Di dalam kereta, Luth menggeleng memandang Ihdina, Kedai tepi jalan yang kebiasaannya buka pada setiap malam tutup pula hari ni. Padahal Ihdina sudah pun memberitahu bahawa tekaknya cuma mau makan Yong tau foo di situ. Cuma di situ! Dan hanya sebab itu, Ihdina tiba-tiba menangis. Mukanya pucat kerana tidak makan seharian. Ditutup mukanya dengan kedua belah tangan.
" Pizza tak nak? KFC tak nak ke?" Luth tiba-tiba menggaru garu kepala dengan sikap Ihdina. Gadis itu menangis teresak-esak seperti kehilangan kegadisan saja, fikir Luth.
Ihdina menggelengkan kepala. Matanya sudah merah. Sudah 1 jam berkeliling kota, mencari kut kut kalau ada gerai yong tau foo lain. Tiba-tiba hatinya merasakan Luth tidak bersungguh-sungguh mencari dan dia terlebih-lebih mengidam. Sayu tiba-tiba!
"Okay-okay, jangan nangis saya tahu satu tempat yang boleh sama dengan yong tau foo awak.."
Dan di sini lah mereka berada. Steamboat dan Grill buffet di hotel tak jauh dari kawasan rumah Luth. Mula-mula Ihdina menolak kerana melihat harga buffet yang cecah ratusan ringgit tapi mengenangkan Luth sudah susah payah memaksanya, dia masuk juga.
Di meja bulat itu sudah penuh dengan pelbagai macam bahan untuk steambot, hampir separuh menu di tempah Luth untuk menghilangkan kesedihan Ihdina. Malahan dia mencuba meminta supaya chef boleh menyediakan kuah manis seperti Yong tau foo.
" Kenapa tuan pandang saya macamtu?"
Ihdina memasukkan bahan-bahan steamboat ke dalam periuk di tengah-tengah meja. bolehlah ala-ala yong tau foo. Senang cerita dia tak nak membazir harga ratus ratus yang telah Luth belanjakan.
" Awak laratke nak makan semua ni dina?"
" Tuan, saya tak nak rugikan tuan.. saya akan makan semua okay.."
Dua jam duduk di situ untuk makan saja. Ihdina boleh terlelap di atas meja ketika sedang makan. Selesai membayar, dia cuba mengejutkan Ihdina tapi sayangnya gadis itu terlelap begitu dalam.Apabila dia mencuba mengejutkan Ihdina sekali lagi, gadis itu kelihatan lebih mamai. Seperti mabuk saja. Mujur saja banyak bilik kosong di hari-hari biasa begini. Dia menempah satu bilik untuk mereka dan membawa Ihdina ke bilik itu. Susah nak mengejutkan Ihdina yang dah kekenyangan dan dalam mengantuk yang amat sangat, bangun juga dia mengikut ajakan Luth. Dia kemudian merebahkan badan ke atas tilam. Fikirannya seperti sudah penuh sepenuh perutnya.
Luth memandang kepelikan. Tak sampai 5 minit merebahkan badan, mata Ihdina sudah tertutup rapat. Luth mendekati Ihdina. Tudung yang membalut kepala Ihdina dibukanya. Luth menelan air liur.
'cantiknya...' bisik hati Luth. Ihdina yang berambut panjang dan... leher yang jinjang.
Perlahan juga baju sejuk Ihdina di buka meninggalkan t shirt berbentuk V yang menampakkan lurah dada Ihdina. Sedikit menonjol. Ingin saja dia membuka yang lainnya. Mengapa tidak? kan Ihdina isterinya? Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Ihdina, bibir mungil berwarna pink semulajadi itu memerah sedikit. Dia mendekatkan bibirnya ke bibir ihdina. Sekali. Dua kali. cup!
Puas juga Luth bergelut. Hati terasa berdebar. Bergetar hebat. Ada juga benda lain yang terpaksa akur dengan keadaan. Dia tidak bisa menyentuh Ihdina!
Keesokan paginya, subuh lagi Ihdina dah bangun dari tidur. Entah di mana entah bila. Dia sedar ini bukanlah kamarnya. Hatinya terasa lega bila melihat Luth yang berbaring di sofa hujung sana jauh darinya. Dia perasan juga tudung dan baju sejuk yang sudah tidak ada di tubuhnya. Rapi tersangkut dalam almari. Dia menyedari Luth melihat tubuh badannya malam tadi. Dan ada pelukan hangat yang dirasakan cuma Ihdina terlalu mengantuk.
Ihdina turun dari katil, menarik selimutnya dan menyelimutkan Luth. Dia duduk dan memandang wajah Luth yang sudah mula ditumbuhi rambut di kawasan muka. Dia membelai wajah itu seperti tiada lagi kesempatan seperti ini. Ada ketenangan melihat suaminya.
"Luth, anak ini akan mengikut wajah awak atau saya..?" Perlahan suara Ihdina.
Ihdina kemudian bangkit meninggalkan Luth untuk menunaikan solat subuh.
Perlahan juga, Luth membuka matanya... Ihdina..
------------
Reza mengetuk pintu bilik pejabat Luth. Sudah dua hari ini mereka tidak berhubungan dan chat-chat yang dihantar Reza juga cuma krik krik tiada balasan daripada Luth.
" are you okay daddy to be"
" Im just fine.."
" Are you sure bro..?"
" Reza, kau rasa sarah akan kembali pada aku tak...?"
" Eh yang kau ingat balik perempuan tu kenapa bro.. tak payah ingatlah... kenapa? kau masih tak boleh lupakan dia ke?"
"No... aku dah lupakan dia..cuma aku masih ragu-ragu dengan perasaan aku.. masih ada ke untuk sarah..."
"Sarah yang tinggalkan kau saat Mega Two ni tengah berkecamuk ulah si setan David tu... sikit lagi kau muflis... Nasib baik aku dapat tahu tentang hal ni.. Dari Paris aku balik sini terus, direct.. aku masih ingat semuanya.. and kalau kau cuba-cuba nak balik dengan perempuan tu.. aku tak teragak-agak nak tinggalkan semua kat malaysia.." Reza membuntangkan matanya. Memberi amaran hebat pada Luth. Luth sekadar tertawa.
Masih teringat apabila dia cuba untuk membuka bisnes hartanah dengan cubaan hutang yang pelbagai tapi beberapa tahun setelah itu, beberapa pelabur menarik diri dengan mengatakan bahawa bisnes Luth tidak akan berjaya dan sebaiknya menumpukan saja pada Restaurant dan hotel mereka. Di kala kerundungan, beban hutan mencecah million ringgit, dia ditinggalkan oleh sarah watsens, satu satunya wanita yang dicintai nya ketika itu. Tika itu, sahabat baik nya, Reza Aktara, pulang ke Malaysia dan menaikkan kembali semangat Luth, menambah dana untuk bisnes Luth dan akhirnya perlahan lahan naik semula.
Sarah Watsen yang hilang kabar berita ketika itu di dapati telah bersama dengan musuh utama Luth dalam dunia bisnes, David Tan. Mudah saja cinta beralih arah. Kerana duit. ya.. semua kerana duit.
Ihdina yang berada di sisinya sekarang juga kerana duit. Semua perempuan sama je... bermata duitan.. tak ada maruah.. termasuklah Ihdina yang menggadai rahim untuk Luth.
Bisikan halus mula menerpa. Jahatkah dia? Padahal Ihdina bukanlah seperti mereka. Ihdina yang tidak pernah meminta apa-apa melainkan tawaran yang diberikan daripada Luth kepadanya. Pada hari perkahwinan dia dan Ihdina, tiada barang-barang mewah yang ada. setelah berkahwin juga, Ihdina tak meminta apa-apa. Sampai sekarang, tubuh ihdina masih bersalut dengan jubah lama, tudung lama, baju kurung lama padahal gaji-gaji yang diberikan bukan murah. Cukup untuk dia memborong pakaian di butik mewah. Ye untuk keluarga tapi takkanlah sikit pun tak ada untuk diri sendiri. Luth bermenung. Tidak selayaknya gadis seperti itu ditarafkan seperti orang gaji atau sama kedudukan dengan gadis pisau cukur seperti Sarah Watsen.
Luth, kau sukakan dia? Luth memegang bibirnya. Bibir yang telah bersentuhan dengan bibir Ihdina. Ihdina! siapa yang mempersulit keadaan sekarang?
YOU ARE READING
Dia Kiriman Tuhan
RomansaIhdina akhirnya memutuskan memilih kerja yang sama sekali dia tidak menyangka akan dilakukannya demi menyelamatkan nasib keluarganya yang terbelit hutang. Gadis islamik seperti dia menarik perhatian luth untuk dijadikan "kilang" terbaik memproses zu...