Aku memakirkan kereta di tempat letak kereta bawah tanah. "Okay jom." Kata aku melangkah keluar dari kereta.
Seperti biasa, aku mendukung Jungkook dan memimpin tangan Taehyung. Tatkala kami tiba di hadapan pintu utama mall Taehyung merentap tangannya dan mula berlari ke sana sini.
"Noona!! Besarnya rumah noona!! Kenapa rumah tadi kecik? Tak besar macam ni?" Soal Taehyung sambil berpusing-pusing.
"Yah! Kim Taehyung ah! Jangan pergi jauh la! Mari sini!" Marah aku. Taehyung mengendahkan aku dan terus berjalan ke sana-sini.
Aku menggeleng dan berjalan laju untuk menangkapnya. "Hiah!" Tangan aku terus melingkar di perutnya sebaik sahaja dia ralit merenung seorang lelaki yang sedang menghisap rokok.
"Maaf.." Kata aku menunduk. Lelaki itu endahkan aku dan terus menghembuskan asap nikotin itu.
Ei, sombong gila. Aku sumbat putung rokok tu dalam lubang hidung kau baru tau. Lagi satu, dah nampak budak dekat tepi...boleh lagi main hembus-hembus. Bongok.
"Noona, noona..laki tadi tu deragen ke? Kenapa dia boleh hembus asap ikut mulut dengan hidung dia? Dia boleh sembur api tak? Tae nak bakar marshmallow." Tanya Taehyung.
"Tae, Tae jangan dekat dengan orang yang hembus asap tau. Bahaya. Nanti Taehyung jatuh sakit sebab asap tu beracun." Ajar aku lalu meletakkan Taehyung ke bawah semula.
"Habis tu, kenapa dia sedut? Dia memang takkan mati eh? Hidup abadi? Ke dah puas hidup?" Taehyung masih menoleh ke arah lelaki itu walaupun tubuhnya sudah membelakangi lelaki itu.
Aku tergamam terus.
Uhuk! Huk! Huk!
Aku dengar dia terbatuk. Sentap kot..sebab suara Taehyung ni boleh tahan kuat jugak. Beberapa orang yang terdengar suara Taehyung tergelak.
"Dia dah nak mati ke, noona? Batuk lain macam je tu." Tanya Taehyung lagi dengan penuh confidentnya.
"Shh...jangan cakap camtu la. Jom cepat!" Aku lajukan langkah. Risau pulak bila Taehyung mula tanya soalan-soalan deep tanpa sedar macam ni.
Aku letakkan Jungkook di troli yang mempunyai tempat letak bayi. "Tae, meh sini." Aku mendukung Taehyung dan meletakkannya ke dalam troli. Mudah nak jaga.
"Ei..muda-muda dah ada dua anak. Entah lelaki yang diiktiraf ke tak tah.."
Panas je telinga aku mendengar umpatan busuk dua makcik tak sedar diri ni. Aii, tak lama aku masak sambal tumis jugak kot bawang-bawang ni. Nak baling, kat tangan aku ada Jungkook pulak. Nak baling Jungkook, rasa tak patut je.
"Noona..kenapa makcik-makcik tu berbisik sambil tengok noona? Dia cemburu ke noona lagi muda dari dia?"
Aku kaku kejap. Good Tae good..
"Kurang ajar betul la budak tu. Mesti parent dia tak pernah jaga dia kan?"
Haihh, makcik ni..kutuk anak orang plak. Ingat anak dia perfect sangat ke?
"Noona, orang tua-tua macam ni memang suka brbisik eh? Eomma kata syaitan pun pandai berbisik. Diorang jelmaan syaitan ke, noona? syaitan bukan ahli neraka ke? Diorang ni datang dari neraka eh?"
Sekali lagi aku rasa ada anak panah menusuk ke dalam hati mereka. Aku hanya tersenyum dan menggosok rambut Taehyung. Pandai dia.
Wajah makcik berdua itu berubah dan mereka terus berlalu pergi. Aku berdecit dan terus menolak troli masuk ke dalam pasaraya.
• • •
Ketika aku membeli barang yang dipesan, Taehyung sekadar duduk di dalam troli dan membaca buku ceritanya. Jungkook pula tertidur bersama puting susu bayi di dalam mulutnya.
Tiba-tiba, aku rasa sesuatu yang tak kena. Aku terus berhenti di tepi sebuah rak mainan.
"Tae, noona nak pergi toilet jap eh. Tae jaga Jungkook tau." Pinta aku.
Taehyung menurunkan buku ceritanya dan memandang aku. "Ala! Noona nak gi ane? Nanti Tae kena culik nanti hah! Teruk pulak princess nak selamatkan Tae!" Dia mengembungkan pipi.
"Hish, mengarutlah. Alah kejap je, kat situ payah nak masuk troli. Nak dukung Jungkook, dia tidur. Nanti dia nangis. Alah, kejap je pelis. Nanti noona lanje mainan satu.."
Terus Taehyung tersengih. "Okay!"
Kemudian, aku terus berlari anak mendekati tandas. Taehyung kembali dengan buku ceritanya.
"Uhuk! Werk!!"
Taehyung angkat kepala setelah terdengar bunyi seseorang merengek.
YOU ARE READING
my seven babies ⚜ bts
Humor(cerita ni tak ada hala tuju) Bila kau kena jaga tujuh baby lelaki. Alasannya sebab kau kena cari kerja atau kau akan kahwin. Kau tak nak lagi wehh..tak sedia lagi! Kau dah la pemalas syaitonirrajim, set-set tak sedar diri, kerek, lonely, suka bua...