Langsir diselak. Lena Ihdina terhapus dek cahaya matahari yang masuk ke kamarnya.
" Puan, boleh bangun susukan baby ye.."
Ihdina bangun perlahan. Nurse mendukung bayi dan meletakkan di tangan Ihdina perlahan.
Dia melihat sekeliling." Suami saya mana nurse?"
" tadi ada puan... mungkin keluar sekejap.. Saya tinggalkan dulu ye puan. take your time.."
Setelah Nurse berlalu pergi, Ihdina membuka perlahan butang baju hospitalnya. Terasa sayu melihat wajah kecil ini. Wajah yang sentiasa di sayangi nya semenjak belum terlahir lagi pun. Dia mendekatkan bibir kecil itu ke payudaranya. Perlahan lagi, air mata Ihdina mengalir.
" Kenapa ni sayang... tak boleh minum ke..?"
Teresak-esak dia menangis setelah bayinya merengek.
Sekali lagi dia mencuba, susunya seperti tidak keluar.
" Maafkan ibu sayang..."
Dia memeluk bayinya. Pelik kenapa susu tak keluar dari tubuhnya. Dia dah memikirkan untuk lari sahaja dengan bayi kecil ini. Jauh dari kehidupan Luth. Anak ini mahu dibesarkan dengan didikan yang benar. Mahu dibesarkan dengan didikan ibunya. Tapi.. Dia sudah berjanji dengan Luth. Anak ini akan kekal menjadi anak dalam pegangannya.
" Sayang..? Are you okay.." Luth masuk ke dalam kamar peribadi bersifat mewah di hospital itu. Terperanjat dia melihat Ihdina menangis dan bayinya turut merengek.
" Kenapa sayang... Sini i pegang baby kejap.."
Ihdina mengelap air matanya. Dibiarkan saja bajunya terbuka mendedahkan tubuhnya. Dia lemah, penat, tak berdaya.. Terbayang jelas hasil scan kandungan Sarah di fikiran. Dalam keadaan sekarang, fikiran Ihdina berkecamuk. Luth penipu! Cuma Ihdina seorang? Luth penipu! Bayi dari tangannya diambil alih luth dengan lembut. Pipi Ihdina di usap perlahan. Beginikah nanti Luth akan melayani Sarah?
" kenapa ni sayang.. sakit ke.."
" I need privacy.. and pump.." Di lontar jauh pandangannya ke luar. Mengelak dari bertemu dengan mata Luth.
Luth yang berada di sisinya terkejut. Ihdina dingin.
" Wait.. its here.."
Segera luth membuka Almari berdekatan. Keperluan dan pakaian Ihdina telah tersedia. Dia meletakkan barang Ihdina di atas katil dan meletakkan bayinya yang sudah kembali tidur di tempatnya.
Ihdina teresak-esak menangis. Terasa stress di kepalanya memikirkan hal Sarah. Tidak mungkin juga dia membiarkan anak Luth yang di kandung Sarah itu tak berayah. Mungkin sebab terlalu banyak fikiran, susunya tak dapat keluar. Perlahan dia cuba untuk bertenang.
" Sayang... kenapa ni... its okay.. slow-slow.. kenapa nangis ni.."
Luth memeluk Ihdina dengan erat. Kepala Ihdina tersandar di bahu Luth. Ihdina perlahan bereaksi. Memeluk Luth dengan erat kembali. Luth semakin bingung. Ihdina diam.
" Sayang.. speak to me... its okay.. susu tak keluar ye.." Luth mengambil alat pump susu dari tangan Ihdina dan cuba memasangnya di tubuh Ihdina.
Ihdina menolak tangan Luth.
" Saya boleh buat sendiri..."
"Okay.. tapi let me see okay.."
Ihdina malas nak mengeluarkan ayat bantahan. Dia membiarkan Luth melihatnya pump susu untuk si kecil.
---------------------------------------------
Sudah seminggu Ihdina berada di rumah. Hari-harinya dengan Athif terasa sangat ceria dan bermakna. Anak kecil itu tidur terus terusan dan tidak menganggu waktu Ihdina untuk berehat dan di spakan dalam pantang. Keperluan Ihdina di penuhi dengan sempurna. Luth pula sudah kebanyakan harinya pulang awal semata-mata untuk melihat buah hati kesayangan yang sangat diidamkan dari dulu. Hasil buah cintanya dengan Ihdina.
Luth duduk di sebelah Ihdina di atas katil sementara memerhati polosnya Athif Ariffin tidur. Di elus-elus lembut sengaja ingin membangunkan bayinya pada bukan waktunya.
" Luth... Athif... dah daftar kelahiran ke...? kita kan... menikah tanpa.. sijil.."
" Sayang.. Semenjak kita dah bersama betul-betul... awak ingat saya tak daftarkan perkahwinan kita ke..? Saya dah daftar lama dah perkahwinan kita... dan Athif.. is our real bond son..."
Our son? Anak Sarah pun your son juga ke? Okay enough Ihdina! Enough with all the nonsense in your mind! Terangkan! Jelaskan semua pada Luth. Hubungan tidak akan berhasil kalau dua-dua langsung tidak ada apa-apa untuk ditanyakan. Stop with all the bullshit in your mind Ihdina! Kau terpelajar dan bukan murahan. Perkara ni kena clear betul-betul. Jangan ikutkan kata hati atau kata-kata sarah. Kau ada hak dan kau ada cara kau sendiri. This man need to answer everything!
" Luth... boleh tak kita berbincang sekejap..."
Luth memandang Ihdina dengan sekejap mata. Dia memberhentikan aktiviti menganggu anaknya dan menarik tangan Ihdina yang dingin, di bawa ke bibirnya untuk dicium. Ihdina pula segera menarik tangannya dari genggaman Luth. Ihdina menarik laci di sebelahnya dan mengeluarkan foto scan yang diberikan Sarah dan menghulurkannya kepada Luth.
" Isnt it Athif..? he is so little..." Luth mengambil dan tersenyum melihat foto scan itu.
" Its not..." Ihdina menunduk. Cekal Ihdina!
"hurm? its not what?"
" its yours.. but not mine..."
Deg!
" Sayang.. apa maksud sayang.."
" Luth... Sebelum saya bersalin, Sarah datang ke rumah ni... dia berikan saya foto ni... dia beritahu.. this is yours..."
Ihdina menunjuk jari ke foto itu.
Deg!
Luth terdiam.
" Luth.... betul ke apa yang dia cakap...? yang... awak nak kahwin dengan dia...?"
Diam.
Diam
Diam
Diam.
Hati Ihdina terasa sakit. kenapa Luth buat hal?
" Ihdina... saya suami awak... dia bukan siapa-siapa saya... saya yakin anak ni bukan anak saya dan tak akan pernah jadi anak saya.."
Ihdina terdiam. Bukan anak Luth? Luth tak menafikan tentang perkahwinan dia dan Sarah.
" But you going to marry her anyway?"
" No! Sayang.... saya takkan menduakan awak.. dalam hidup saya.. awak satu-satunya akan jadi isteri saya..."
Luth diam. Dia takkan beritahu kisah sebenar yang terjadi antara dia dan Sarah. Sarah juga tak sepatutnya datang memberitahu Ihdina apa-apa. Luth berdiri dan terus keluar dari kamarnya meninggalkan Ihdina yang sedang dalam kebuntuan.
Apa yang harus dia lakukan setelah ini?
"Luth.. teruskan sahaja dengan sikap awak yang sedemikian rupa.. Lari.. i will leave you too.."
Entah bagaimana Ihdina mengeluarkan suara jeritan membuatkan bayi kecilnya terbangun dan mula menangis. Ihdina juga mula menangis. Fikirannya terlalu serabut. Dia tidak pernah mengerti soal Luth Ariffin. Lari lari dan lari. Dari dulu Luth tidak pernah mau menyelesaikan masalahnya. Cuma Lari sebagai pilihan!
YOU ARE READING
Dia Kiriman Tuhan
RomanceIhdina akhirnya memutuskan memilih kerja yang sama sekali dia tidak menyangka akan dilakukannya demi menyelamatkan nasib keluarganya yang terbelit hutang. Gadis islamik seperti dia menarik perhatian luth untuk dijadikan "kilang" terbaik memproses zu...