Pap! Pap!
"Siap!! Hehehe." Aku menjulang Jungkook yang baru sahaja selesai menukar pampers. Wangi, bau bedak baby hshshshs..
Jungkook tergelak sambil menggerak-gerakkan kakinya seolah-olah mahu melompat.
"Alalala omelnyee.." Aku mencium pipi gebunya sebelum mendukungnya dan bangun dari katil.
Aku melangkah keluar dari bilik. Jimin dengan Hoseok tengah main lukis-lukis. Namjoon tengah tengok tv macam biasa. Taehyung tengah makan dengan Seokjin depan tv, Yoongi tengah tidur dalam bilik, Jungkook yang dah bersih dan moodnya elok.
PERFECT!!
Aku melangkah ke dapur lalu meletakkan Jungkook di dalam babychair.
"Kookie nak makan apa hari ni?" Tanya aku.
Jungkook pandang sesuatu dengan mulut ternganga menyebabkan air liurnya mula menitik. Aku mengelap air liurnya lalu menoleh ke arah benda yang dia pandang. Sebungkus ramen cheese tersusun elok di atas rak.
"Kookie nak ramen ke?" Aku menagih kepastian sebelum Jungkook tiba-tiba teruja.
"Huh! Hah! Huh!!" Dia cuba berkata sesuatu sambil tangan kecilnya menggapai udara cuba mengambil bungkusan ramen itu.
Aku tergelak kecil dan menggosok lembut kepalanya yang sudah tumbuh rambut. "Tak boleh, Jungkook makan makanan baby je. Noona buatkan kejap eh." Ujar aku lalu menapak untuk membuat makanan bayi.
Jungkook menghembus nafas berat lalu memeluk tubuh.
'Ceh, baik tak payah tanya..' Gumamnya dalam hati sambil memandang aku dengan wajah menyampah.
Tapi aku tak perasan.
Setelah beberapa minit, bubur untuk Jungkook pun siap. Aku menapis bubur sebelum menuangnya di dalam mangkuk dan duduk bertentangan Jungkook.
"Choo! Choo!! Haa buka mulut. Noona suapkan." Kata aku teruja lalu menghulurkan sudu plastik baby ke arah mulutnya.
Namun Jungkook mengetap mulutnya. Aku berkerut dahi. "Kenapa ni? Tak nak makan ke?" Tanya aku pelik.
"Atatata!" Jungkook tiba-tiba mengamuk menyentakkan aku. Sudu di tangan aku dilibas sebelum terjatuh di atas meja. Aku panik dan segera mengambil sudu itu dan membasuhnya.
"Woi woi woi...apa benda kau ni? Ingat gangster ah tu libas-libas sudu? Behave sikit!"
Satu suara menyentakkan aku.
Aku toleh ke belakang sebelum ternampak Seokjin yang sudah mencekak pinggang menghadap Jungkook. Serta merta Jungkook diam.
"Wow..." Aku tergamam kejap. "Eh, dah habis makan?" Tanya aku pada Taehyung dan Seokjin yang baru meletakkan mangkuk kosong di atas meja yang lebih tinggi dari kepala mereka.
"Dah. Herm, noona, kenapa dengan dia ni?" Tanya Taehyung sambil memanjat kerusi di sebelah Jungkook.
Aku mengeluh. "Dia nak makan ramen. Noona tak bagi la sebab dia baby lagi."
Taehyung berkerut dahi. "Aik..kami dua makan okay je."
"Korang lain. Korang tu dah besar. Jungkook ni baby lagi. Nanti dia tercekik ke, sakit perut ke...kan susah." Ujar aku sambil cuba menyuapnya bubur padanya lagi.
Tapi dia enggan buka mulut. Tidak sampailah dia sedar yang Seokjin tengah renung dia, barulah dia makan
"Noona, nak air." Kata Seokjin sambil menghulurkan gelas plastik kosong pada aku.
Aku mengangguk dan bangun untuk mengambil air. Meninggalkan mereka di meja makan. Seokjin buat hal sendiri sementara Taehyung mendekati Jungkook. Jungkook pandang Taehyung dengan muka pelik seolah-olah berkata, 'Apa benda lagi yang mamat tak guna ni nak buat kat aku?'
Tiba-tiba..
Burpp!!
Taehyung sendawa di wajah Jungkook menyebabkan wajah Jungkook berkerut. "Oops, sorry. Memandangkan kau tak boleh makan ramen macam kami yang dah besar ni...so bau je la. Kau kan baby...lemah. Pft..." Kata Taehyung angkuh.
Jungkook mengembungkan pipinya. Kalau diikutkan hati, nak aje dia baling mangkuk bubur tu ke muka Taehyung, tapi disebabkan aku dah kembali, dia batalkan niat itu.
"Jungkook makan eh?" Pujuk aku kembali menyuapkan bubur padanya. Dan dia dengan mudahnya terima.
Aku terkejut tapi terharu. Finally!
"Macam mana rasa? Sedap? Alala syian baby ni..." Taehyung mengusik sambil menongkat dagu.
Jungkook pandang Taehyung dengan pandangan tajam. Suapan bubur terus masuk ke mulutnya tanpa henti. Tiba-tiba...
PFTT!!!
Bubur yang aku suap itu disembur ke muka Taehyung menyentakkan aku dan Seokjin.
"Kuaja kau ni." Taehyung menggenggam penumbuk mahu meluku Jungkook namun Jungkook juga sudah mengamuk dan menarik rambut Taehyung. Bubur di dalam mangkuk dan air di dalam gelas Seokjin tumpah.
Aku panik kerana keadaan tiba-tiba kecoh.
Tidak sempat aku ingin bersuara...
BAM!!
"KORANG NI DAH PUAS HIDUP KE?! KAU JUNGKOOK, HIDUP TAK SAMPAI SETAHUN DAH BUAT PERANGAI. MAKAN JELA BUBUR NOONA BUAT TU!! TAK SEDAR DIRI KE KAU TU BABY LAGI?! KAT MANA LAGI KAU TAK FAHAM?!!" Jerkah Seokjin bengang menyebabkan Jungkook kaku terus. Taehyung yang tergelak terus terdiam setelah dipandang Seokjin.
"KAU PUN SAMA, TAE!! TAK PAYAH LA KACAU DIA!! TAK HABIS-HABIS LA KORANG NI. KAU TU ABANG, TUA DARI DIA, BEHAVE LA!!"
Aku terdiam. Tak mampu bersuara. Speechless. Mereka berdua pula hampir menangis namun..
"HAA LEPAS TU NANGIS!! DAH TAK PAYAH NANGIS BUAT DRAMA KAT SINI!! MINTAK MAAF CEPAT!!" Arah Seokjin tegas.
Lantas mereka berdua menghulurkan tangan kepada satu sama lain. "HA TUNGGU APA LAGI?! SALAM! LEPAS TU PELUK!"
Mereka akur dengan apa yang diarahkan Seokjin.
"CAKAP APA?!"
"Maaf.." Kata Taehyung dengan suara serak kerana menahan tangisan dan wajah yang masam. Air mata mereka berdua sudah mengalir kerana takut.
"Kau, Jungkook. Kata apa?"
"Atata.." Kata Jungkook sambil menjuihkan mulut. Wajahnya turut basah dengan air mata dan hingus.
Seokjin terangguk lalu memandang aku yang masih terdiam. "Ya, sama-sama." Katanya ringkas lalu berlalu pergi.
Aku pegang kepala sendiri. Macam terkena migrain. Aku tak expect-...bukan, aku tak boleh brain ia akan jadi macam ni, apatah lagi bila Jungkook tak menangis macam baby biasa apabila kena marah macam tu.
Dia dah lali ke?
• • • • author membebel • • • •
hye yalls. I drew this cuz im so happy that I got my old instagram account back after weeks being locked/banned by instagram (dlm tu banyak lukisan/art and gambar) 😭🖐️ kinda cincai and messy cuz im too excited to share it with yalls..
k that's all. Dont forget to leave a vote and comments, adios!!!
(should i draw wattpad version? 😏🤔)
YOU ARE READING
my seven babies ⚜ bts
Humor(cerita ni tak ada hala tuju) Bila kau kena jaga tujuh baby lelaki. Alasannya sebab kau kena cari kerja atau kau akan kahwin. Kau tak nak lagi wehh..tak sedia lagi! Kau dah la pemalas syaitonirrajim, set-set tak sedar diri, kerek, lonely, suka bua...