CH11

125 14 12
                                    

Aku menyediakan sarapan untuk Lino

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menyediakan sarapan untuk Lino. Kelihatan dia pon menuruni tangga.

"Morning sayang." ucapnya lalu mengucup bibirku sebelum duduk di meja makan.

"Dah la lambat nak sweet ii pulak. Cepat makan. Saya ada kelas lagi pagi ni." kata aku lagi. Dia hanya tersengih.

"Sorry. Hurmm nak saya hantarkan ke?" soalnya. Aku hanya menggeleng.

"Takpe, saya boleh pergi dengan Hoon. Kan awak ada meeting pagi ni jadi takleh lambat." kata aku lagi. Dia hanya mencebik.

"Pahal lak pergi dengan dia? Saya boleh tolong hantarkan la." katanya sambil mencebik. Aku hanya tersenyum lalu mengusap pipinya.

"Awak jangan la cemburu dengan Hoon. Kiteorang hanya kawan je la. Tak lebih dari tu pon." kata aku lagi, menyakinkan dia.

"But still, bukannya saya tak tau yang dia ada perasaan kat awak." katanya lagi. Aku terus menggenggam erat tangannya.

"Sayang, if you truly love me, you will trust me with your heart."

Dia mencebik lagi.

"Yelahh ite percaya. But, balik nanti saya ambil awak. Okay kan?" soalnya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Baik encik lee." kata aku lagi. Dia hanya tersenyum puas dan sambung makan. Setelah selesai, Lino pon pergi ke syarikat manakala aku pulak pergi ke Universiti.

Tak lama kemudian, Younghoon tiba di hadapan rumahku.

"Sorry Yunhee lambat. Jom." katanya. Aku hanya mengangguk dan masuk ke dalam keretanya dan kami pon pergi ke Universiti.

Hari ni nampaknya aku alone je la sebab Haerin cuti hari ni sebab ada appointment doktor. Maklumlah sister tu dah 6 bulan mengandung. Dah besar dah tu perutnya.

Sedang aku tumpukan perhatian di dalam kelas, entah kenapa aku rasa mual dan pening kepala.

"Madam, boleh tak saya nak ke tandas?" soal aku. Lecturer membenarkan aku dan aku terus berlari ke tandas untuk melepaskan segalanya.

Setelah selesai, aku ingin keluar dari tandas, tiba ii aku rebah dan jatuh di atas lantai. Sejak tu, aku terus melihat kegelapan.

"Bawak ke bilik rawatan, cepat..."

BEBERAPA JAM KEMUDIAN

Aku tersedar dari pengsan dan apa yang aku lihat cuma siling putih dan juga kipas yang berputar. Aku memandang ke sebelah dan kelihatan Younghoon setia disisi aku.

"Yunhee..."

Ada seorang doktor datang menghampiri aku.

"Hoon, kenapa saya ada kat sini?" soal aku.

"Awak pengsan dalam toilet. Nasib baik ada makcik cleaner nampak tadi dan dia terus panggil doktor." jelas Younghoon.

"Cik Song, boleh saya cakap dengan cik Song sekejap?" soal doktor itu. Aku hanya mengangguk.

"Cik Song dah berapa lama tak datang bulan? Ada morning sickness tak selalunya?" soal doktor itu.

"Dah 3 bulan doktor. Kalau pasal morning sickness tu ada la jugak." kata aku lagi. Doktor tu hanya tersenyum.

"Saya ada berita gembira untuk awak, Cik Song." katanya lagi. Aku mengerutkan dahi. Younghoon pon blur semacam.

"Berita apa tu doktor?" soal Younghoon.

"Tahniah Cik Song, kamu dah mengandung dan kandungan awak dah mencecah 2 bulan." kata doktor itu lagi. Aku terkejut dan pada masa yang sama jugak gembira yang bernih cinta antara aku dengan Lino tumbuh sihat di dalam rahim.

Aku mengusap perutku perlahan.

"Terima kasih doktor." kata aku lagi.

"Saya akan buat ujian ultrasound untuk melihat keadaan kandungan awak okay?" katanya lagi. Aku hanya mengangguk. Doktor itu pergi untuk bersiap sedia.

"Yunhee, congrats to you. Awak bakal jadi mama. Kalau Hae tau mesti dia pon gembira gak." ucap Younghoon dengan senyuman yang mekar di bibirnya.

Aku memeluknya erat.

"Thanks Hoon sebab sudi temankan saya disini." kata aku lagi. Dia mengangguk dan mengusap belakangku.

"Sama-sama."

Tanpa aku sedar, ada mata yang memandang dari luar bilik rawatan dengan penuh dendam.

"Nampak bahagia eh kau sekarang, Yunhee? Aku akan musnahkan kebahagiaan kau. Just wait and see." 

『 C 』 LMH FF ; ❛❛Our Painful Destiny❜❜Where stories live. Discover now