I feel you
I know that you want me to stay beside you
Why do you hide your feelings? It shows in your eyes..
I feel you
Acknowledge my feelings, the doubt is killing meIt's not enough to admit it with your eyes
Look at me, can you see or don't you want to seeIf you really love me, don't ever find excuses
Hari pertama menjejakkan kaki di pejabat, bergelar Pegawai Penasihat Undang-Undang untuk Syarikat Faizal Reza di Malaysia. Ihdina bersyukur, dari di Paris sampai pulang kembali ke Malaysia ini, Reza banyak membantunya, terutama ketika dia berada dalam fasa-fasa depresi meninggalkan Athif dan.. Luth Ariffin.
Ihdina bersyukur dan tidak pernah sekali dia melupakan Luth, asbab Luth, keluarganya sekarang boleh bernafas tanpa risau tiada hidangan di Meja Makan. Sebuah rumah dibeli dari wang hasil 'pekerjaan' Ihdina selama ini, adiknya juga telah lulus Diploma dengan cemerlang dan mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di Universiti Tempatan, alasannya tidak mau duduk jauh dari keluarga. Ihdina menarik nafas lega, dalam hal kewangan, masalahnya selesai.
Namun jauh di sudut hati Ihdina, pemergiannya bertahun-tahun tidak pulang meskipun untuk menjenguk keluarga merupakan suatu penyesalan yang terbesar. Menghabiskan masa-masa emas di Paris tetapi merelakan masa di negara tercinta ini berlalu begitu sahaja. Soal Athif cuma diketahui oleh mereka bertiga.. ye Faizal Reza menjadi orang ketiga dalam kisah ini. tetapi di satu sudut yang lain. Ihdian tetap bersyukur. Sekarang dia pulang.. bukan untuk merebut Athif, tetapi dia sangat berharap Luth memberikan kerjasama supaya dia dapat turut sama menjaga Athif.
" Are you sure you want to go back? For good?"
Reza memandang Ihdina yang duduk di hadapannya. Hilang mood Reza, Padahal Reza baru mahu mengajaknya meraikan tahun baru. Dari Bunga hingga champagne, ops champagne takkan termasuk dalam senarainya kerana Ihdina akan membunuhnya kalau dia menyebut hal-hal seperti itu, dan perarakan di Champs-Elysées, ada alasan yang baik mengapa ramai orang memilih Paris untuk membawa mood menyambut tahun baru. Tetapi Ihdina spoil the mood.
Reza yang sudah lama memendam rasa terhadap Ihdina, tetapi gadis itu seorang yang setia. Dan sudah tentu Faizal Reza tetap akan menjaga batasnya. Luth Ariffin adalah teman baiknya dan dia bukanlah seorang pengkhianat. Adapun tujuan dia membawa Ihdina ke bumi Fluctuat nec mergitur ini untuk mengajar Luth berfikir dengan betul. Juga untuk menyelamatkan Ihdina dari menjadi mangsa buat 2 bahagian rejim zalim, Luth dan Sarah watsen.
"Apa yang awak inginkan dalam hidup ini Ihdina?"
Masih ingat kan babak sebelum mereka berdua masuk ke dalam kamar pejabat Luth dan akhirnya menangkap Sarah yang sedang coba menciumi Luth. Sewaktu itu Ihdina sedang hamil dan Reza menemani Ihdina untuk menaiki tangga tetapi mereka berhenti banyak kali kerana Ihdina sering kepenatan dan sewaktu itulah pelbagai pertanyaan ditanyakan Reza, Ye pada pertemuan yang pertama mereka.
Ihdina ketawa. Sebenarnya dia sedang mencuri nafas. Mereka duduk di bangku sementara mahu meneruskan perjalanan.
"Saya nak capai cita-cita saya.."
" Kerjaya? sebagai peguam?"
" salah satunya.. tetapi.. saya nakkan pengalaman hidup.. dan pendidikan yang berterusan.."
"Contohnya?"
" Sambung belajar dan tak berhenti untuk sebarkan ilmu..."
" Kenapa? awak nak jadi cikgu ke..?"
Ihdian ketawa.
" well guru menjadi salah satu cita-cita saya.... saya nak jadi orang yang berpendidikan tinggi.. supaya saya boleh melihat orang lain lebih tinggi dari saya.. saya tak nak berhenti sekadar menjadi seorang peguam.. saya nak lebih sebab.. saya cintakan pendidikan.."
" well awak berminat nak sambung belajar di France? saya ada cawangan di sana, boleh saya keluarkan dana biasiswa untuk awak.."
Pandai Reza cucuk jarum. Well, Luth sendiri yang cakap, ini cuma surrogate dia.. why not kan.. dan akhirnya, jatuh ke tangan Ihdina, surat tawaran untuk sambung belajar seperti yang di rencanakan Reza. Untuk masa depan Ihdina dan Athif.
"ye.. walau apa pun yang berlaku.. Luth masih suami saya yang sah...saya dan dia belum pernah bercerai.. dan sebab yang utama adalah.. Athif.."
"What about Sarah..?"
"I dont mind about her.. and.. i dont mind about her and Luth.. i just wanna clear out the things... terima kasih banyak Tuan Reza.. saya takkan mampu membalas jasa tuan menyekolahkan saya di sini.. hingga akhirnya saya dapat apa yang saya idamkan... iaitu ilmu dan pengalaman.. saya akan cuba beri yang terbaik.."
Reza menarik nafas dan bersandar di kerusinya. Reza yang tidak pernah mengerti kenapa Ihdina meskipun tersakiti masih ingin pulang kembali pada Luth. Kenapa? Ihdina suka disakiti ke? Selama 4 tahun ini, terlalu banyak hint yang Reza berikan tetapi Ihdina tetap saja.. membawa nama perkahwinannya dan statusnya sebagai isteri di depan. Shit. but shut up Reza. Men wont betray men. Reza akui dia memang sudah lama sukakan Ihdina. But No melainkan statusnya bertukar menjadi single.
-------------------
' Cukuplah 4 tahun sebagai waktu untuk Luth berfikir.. dan mudahan Luth dapat berfikir yang terbaik demi Athif..'
Ihdina turun dari kereta yang menghantarkannya betul-betul di depan pejabat Luth. Semoga semuanya akan baik baik sahaja. Dia cuma berharap. Setelah berlaku tidak adil pada dirinya kerana menikahi Sarah, Luth akan berlaku adil mengenai Athif. Sengaja dia tidak langsung ke rumah Luth kerana tidak mahu berlalu limpas dengan Sarah meskipun Ihdina tidak tahu apa yang berlaku antara mereka.
Ihdina menguatkan langkah. Sangat sofistikated. Shawl kelabu kecoklatannya dilabuhkan seperti biasa, tidak lupa blazer berwarna hijau muda di kenakan di badannya menyerlahkan keayuan.
So... ready untuk di takluki luth? atau Akhirnya Luth yang menangis gigit jari? komen and vote guys!!
YOU ARE READING
Dia Kiriman Tuhan
RomanceIhdina akhirnya memutuskan memilih kerja yang sama sekali dia tidak menyangka akan dilakukannya demi menyelamatkan nasib keluarganya yang terbelit hutang. Gadis islamik seperti dia menarik perhatian luth untuk dijadikan "kilang" terbaik memproses zu...