertepuk tampar di Ruang Tamu.
Siapa tak kenal? Sarah Watsen kini berada di kediaman Luth. Gadis yang dicintai Luth. Ihdina melihat dari jauh dengan penuh luka. Kelihatan mereka berdua bercanda ria. Terkadang Sarah memeluk bahu Luth dan Luth tidak menolaknya.
"Semalam baru panggil sayang... hari ni dah datang sayang yang lain..." perlahan Ihdina bicara dengan diri sendiri. Orang gaji.. ye dirinya Cuma orang gaji.
Ihdina sudah bersiap sedia mahu keluar mengikut pintu belakang, tapi tetap saja, kunci untuk pintu belakang ada tersangkut bersama kunci-kunci lain di ruang tamu. Redah saja lah. Dia yakin lama-lama mereka akan bertentang 6 mata, tapi dia akan cuba mengelakkannya.
Baru saja dia melangkah menuju pintu keluar, susuk tubuhnya dilihat Luth.
"Dina.."
Dina tersentak. Dia berpaling dan berpusing kea rah Luth. Ada 4 mata yang memandangnya.
" Dina nak pergi mana?" Tanya Luth.
" Saya ada keperluan sekejap nak keluar..."
"Oh okay.." ujar Luth dan menyambung perbualannya dengan Sarah.
Ihdina pula sudah mengatur langkah keluar rumah. Biasa. Terlalu biasa reaksi Luth padahal baru kelmarin dia di sayang-sayangkan di dalam kamar Luth.
---------------------------
'Sudah lah Ihdina, menyesal pun tiada guna.. berdoalah supaya kau tidak kecewa..lagipun Antara kau dengan Luth, tiada apa-apa perasaan cinta.. No.. bukan.. Luth yang tiada perasaan cinta dekat kau...Dia orang kaya, kau orang miskin.. Dia seorang pengarah dan kau Cuma orang gaji. Tak setaraf tak sekufu.. kau Cuma membantu dia yang inginkan anak sendiri....' Bisik Ihdina dalam hati.
Sudah 2 jam dia duduk di kafe di dalam Halijah Mall, di batalkan saja niatnya mahu melihat tempat chambering dan pulang sebentar ke kampong. Dia merasa ada yang tidak beres dengan perasaan dan hatinya.Tidak mahu terbawa-bawa perasaan di hadapan keluarga. Matanya di alihkan ke arah playground kanak-kanak yang berdekatan. Dia tersenyum. Melihat pasangan suami isteri bermain bersama anak kecil mereka. Dia juga inginkan bahagia seperti itu. Tetapi.. mungkin sudah takdir, bukan dengan Luth Ariffin.. Suami yang dia cintai.
"Boleh saya duduk di sini?"
Terperanjat Ihdina. Dia menoleh melihat seorang lelaki berkaca mata sudah berada di sisinya.
" Ya Allah, Sir..." Ihdina bangkit berdiri. Sudah lama dia tak bertemu dengan Sir William Janes, jejaka berasal dari Kanada yang sudah terlalu lama menetap di Malaysia. Pensyarah kepada Ihdina sewaktu di Kolej. Jejaka yang sering kali mengusik-usik Ihdina. Memberikan hint-hint dan pelbagai petanda bahawa dia menyukai Ihdina, tetapi sedikit pun Ihdina tak terkesan kerana.. cita-cita Ihdina bukanlah percintaan.
"Termenung jauh Nampak.. " Sir William sempat mengusik. Jejaka tinggi lampai berwajah Canadian itu tersenyum melihat Ihdina yang dari jauh sudah diperhatikan.
" Sir.. apa khabar? Maaf sebab.. saya menghilang macam tu je.."
" Khabar baik.. no problem.. jangan risau lah.. saya tahu awak ada masalah keluarga.. so awak buat apa sekarang ni Ihdina?"
" Saya.. bekerja sebagai pembantu rumah je.. kumpul duit sementara nak chamber..."
" oh I see.. Kawan-kawan awak yang lain sepatutnya mereka dah pun tamat chamber dan dah diterima di mahkamah.."
Ihdina tersenyum pahit. Sepatutnya dia juga seperti itu.
" But don't worry Ihdina.. saya yakin masa depan awak cerah..."
Perbualan mereka terlalu panjang sehingga Ihdina sedar bahawa jam dah pun menunjukkan 6 petang. Ihdina meminta diri begitu juga William. Sempat dia mahu menghantar Ihdina, tetapi di halang. Ada rahsia yang kekal rahsia.
Luth masih menanti di kerusi mini bar. Dah jam 8 malam tapi Ihdina tetap belum pulang. Dia risau.
Tiba-tiba kedengaran pintu rumah di buka. Ihdina masuk ke rumah dalam keadaan separa basah. Selepas solat maghrib di masjid tadi belum hujan, sepanjang perjalanannya jalan kaki yang sudah menghampiri rumah, hujan tiba-tiba turun dengan lebat sehingga dia kebasahan.
Luth segera mencari susuk Ihdina.
" Awak pergi mana Dina? Lewat macam ni baru balik.."
Ujar Luth. Tak keruan hatinya bila mbok dan nanny beritahu bahawa Ihdina masih belum pulang dan bila pulang dalam keadaan seperti ini.
" Maaf tuan..."
Cuma itu sahaja yang keluar dari mulut Ihdina. Hatinya masih sakit dengan adegan tepuk tampar pagi tadi Mr Luth dengan kekasih hatinya.
" Lain kali jangan balik lewat macam ni.. tengok ni dah basah.. cepat pergi mandi... nanti sakit..." ujar Luth.
Cepat-cepat Ihdina mengatur langkah menuju ke biliknya. Ingin sahaja dia memeluk Luth untuk menghilangkan rasa kesejukan. Tapi apakan daya... dia Cuma.. orang gaji..
Luth yang berdiri itu terpinga-pinga. Adakah Ihdina cemburu melihat dia dengan Sarah tadi?
YOU ARE READING
Dia Kiriman Tuhan
RomanceIhdina akhirnya memutuskan memilih kerja yang sama sekali dia tidak menyangka akan dilakukannya demi menyelamatkan nasib keluarganya yang terbelit hutang. Gadis islamik seperti dia menarik perhatian luth untuk dijadikan "kilang" terbaik memproses zu...