Aku pandang Jungkook, dan Jungkook pandang aku. "Alang-alang diorang semua mandi..kau mandi jugak lah." Aku bermonolog lalu menimangnya.
Aku mula menanggalkan baju Jungkook dan membalutnya dengan kain tuala berwarna pink. Pipinya yang gebu aku cium. eii squishy..
"Ei, busuk." Kata aku sambil tersengih.
Dia tergelak menampakkan dua batang gigi hadapannya. Kemudian, aku melangkah arah tandas sambil membawa 6 kain tuala yang lain.
"HAHAHAHA!!"
Telinga aku menangkap tawa mereka. Eh, budak-budak ni mandi ke tak? Aku mula lajukan langkah.
Sebaik sahaja tiba di tandas, aku menolak pintu. Aku tersentak. Diorang main kejar-kejar? Dah la mandi sekali dengan pakaian semua! Adehh..
"Yah Hoseok ah! Jimin ah!! Jangan main kat sini! Jatuh nanti! Licin la!" Marah aku.
Mereka berdua berhenti. "Alahh!! Tak jatuh pun noona!" Jimin merengek.
"Dah tak jatuh lagi! Dan, kenapa tak bukak baju? Meh sini! Habis basah baju tu!" Aku meletakkan Jungkook di dalam baby bath tub.
"Malu la noona!!"
"Apa malu malu? Korang tu kecik lagi. Sini cepat!"
Yoongi yang tadinya berendam di dalam baldi keluar dan mendekati aku. Satu persatu aku menanggalkan pakaian mereka.
"Noonaa, Seokjin dengan Yoongi dah besar la. Kami malu."
Aku pandang Seokjin dan Yoongi memandangkan mereka yang terakhir yang masih berpakaian.
"Besar? Besar apa hyung?" Jimin tiba-tiba mencelah dengan muka innocentnya.
Aku pandang Jimin. "Ei, jangan sibuk la. Pergi main dengan Tae kat sana." Aku menghalau. Jimin memuncungkan bibir dan berlalu pergi. Taehyung yang sedang bercangkung kerana merenung sehelai daun yang ditolak air tersungkur setelah diterajang Jimin dari belakang.
"Hah, yelah. Bukak baju dengan seluar je."
Yoongi dan Seokjin mula menanggalkan baju dan seluar lalu memberi kain itu kepada aku sebelum berlalu pergi untuk bermain air.
Jimin sedang bermain sabun mandi di sudut ruang. "Eh eh, buih. Tae tae, tengok ni." Jimin meniup buih yang berada di tapak tangannya.
"Wu yoo...boleh terbangg uh..." Kata Taehyung teruja.
"Kan kan! Aku pandai buat magic! Dia boleh terbang walaupun takde sayap!" Jerit Jimin bangga.
Sedang kusyuk dia melihat buih, tiba-tiba, mata Jimin termasuk sabun. "Huaaa!!!"
Dia menjerit sambil menggosok mata. Aku yang leka memandikan Jungkook tersentak dan terus menerpa ke arah Jimin. Dah la tangan bersabun, dia pergi tenyeh mata pulak. Halahaiii...
"Ish laa!! Jangan pergi tenyeh tangan tu kat mata! Sini!" Aku membasuh tangan Jimin dan menyapu air ke wajahnya.
"Pedihh!!" Raungnya.
"Ye ye, noona tahu. Tahan sikit." Aku mengelap matanya dengan kain tuala.
Sementara itu, Taehyung hanya memandang keadaan aku dan Jimin. Perlahan-lahan perasaan curios muncul di hatinya. Dia mengambil sabun itu lalu membuihkannya sebelum menyapu ke mata.
"Huaaa!!! Pedih!!!" Jerit Taehyung.
Aku pandang ke arah Taehyung. Laaa...dia pegi cuba lak dahhh..
Aku menggeleng penat dan mula membersihkan mata mereka berdua. Sementara itu, Namjoon ralit menyampookan (?) rambut Hoseok yang sedang duduk di atas kerusi mini. Siap buat pacak ala-ala jerung.
Yoongi masih berendam di dalam baldinya manakala Seokjin sedang mandi menggunakan heater di dalam bathtub.
"Seokjin ah! Kenapa mandi dalam bathtub?!" Marah aku.
Seokjin pandang aku dengan pandangan penuh ketakburan. "Excujimi, i'm pwincess okayh? I tak nak la mandi dengan diorang. No class." Katanya lalu menflipkan rambutnya.
"HALAH NANTI MATI MASUK TANAH GAK!! ORANG TAK TANAM KAU DALAM SHOPPING COMPLEX LA WOI!!!" Jerit Yoongi.
YOU ARE READING
my seven babies ⚜ bts
Comédie(cerita ni tak ada hala tuju) Bila kau kena jaga tujuh baby lelaki. Alasannya sebab kau kena cari kerja atau kau akan kahwin. Kau tak nak lagi wehh..tak sedia lagi! Kau dah la pemalas syaitonirrajim, set-set tak sedar diri, kerek, lonely, suka bua...