"Atok..noona okay ke tak tu?" Sehun terkejut setelah bajunya ditarik. Dia pandang ke bawah sebelum kembali memandang aku yang sedang mengendong Jimin.
Sehun menghela nafas panjang. "Korang biarkan noona dengan Jimin dulu okay? Kita main dalam bilik nak?"
Semua orang memandang Sehun dengan pandangan negatif.
"Korang ni..kecik-kecik dah fikir benda pelik-pelik. Main mainan la. Korang ada mainan kan dalam bilik? Kita tengok movie ke..main kat luar ke..nak?" Pujuk Sehun membetulkan dukungan Jungkook yang mula merengek.
Yelah, lelaki yang dukung. Rasa awkward. Kalau noona dukung okay sikit. Erm.
"Main kat luar! Main kat luar!" Hoseok menjerit-jerit seronok sambil menampar-nampar bahu Namjoon.
Sehun tersenyum. "Okay, jom." Sehun memandang ke arah aku sekilas sebelum mengelug kecil dan terus melangkah keluar dari rumah bersama mereka berenam.
• •. •
Aku duduk di sofa sambil mengendong Jimin di dalam dakapan aku. Perkara yang berlaku tadi masih menyakitkan hati aku. Bukan marah, tapi..ada satu perasaan lain yang tak mampu aku ungkap.
Pipi Jimin yang masih lena aku kelus lembut. Aku tersenyum kecil. Seronoknya jaga budak-budak. Paha kirinya aku tepuk berulang kali untuk mendodoikannya.
Banyak peristiwa pahit yang dia alami hari ini. Hampir saja jantung aku luruh setelah Jimin terhempas ke tar setelah lelaki tak guna tu melepaskan Jimin begitu sahaja sebelum berlari.
Manusia berhati binatang.
Syukurlah dia tak apa-apa. Cuma luka sikit di bahagian kaki. Tu pun aku dah sapukan ubat.
"Erm...huk! Huk!!" Aku tersentak setelah Jimin meronta-ronta. Segera aku baringkan Jimin semula di atas tilam Jungkook.
"Jimin...Jimin..bangun." Aku menepuk bahunya.
Serta-merta Jimin membuka mata. Dia memandang aku sebelum terus memeluk aku.
"Nooonaaa!!! Imin takutt!! Imin mintak maaf!!" Raung Jimin.
Aku membalas pelukkannya dan mengusap belakangnya. "Noona ada..noona jaga Jimin. Noona dah maafkan Jimin dah pun. Tapi Jimin jangan buat camtu lagi eh? Noona risau sangat."
Jimin melepaskan pelukan itu dan menundukkan kepala. Perlahan-lahan dia mengangguk.
"Kenapa Jimin lari keluar?" Soal aku. Jimin perlahan-lahan pandang aku. "Jimin..Jimin cuma nak jumpa dengan Halmeoni.."
Aku mengeluh. Alahai budak ni..macam mana aku nak bagitau dia perkara sebenar? Aku mengelap air mata Jimin dengan ibu jari.
"Nanti kita jumpa Halmeoni k?" Aku cuba memujuk.
Perlahan-lahan Jimin mengangguk. Aku tarik nafas panjang. "Okay, Jimin nak makan ke? Jimin lapar?" Soal aku kembali ceria.
Jimin menggeleng.
"Hahahaha!!"
Mendengar tawa yang agak kuat kepala kami berdua tertoleh ke arah luar. Jimin terus bangun dan berlari ke arah luar.
"Imin! Jom main!" Panggil Taehyung melompat-lompat.
"Cepatlah! Kita main!" Namjoon terus menarik tangan Jimin dan mereka terus bermain air.
Aku agak terkejut. Semua baju mereka basah kuyup!! Sehun duduk memerhati mereka di pondok. Aku mendekatinya dengan niat ingin memarahinya kerana membiarkan mereka bermain air.
Tapi..
"Ah, Yoonji ah. Meh duduk dulu." Sehun terus menarik tangan aku menyebabkan aku terduduk di sebelahnya. Jungkook yang berada di ribanya diambil alih oleh aku.
"Kau jangan marah. Tengok diorang semua. Happy je. Biarlah diorang happy sekali-sekala." Tegurnya.
Aku diam kejap. Macam mana dia tahu isi hati aku? Aku pandang mereka. Semuanya tengah bergembira. Termasuk Jimin.
Perlahan-lahan api di hati aku terpadam mendengar tawa mereka.
"Uekk! Ermm!!" Jungkook meronta-ronta. Eh eh, kenapa ni?
Sehun tengok aku yang tengah struggle menenangkan Jungkook.
Dia berkerut dahi.
"Aku rasa dia rimas la. Sekarang pun musim panas. Aku rasa elok kau bukak baju dia. Baby mana boleh panas sangat. Dia tak selesa. Nanti naik ruam susah." Kata Sehun.
Aku terkejut. Wow..banyaknya ilmu dia pasal budak-budak. Aku terus menanggalkan costume arnab itu. Badan dia pun dah nak panas.
"Cer bagi dia mandi jugak. Nampak macam dia teringin tu." Aku pandang wajah Jungkook yang memandang abang-abang tak diiktirafnya sedang seronok berlari ke sana sini menyembur air.
Aku pandang Sehun pulak.
Kenapa...
Kenapa hati aku rasa berdebar?
YOU ARE READING
my seven babies ⚜ bts
Humor(cerita ni tak ada hala tuju) Bila kau kena jaga tujuh baby lelaki. Alasannya sebab kau kena cari kerja atau kau akan kahwin. Kau tak nak lagi wehh..tak sedia lagi! Kau dah la pemalas syaitonirrajim, set-set tak sedar diri, kerek, lonely, suka bua...