8

3.4K 334 36
                                    

"Uwekk!!" Aku tersentak setelah terdengar raungan kecil. Laju aku melangkah masuk dan mendekati buaian Jungkook yang mula bergegar.

"Ye ye, kenapa?" Aku cuba mendodoikan dia, namun dia dah tak mau tidur. Aku angkat dia dan mula menghinjut tubuhnya di bahu aku.

Setelah Jungkook mulai diam, aku melihat ke wajahnya. Air mata yang jatuh ke pipi aku lap dengan ibu jari. Jungkook tengok aku semula dengan mata bulatnya yang berair.

Haish, bilalah aku nak ada anak sendiri ni.

"Kenapa? Jungkook tak nak tidur dah eh?" Aku cuba memujuk. Perlahan-lahan dia tersengih tanpa membariskan giginya. Yelah, Jungkook takde gigi.

Aku memberikan seketul (seketul ke?) mainan bayi kepadanya.

"Noona.." Aku menoleh ke bawah sebaik sahaja baju aku ditarik lembut. Jimin?

"Ah, dah bangun pun. Kenapa?" Tanya aku. Rambutnya yang serabai aku betulkan dengan tangan.

"Mana Toongie hyung, Namjoon hyung, Taetae, Jinnie hyung, Hobbie hyung? Diorang dah kena jual ke? Kenapa ada kookie kat sini? Kenapa tak jual dia dulu? Tak laku eh?" Jimin bersuara selamba sambil memandang Jungkook yang sedang merenungnya.

Aku pula tersentak sekejap sebelum mula ketawa kecil. "Mana ada, diorang dah balik la masa Jimin tidur tadi."

Jimin terdiam. Mukanya melemparkan reaksi seolah-olah ahli saintis yang sedang memikirkan masalah dunia.

"Maksu mana maksu? Kenapa dia tak amik Imin agi? Dia lupa Imin ke? Kookie, kenapa eomma dia tak datang? Dia dah kena buang ke?" Dia menyambung soalan.

Jungkook sekali lagi merenungnya. Jimin pandang ke dalam mata Jungkook. "Ape tengok-tengok? Tak puas ati?"

Jungkook terus membaling mainan itu pada Jimin sebaik sahaja menghabiskan ayat terakhirnya. Dia sempat mengelak menyebabkan Jungkook mula menangis lagi. Aku cemas dan mengambil semula mainan itu dan cuba memujuknya kembali.

"Gedik." Jimin merungut.

Aku pandang Jimin semula. "Eh, mana ada. Kejap lagi datang la tu. Haa, jom kita pergi tengok tv nak?"

Jimin mengangguk.

Kami berdua mendekati televisyen. Jimin kembali baring di atas karpet. Aku membuka siaran televisyen sebelum duduk di atas sofa. Jungkook aku riba. Erm, kartun apa yang best eh.

"Noona, bukak cite Sepangsebob." Pinta Jimin.

"Jap, noona cari." Aku mula menukar-nukar siaran. Ahah! Ada pun.

Suasana rumah diam sunyi sekejap. Masing-masing menumpukan perhatian pada span laut yang sedang berjalan bersama seekor ketam tua dan seekor tapak sulaiman betina.

"Maaf menganggu!" Kami semua tersentak. Ada orang datang. Segera aku melangkah ke arah pintu.

"Ya!" Pintu terkuak. Serta-merta kornea aku menangkap imej seorang wanita yang mengandung. Eh, siapa ni?

"Ye, kenapa?" Aku tanya lembut.

"Saya eomma Jimin. Tadi maksu dia hantar. Saya tak sempat hantar dia sebab ada medical check-up." Katanya lembut sambil mengusap perutnya yang membulat.

"Ohh, haa. Kejap ye." Aku menjengukkan kepala ke ruang tamu. Jimin masih baring di tempat yang sama.

"Jimin, Jimin tak nak balik?" Tanya aku sambil tersenyum. Jimin tengok aku dan terus bangun sambil tersengih suka.

"Yeay! Maksu dah datang!!" Jimin menjerit dan berlari ke arah pintu.

Aku menggeleng sambil tersenyum dan mendekati begnya di sudut ruang. Jungkook masih dalam pelukan aku.

"Imin kata tak nak!!"

Aku dan Jungkook tersentak setelah terdengar jeritan Jimin. Laju kami menoleh ke belakang.

my seven babies ⚜ btsWhere stories live. Discover now