"Ahah! Dah sampai!"
Aku melihat banyak haiwan yang berada di dalam kandang. Boleh dipegang.
"Noona! Nak tengok abbit!" Jimin menarik baju aku.
"Abbit? Rabbit? Haa jom jom.." Kami melangkah masuk ke dalam kandang arnab.
"Haa! Sentuh elok-elok. Belai-belai je!" Aku bertegas.
Mereka terus bermain dengan arnab-arnab yang ada.
"Bagi Jungkook kat aku. Kau pergi la main dulu. Aku tau kau suka arnab an." Tiba-tiba Sehun muncul.
Aku tersengih. "Thanks kerana anda memahami."
Setelah Jungkook berubah tangan, aku mendekati mereka yang lain. Aku bertinggung dan mula mendukung salah seekor arnab yang ada.
Omg..so kiut.
Jungkook merenung aku dan mula meronta-ronta. "Ehkk!! Waa!!"
"Eh eh..kenapa ni?" Sehun sedikit kelam-kabut. Mau jatuh anak orang naya.
"Nak pergi kat noona Yoonji ke? Haa jom jom.." Sehun mendekati aku dan duduk bertinggung di sebelah aku.
"Tengok, cute kan arnab ni?" Aku tersengih sendiri sambil mengangkat seekor arnab kelabu.
Sehun tersenyum.
"Ermm!!"
Secara tiba-tiba, tangan Jungkook terus menarik misai dan telinga arnab. Aku tersentak dan terus menepuk tangannya.
"Jungkook! Jangan buat macam tu!"
Jungkook melepaskan tangannya. Mulutnya mula menjadi sebek.
"Wuwaaaa!!!!"
Dia terus meraung dan meronta-ronta. Sehun dan aku terus berdiri. "Alalala. Kenapa dia jadi macam ni?" Aku mendukung Jungkook.
Sehun diam kejap. Dia memandang arnab yang sedang dicekik Taehyung sebelum kembali memandang Jungkook.
"Dia jeles ni."
Aku tersentak. "Hah? Asal lak?"
"Mana aku tau. Tapi dia jeles tengok kau pegang arnab tu."
Aku berkerut dahi.
• • •
"Hoseok! Tengok! Muka dia cam kau la! Abang kau ke?!" Namjoon menjerit setelah ternampak seekor kuda.
"Kau ni haa...nanti tak pasal-pasal kubur memanggil-manggil nama kau nanti." Hoseok mendengus geram sementara Namjoon hanya tersengih.
Bum!
"Opocot mak hang merah biru kuning putih!"
Hoseok terus memeluk Namjoon sebaik sahaja seekor kambing tiba-tiba menanduk pintu pagar di hadapan mereka.
"Wahai pakcik kambing yang berjanggut! Takde adab ke main tanduk-tanduk?! Guna lah pintu kalau nak keluar! Bongok! Tu pun nak kena ajar ke hah?!" Marah Seokjin mencekak pinggang.
Kambing itu terus mengembek.
"Hah! Melawan! Aku tumbuk nanti free je jadi kambing golek!" Marahnya lagi.
Sementara Seokjin bergaduh dengan kambing tersebut, Jimin memegang tangan Taehyung sambil memandang sesuatu.
"Tae..tae...kawan kau tu."
"Mana?"
"Tu tu....yang tengah menyalak tu. Muka pun cam kau la. Kembar eh?"
Taehyung memandang seekor anjing hitam yang tengah menyalak ke arah mereka. Pipi Jimin terus ditarik.
"Ish! Sakitlah!"
"Hah...kutuk aku lagikan!"
"Mana ade. Betul la! Eh eh...dia datang la! Kau pergi la tegur kembar kau!" Jimin menolak belakang Taehyung.
"Eii apa kau ni! Aku tak kenal la siapa mughallazah ni!"
"Tae..dia nak lawan kita la! Kita lawan dia, lawan dia!" Jimin menggenggam penumbuk, begitu juga Taehyung.
"Kita lelaki, Min. Kita kena lawan macam lelaki! Mari lu sini anjing!" Mereka berdua terus berlari ke arah anjing yang besarnya 1 kali ganda dari mereka.
Auk!
Anjing itu menyalak kuat sambil berlari ke arah mereka juga.
"Alamak! Break, Tae, break! Kita u turn, u turn! Cepatt!!" Jimin menjerit dan terus berpusing ke belakang semula.
"Noonaaa!!!" Mereka berdua menjerit dan berlari mendekati aku yang sedang ralit menarik Seokjin dari terus memeluk pagar yang ada kambing tadi.
"Eh eh, kenapa ni?" Aku soal cemas sebaik sahaja kaki aku dipeluk.
"Ada anjing nak igit Imin dengan Tae!" Ngadu Jimin menunding jari ke arah seekor anjing hitam yang sudah duduk di atas tar.
Aku menggeleng.
• • •
Kami tiba di rumah. Dalam kereta senyap sunyi memandangkan semuanya sudah terlelap. Hanya aku dan Sehun yang masih berjaga.
"Okay jom.."
Kami melangkah masuk ke dalam rumah setelah mengejutkan mereka semua.
Hanya Yoongi sahaja yang didukung. Tu pun sebab dia tak mahu bergerak.
YOU ARE READING
my seven babies ⚜ bts
Humor(cerita ni tak ada hala tuju) Bila kau kena jaga tujuh baby lelaki. Alasannya sebab kau kena cari kerja atau kau akan kahwin. Kau tak nak lagi wehh..tak sedia lagi! Kau dah la pemalas syaitonirrajim, set-set tak sedar diri, kerek, lonely, suka bua...