Setelah mereka selesai membuat persembahan, Haerin memberi tepukan yang gemuruh untuk mereka.
"Woww caya la..."
Dia menarik tanganku untuk pergi ke arah mereka.
"Ehhh Haerin, Yunhee, Hoon." kata Chan. Lino hanya memandang ke arah kami.
"Noona apesal kat sini?" soalnya. Hae mencubit lengannya.
"Salah ke aku kat sini halamak mamat ni. Nasib kau adik ipar aku. Kalau tak dah lama aku humban kau dalam longkang." kata Haerin.
"Dah la jangan gado lagi. Kau ni hyung tak baiklah lawan kakak ipar hyung tu." kata Hyunjin. Lino hanya menjeling lagi. Aku hanya mengetap bibir perlahan.
"Ehhh ni haa Lino, kawan aku minat dengan kau." kata Haerin lagi. Lino hanya tersenyum sinis.
"Tapi aku tak minat dia."
Dia terus berjalan melepasi kami dan keluar dari bilik latihan.
"Lino, hari ni kau naik ngan abang kau kan? Yah!" jerit Haerin. Aku terus memegang lengannya.
"Ishh kau ni behave la." kata aku lagi. Haerin hanya mendengus.
"Budak tu memang tak hormat orang la." marah Haerin.
"Hae, Yunhee. Aku minta maaf bagi pihak Lino." kata Chan. Aku terus menggeleng.
"Takpe, Chan. Saya faham. Kiteorang balik dulu eh? Bye.." kata aku lalu menarik tangan Haerin keluar dari bilik latihan.
Sedang kami berjalan, aku ternampak Lino dah tunggu di perkarangan Universiti.
"Cepatlah. Lambat la." kata Lino lagi. Dia perasan dengan kehadiran aku di sebelah Haerin lalu menjeling.
"Ishh kau ni jeling ii nak aku cungkil mata kau?" ugut Haerin.
"Cungkil la. Kalau hyung tau, memang matilah kau, noona." kata Lino lagi.
"Hek eleh dia ni bajet. Hyung awak tu sayangkan bini dia dari adik dia yang hanat ni." kata Haerin lagi. Lino hanya mendengus.
"Hae, dah la jangan marah ii lagi. Relax sudah." kata aku lagi. Tak lama kemudian, ada satu kereta masuk ke perkarangan University. Tak lain tak bukan itu ialah Juyeon.
"Haa mari masuk..."
Lino ingin duduk di depan tapi dihalang oleh Juyeon.
"Woi, bagi bini aku duduk depan. Kau duduk belakang dengan Yunhee."
Terkejut besar bila aku mendengar.
"Hyung!"
"Haaa kan aku dah kata yang abang kau sayangkan aku ngueng. Dah pergi duduk belakang." kata Haerin lalu masuk untuk duduk di sebelah Juyeon.
Aku membuka pintu dan memandang ke arahnya.
"A-awak tak nak masuk ke?" soal aku. Dia mendengus lalu pusing untuk membuka pintu yang lain dan masuk ke dalam kereta. Aku mengetap bibir lalu masuk ke dalam. Kami pon pergi dari Universiti.
Sepanjang perjalanan, hanya Juyeon dan Haerin je yang membuka mulut. Aku dan Lino hanya mendiamkan diri di belakang. Aku cuba untuk melihat ke arahnya, tapi dia hanya memandang ke arah tingkap tanpa melihat ke arah aku.
"Hina sangat ke aku ni sampai dia tak nak tegur aku langsung?"
Setelah tiba di rumahku, aku mengucapkan terima kasih kepada Juyeon oppa untuk hantar aku balik. Setelah itu, aku pon masuk ke dalam rumah.
"Saya dah balik." kata aku.
"Ohhh Yunhee, balik pon kamu." kata eomma. Aku hanya tersenyum.
"Nae. Eomma kenapa? Nampak happy je?" soal aku lagi. Dia hanya tersenyum.
"Tadi Puan Lee call eomma." katanya. Aku membulatkan mata.
"Puan Lee? Yang mana eh?"
"Alaaa Aunty Lee kamu, yang ada 2 anak lelaki tu. Dia ada call eomma tadi. Hujung minggu ni dia nak datang lawat kita sekeluarga." kata eomma lagi. Aku hanya mengangguk. Aku pon tak ingat siapa.
"Ohhh boleh je kot. Yunhee naik atas dulu ya eomma." kata aku lagi. Dia hanya mengangguk dan aku pon naik atas untuk membersihkan diri.
Aku pon baring di atas katil. Tiba ii, aku dapat mesej dari Haerin.
Aku hanya mengeluh. Aku pon tak tau kenapa Lino tu benci sangat tengok muka aku? Dia seolah membenciku ya amat.
"Walau dia benci aku macam mana pon, aku tetap dengan pendirian aku untuk cuba kenal dengan dia. Mana la tau dia tak biasa ngan aku mula ii ni."
YOU ARE READING
『 C 』 LMH FF ; ❛❛Our Painful Destiny❜❜
Fanfic"If this is our fate, I will truly accept" START: 05/06/2021 END: 25/06/2021