Jam 9.00 pagi lagi mereka sudah berada di Hospital. Luth dan Ihdina.
Ujian kesuburan dan ujian untuk mengetahui Ihdina mampu untuk menjadi ibu tumpangannya akan dikeluarkan sebentar lagi.Hasil keputusan doktor sungguh ringkas. Doktor mengkehendaki mereka kembali semula ke sini setelah Ihdina sedia dan sedang berovulasi. Sementara itu, Luth membuat persiapan untuk membawa Ihdina ke Thailand. Ya. Tak lain tak bukan untuk menunaikan hasrat Ihdina yang memintanya untuk dikahwini. Ihdina ketika ini sedang berkemas-kemas. Kata Luth mereka akan berada di sana beberapa hari, kerana Luth ingin bercuti. Meskipun Ihdina menolak untuk berlama-lama, tapi Luth menyindirnya.
" Anggap saja bulan madu "
Freak!
Mereka duduk sambil menunggu penerbangan ke Thailand di Lapangan Terbang. Ihdina duduk sendirian di ruang menunggu manakala Luth duduk di ruangan luar. Ihdina lebih selesa duduk sendirian begini. Ada banyak benda yang bermain dalam fikirannya. Seandainya dia melahirkan anak lelaki itu, dan membiarkan dia membesar tanpa ibu di sisi, akan tenang kah hidup Ihdina? Dan kesan terhadap status rahsianya, seorang "isteri" dan setelah melahirkan bertukar menjadi janda. Ianya sesuatu yang sangat besar. Adakah lelaki yang akan dapat menerimanya lagi setelah itu. Bagaimana harus dia terangkan kepada mana mana lelaki yang ingin menyuntingnya? Tapi.. setelah memikirkan berulang kali, tidak kahwin lagi juga tidak mengapa.. biarlah dia fokus terhadap kerjaya dan keluarga. Duit yang akan Luth berikan harus digunakan sebaiknya.
Ihdina menggelengkan kepalanya. Terasa berat. terlalu banyak yang berlegar di otaknya.
" Dina.."
Ihdina memandang lelaki yang berdiri di hadapannya. Luth menghulurkan se cawan kopi kepadanya. Ihdina mengambil huluran Luth. Sudah 5 minit Luth memandang sosok seorang Ihdina yang sedari tadi kelihatan stress. Dia duduk di sebelah Ihdina.
" Saya ada private jet.. dulu.. tapi dah jual.. tepat 3 tahun yang lalu.." sengaja Luth membuka cerita. Mudahan Ihdina boleh mengalihkan perhatiannya. Ihdina menoleh dan memandang Luth. Kemudian dia tersenyum.
" Boleh saya tanya something?"
" apa..?"
" Kenapa tuan tak nak kahwin dan ada anak secara normal?"
checkmate!
" Sebab saya tak nak ada kaitan sebarang hubungan dengan mana - mana perempuan..."
" Sebab Sarah Watsen?"
checkmate kali kedua!
Luth terdiam sebentar sebelum bersuara kembali.
" Saya tak peduli kahwin atau tidak.. kalau bukan sebab awak letakkan syarat untuk dinikahi, saya takkan pernah buat benda ni dalam hidup saya... jadi boleh tak awak jangan masuk campur dalam urusan saya dan jalankan saja tugas sebagai pekerja saya?" Luth memandang ke dalam mata Ihdina. Seakan memberi arahan dan seakan memberi tanda untuk Ihdina tidak melanjutkan pertanyaannya.
" Okay.. i will shut my mouth off... tapi.. apa yang kita buat ni.. lebih bagus daripada tuan cari sugar baby.. i can confirm that im still a virgin but they cant..." Ihdina memalingkan mukanya. Menyampah cakap dengan Mr Egoistic sedunia.
Luth menjeling. Memandang ke wajah Ihdina dua tiga kali. Dia jadi pelik kenapa cara Ihdina berfikir seakan-akan dia tidak mengenali sosok Ihdina yang sebenar. Ihdina yang cara pemikirannya membuatkan apa yang Luth fikir bercelaru!
----------
" Aku terima nikahnya Ihdina binti Ahmad Ghazali dengan mas kahwinnya sebentuk cincin emas tunai,"Masih terngiang-ngiang di telinga Ihdina. Patut kah dia ucapkan syukur atas perkahwinan tak sengaja ini atau diamkan saja.
YOU ARE READING
Dia Kiriman Tuhan
RomansIhdina akhirnya memutuskan memilih kerja yang sama sekali dia tidak menyangka akan dilakukannya demi menyelamatkan nasib keluarganya yang terbelit hutang. Gadis islamik seperti dia menarik perhatian luth untuk dijadikan "kilang" terbaik memproses zu...