35

1.5K 176 77
                                    

"Noona!!" 

Sedang aku melangut, aku tersentak setelah seseorang menarik hujung baju aku. Lantas pandangan aku yang sedari tadi terarah pada pokok besar di belakang rumah, dialih ke arah beberapa susuk tubuh kecil yang sedang mendongak memandang aku. 

"Kenapa?" Soal aku pendek sambil menurunkan tangan yang ditongkat di dagu tadi. 

"Macam mana baby wujud?" 

Satu soalan maut yang menjengah halwa telinga aku sekali gus menyebabkan rasa mengantuk yang menghurung mata kembali segar. Soalan paling bahaya dalam dunia 'parenting'. 

"Macam ni kan noona! Ikut bontotkan noona kan!!!" Jimin bersuara terlebih dahulu. 

"Iyih, mana ada! Mama kena makan biji benih dulu! A-Astu biji benih tu akan tumbuh dalam pokok! Aaa astu, nanti bila mama tidur, mama akan mimpi pokok yang banyak buah! Haa astu mama akan pilih buah paling comel. astu buah tu la akan jadi baby!!" Jerit Hoseok menegaskan pendiriannya. 

"Eh eh, apa benda korang ni!" Aku sedikit malu. Besar nanti korang tahu sendiri la! 

"Takk!! Jimin ni tak caye yang baby ni datang dari pokok!" Bengang Hoseok . 

Aku mengeluh. Tidak sempat aku ingin bersuara, tiba-tiba aku mendengar bunyi loceng pintu dan pintu utama hadapan terkuak. Tak lama selepas itu, kedengaran teriakkan dari Taehyung. "A-Ah, betul lah apa yang Hoseok cakap tu. Dah, jom pergi depan." Aku bingkas bangun lalu menapak ke arah ruang tamu.

Aku tersenyum sendiri setelah melihat Taehyung sedang dipeluk seseorang. "Cepatnya kau beli.." Kata aku lalu mengambil beg plastik dari tangannya yang mengandungi barang dapur. 

"Aku naik kereta la, Yoonji. Bukan jalan kaki aduyai.." Sehun mencebik. 

"Mana aku tau. Kot ler kau sengaja jalan kaki pergi kedai depan tu ke hah." Aku turut mencebik. Taehyung berada di dalam dukungan Sehun memandang pelik kami berdua. 

"Noona dengan hyung...bercinta ke?" 

Aku tersedak mendengar ungkapannya. Wajah Sehun turut bertukar pucat dan dia mula gelabah. "Apa ni Taehyung! Mana ada, noona dengan hyung kawan jela. Macam Taehyung kawan dengan Jimin..." Jelas Sehun lalu menggosok kepala kanak-kanak lelaki itu. 

Taehyung pandang Jimin yang sedang berdiri di tepi aku. "Eiy, tapi Tae tak cintakan Jimin. Tae ada high taste." taehyung membuat mimik muka seolah-olah jijik dengan Jimin. 

"Ish, apalah Tae ni..siapa la ajar benda-benda mengarut ni kat dia.." Aku menggeleng lalu melangkah masuk ke dapur semula. 

Melihat aku berlalu pergi, Sehun melabuhkan dirinya atas sofa di ruang tamu. Taehyung diletakkan di tepinya. Kemudian, Jimin dan Hoseok mendekati Sehun. Tangan Sehun ditarik-tarik oleh mereka berdua. 

"Kenapa?" Tanya Sehun. 

"Baby ni datang dari mana?" 

Sehun tersentak. Soalan apa ni? 

"Erk...ehem, sebenarnya macam ni. Bila dua orang pasangan, lelaki dan perempuan-"

PAK!!

Belum sempat Sehun menghabiskan ayat, satu kotak tisu melayang tepat mengenai kepalanya. Sehun terdiam kerana dapat merasakan aura hitam sedang merenungnya dari dapur. Dia menelan air liur yang terasa kelat lalu tersengih sendiri. 

"Erk..ha, baby ni, dia jatuh dari langit." Sehun bersuara setelah rasa dirinya diancam sesuatu. 

"La! Tak sakit ke baby tu?" Tanya Jimin. 

"Herm..Jimin dulu rasa macam mana?" Sehun menyoal kembali menyebabkan kanak-kanak itu terdiam. Kemudian, pandangannya dialihkan ke arah Jungkook yang sedang bermain permainan bayinya sambil menghisap puting.

Tsk..Tsk..

"Kesian Kookiee!! Mesti sakit kan sebab jatuh dari langit!! Mesti Kookie jatuh kena kepala dulu, sebab tula dia tak bijak!" Jimin menangis dan terus berlari dan memeluk kepala Jungkook. 

"ERMM!! ERMM!!" Jungkook bengang dan terus mengetuk kepala Jimin menggunakan mainannya secara berulang kali namun pelukan itu tetap tidak dilepaskan.

Sementara itu, Namjoon yang tengah bermain blok-blok kayu bersama Seokjin memandang adegan itu dengan pandangan sinis. "Noob." Katanya lalu kembali bermain blok-bloknya. 


. . . 


"Yoongi, kau tengah buat apa tu?" Tanya Seokjin setelah ternampak Yoongi sedang mengangkang di atas lantai dan membelakanginya. Tangannya bergerak-gerak melakukan sesuatu.  

"Tengah potong kertas.." Jawab Yoongi tanpa menoleh ke arah Seokjin yang sedang menapak ke arahnya dari belakang. 

"Eh! Jangan guna pisau!! Nanti luka-!"

Zrap!

Pisau lipat yang digunakan oleh Yoongi terkena tangannya. 

"Auch, fak.." Yoongi mencarut spontan sambil memegang jarinya yang sedikit berdarah. 

"SHUU!! YOONGI!!" Seokjin cemas lalu menutup mulut Yoongi secepat yang boleh. Dan ketika itulah, Yoongi sedar bahawa di dalam bilik itu bukannya ada mereka berdua. 

Taehyung yang sedari tadi memegang tangan Seokjin dengan muka innoncent mula tersengih sendiri. Mata mereka berdua mula membulat dan masing-masing mula gelabah. 

"Tae..jangan.." Seokjin menggeleng dengan perlahan cuba mengawal cemasnya. Lagi lah Taehyung tersenyum dan mula menggigit bawah bibirnya. 

"F-.." Taehyung mahu menyebut sesuatu. 

"TAEHYUNG!! NO!" Seokjin terus menjerit dan..

"FAK!" Perkataan tersebut terus tersembul keluar dari mulutnya. Seokjin dan Yoongi tergamam. Apa yang mereka dah buat..

"Korang buat apa kat sini?" Tanya aku sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Taehyung yang sedang berdiri membelakangi aku, terus menoleh dan menatap tepat ke wajah aku. 

"Fak u.." Katanya sambil tersengih sendiri. 

Aku tergamam. "EHHHHHH!!!!!" 




my seven babies ⚜ btsWhere stories live. Discover now