CH10

123 13 13
                                    

Aku tersedar dari tidur dan memusingkan badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tersedar dari tidur dan memusingkan badan. Tiada Lino disisi aku.

"Hurmm dia kat dapur la tu, masak." desis hati aku. Aku pon bangun dan kemas katil sebelum aku membuat rutin pagi. Selepas selesai, telefon aku berdering.

Rupanya dari Haerin.

"Hello?" soal aku.

"Hello, sweet couple..." perlinya melalui telefon. Aku hanya tergelak kecil.

"Apa ni, Hae? Kau kalau nak call aku semata nak menyakat aku, aku letak dulu.." kata aku lagi.

"Alalala wehh kejap la. Aku nak bagitau something ni." katanya lagi. Aku pon duduk di atas katil.

"Okay apa dia?" soal aku lagi.

"Ehhh boleh tak aku dengan Juyeon nak datang rumah? Kiteorang nak bagitau something ni." katanya lagi.

"Datang je la. Hari ni kan cuti. Lino pon ada je kat rumah ni dia tak kerja pon." kata aku lagi. Maklumlah Lino dah graduate and dia pon dah kerja kat company keluarganya. Nasib baik kami dapat kekalkan perkahwinan ni.

Lino sebagai director of the company sekaligus orang bawahan abang dia sendiri. Lagipon aku nampak perubahan dalam diri dia menjadi seseorang yang lebih matang.

Aku pulak? Dah jadi final year student University of Seoul. Sikit je masa lagi aku akan menggenggam segulung ijazah.

"Haaa okay la jap lagi kiteorang datang. Bubye, lovey dovey." katanya lalu mematikan panggilan. Aku hanya menggeleng. Ishh dia ni, tak habis lagi nak menyakat aku.

Aku pon turun ke tingkat bawah dan kelihatan Lino baru je selesai masak sarapan untuk kami berdua. Dia perasan dengan kehadiran aku dan tersenyum.

"Sayang, morning." ucapnya. Aku hanya tersenyum.

"Morning. Sorry saya bangun lambat. Sepatutnya saya yang kena sediakan sarapan." kata aku lagi. Dia menarik tanganku ke dalam pelukan.

"Alaa sayang takpe la. Awak kan penat lagi. Saya boleh handle masak ii ni semua." katanya. Aku hanya tergelak kecil.

"Yelahh ahh btw Haerin dengan Juyeon oppa nak datang melawat kita jap lagi. Yunhyeong oppa pon sama. Dia baru contact dengan saya semalam." kata aku lagi.

"Ohhh hyung ada cakap dengan saya semalam. Lupa pulak nak bagitau. Hurmm katanya ada berita tergempar." kata Lino lagi. Aku hanya mengangguk.

"Tulah tu, tak tau apa dia. Ehh jom lah makan dulu. Nanti kalau tetamu dah sampai tak manis pulak." kata aku. Kami pon makan bersama.

Selepas selesai, aku pon membasuh pinggan yang kami telah gunakan. Tiba ii, loceng rumah kedengaran.

"Sayang, pergi buka pintu tu." kata aku lagi. Lino pon membuka pintu.

"Hyung, Haerin. Masuklah..."

Aku dah selesai membasuh pinggan, terus datang untuk mendapatkan Haerin.

"Awal betul korang dua datang. Mesti dah tak sabar nak bagitau berita tergempar tu." kata aku lagi. Mereka berdua hanya tersengih.

"Korang duduk dulu la. Yunhee nak buat air dulu untuk kalian berdua." kata aku lagi. Tiba ii, seseorang bersuara.

"Hi semuanya."

Aku tersenyum.

"Yunhyeong oppa, annyeong." kata aku dan memeluknya erat. Bertapa aku rindukan dia. Maklumlah dah beberapa bulan tak jumpa.

"Ohhh hyung, masuk je la." pelawa Lino. Yunhyeong pon masuk ke dalam dan duduk bersama dengan yang lain. Aku pon masuk ke dapur untuk membuat air. Tak lama kemudian, Haerin masuk ke dapur.

"Amboi makin glowing eh kau sekarang." katanya. Aku hanya tersenyum.

"Apalah kau ni. Mula la tu nak merepek." kata aku sambil membuat air. Dia pon duduk di kerusi.

"Ni apa cerita ni sebenarnya? Kau cerita la kat aku." kata aku lagi. Dia hanya tersengih.

"Aku datang ni sebab aku rindukan kau la and also, kau dengan Lino... bakal jadi pakcik dan makcik." katanya lagi. Aku membulatkan mata dan duduk di hadapannya.

"Kau pregnant ke? Berapa bulan?" soal aku lagi. Dia hanya tersenyum malu.

"Dah 3 bulan."

Aku yang tersenyum gembira lalu memeluknya erat.

"Wehhh tahniah. Aku gembira untuk kau!" kata aku lagi. Dia hanya tergelak kecil.

"Thanks. Aku pon tunggu giliran gak nak jadi makcik." kata aku lagi. Aku yang dah malu, mencubit lengannya. Meraung kesakitan dia dibuatnya.

"Sakit la Yunhee. Tangan kau ni macam ketam dah aku tengok. Mesti Lino menderita kena cubit bila dia nakal." kata Haerin lagi. Aku hanya tergelak.

"Ya, aku cubit dia puas ii kalau dia nakal sangat. Dia makin nakal aku tengok." kata aku lagi.

"Hurmm sama je la macam Juyeon tu. Macam mana abang, macam tulah adik." perli Haerin. Aku hanya tergelak kecil. Tiba ii,

"Amboi ii memerli suami eh nampak."

Aku menoleh. Kelihatan Juyeon dan Lino berada dekat dengan kami.

"Lahaii, kenapa masuk dapur ni? Korang tunggu la dengan Yunhyeong oppa kat ruang tamu tu. Kesian dia sorang ii." kata aku lagi. Lino terus memelukku dari belakang.

"Rindu..."

Aku menahan malu lalu mengerling ke arah Haerin dan Juyeon oppa. Mereka hanya menahan ketawa. Aku menyiku perutnya perlahan.

"Jangan mengada boleh tak?"

"Alaaa takpe Yunhee. Biarlah suami tu nak lepaskan rindu. Sayang, jom kita pergi ke ruang tamu. Tinggalkan la dorang berdua ni kat dapur nak bersweet-sweet." kata Juyeon oppa lalu memimpin tangan Haerin ke ruang tamu.

Aku menoleh ke arah Lino yang sedang merehatkan dagunya di bahu sambil tersenyum senang.

"Suka la tu kita berdua kat dapur ni." kata aku. Dia mencium bibirku.

"Suka la sebab hanya kita berdua je, sayang." katanya lagi sambil tersengih. Aku hanya mengetap bibir kuat lalu mencubit pipinya kuat.

"Arghhh sakit sayang."

"Tau takpe. Dah jom bawak air dengan snack ni kat ruang tamu. Nanti dah sejuk tak sedap." kata aku lagi. Lino hanya akur lalu menolong aku membawa makanan dan minuman ke ruang tamu untuk jamuan. 

『 C 』 LMH FF ; ❛❛Our Painful Destiny❜❜Where stories live. Discover now