32

1.7K 190 107
                                    

Lama benor aku tak update an? muahahaha sumimaseee!! Sis busy dengan document2 IPG tsk tsk tsk (T^T). And sis turut positive sakit which is penyakit malass!! By the way, wattpad ni dah uninstall dri phone, so klau nak login wattpad, kena bukak laptop, malaih la. So here we go sambungannya. Tengok la, klau crita ni tak dapat sambutan dah, maybe akan stop terus kott...maybe la maybeee... k byee!!


----------------------------------


"Ehh,  apa ni?!! Jangan la kacau!!  Orang nak study laa! Orang nak dapat number satu!!" Marah Taehyung setelah Jungkook merampas pen markernya yang digunakan untuk menconteng kertas. 

Tapi Jungkook mengendahkan Taehyung dan terus menconteng kertas yang sama. 

"EIYY!!  JANGANLAAHHH!! ROSAK SENI TAETAE!!" Taehyung menjerit dan merampas pen itu dari tangannya dengan kasar. 

"....." Jungkook duduk mengangkang sambil memandang Taehyung yang kembali membuat 'karya agungnya'.  Dia terkedu kerana Taehyung telah meninggikan suara kepadanya. 

"AGAGAGA!!!  ULALALA!!" Jungkook tiba-tiba menjerit bengang lalu membaling mainan bayinya kepada Taehyung.

"EIYY!!!  MAIN JE LA MAINAN KOOKIE TU! JANGAN KACAU TAE..!!" Taehyung geram dan menampar tangan Jungkook.  

Sekali lagi Jungkook terkedu.  Matanya membulat dan wajahnya kembali sebek.  Mulutnya terjuih keluar dan air mata mula bergenang.

"Tsk... Tsk...WAAA!!!"

"Tengok tu,  sikit sikit nangis!!  Noonaa!!  Tengok Kookie ni!!  TAKDE ADAB BETUL!! HORMAT SIKIT OWANG TUA!! AKHLAK LO KAYAK ABU LAHAB!!"

Aku yang ralit menyikat rambut Hoseok yang baru bangun tidur menggeleng. 

"Dah siap dah. Kejap eh,  noona nak pergi tengok diorang jap." Kata aku lalu bangun dari sofa dan duduk bersimpuh di hadapan mereka. 

"Eh,  mainlah elok-elok." Aku menegur dan memberikan mainan bayi kepada Jungkook. 

"Noona!  Bawak dia pergi dari sini.  Sibuk je nak kacau Tae setadi!! Owang nak dapat nombor satu dalam kelas ah!! Baru ramai gegirl suka kat Tae!!" Taehyung mencebik lalu menjeling Jungkook. 

"Ha,  yelah.  Jom  Jungkook,  jangan kacau Taetae hyung. kita main dengan Seokjin hyung okay?" Aku mendukung Jungkook.  

Tiba-tiba...

"AGAGAGAGA!!!" Jungkook mula mengamuk dan membaling bola mainannya hingga terkena kepala Taehyung lalu melantun dan terkena kepala Yoongi yang ralit membaca buku cerita Si Arnab dan Anjingnya. 

"Jungkook!" Aku terkejut dengan tindakannya yang spontan. 

Aku tengok Yoongi namun dia tak memberi sebarang respon malah dia terus membaca bukunya tanpa sebarang masalah. 

"Tak baik la buat camtu." Aku menekan suara dan mengambil bola merah yang masih ada di atas kepala Yoongi.

Jungkook memeluk tubuh lalu mengembungkan pipinya tanda protes. Taehyung mengendahkannya dan terus sambung 'study'. Sebaik sahaja meletakkan Jungkook di atas karpet bersebelahan Seokjin, aku bangun untuk mengambil botol susu miliknya di dapur. 

Jungkook memandang Seokjin yang sedang mengunyah kacang. "Yo.." Kata Jungkook sambil mengangkat tangan kanannya. Seokjin pandang Jungkook dengan dahi berkerut. Sebelah kening dinaikkan kerana pelik dengan sapaan Jungkook. 

"Tak sopan cakap camtu. Cakap camni, 'annyeonghaseyo'.." Ajar Seokjin. 

"Seyo seyo!" Jungkook menjerit-jerit teruja sambil tangannya tak henti-henti menepuk karpet. 

"Bukan! Annyeonghaseyo la!!! An-nyeong-ha-se-yo!!"

"Nyeong-chey-yo!" Ternganga mulut Jungkook cuba mengajuk Seokjin. 

"Pastu kena tunduk. camni.." Namjoon tiba-tiba menolak kepala Jungkook hingga wajahnya hampir tersembam ke lantai. 

"Woi woi, ape kau ni Joon. Mati budak ni kang. Tak pasal-pasal aku yang kena penjara. Tak masuk sekolah rendah aku nanti. Tak tercapai cita-cita aku." Keluh Seokjin lalu mengangkat Jungkook ke ribanya. 

"Apa cita-cita hyung?" 

Seokjin pandang ke atas. Hujung rambutnya beralun ditiup kipas angin. "Nak jadi Worldwide Handsome Man." 

"Oh ya, baru teringat. Jimin mana?" Tanya Namjoon mengendahkan Seokjin sambil memandang sekeliling.

PAK!

Seokjin menempeleng kepala Namjoon. "Yah!! Mana adab kau ni?! Hyung tengah cakap kan?!" 

Namjoon menggosok belakang kepalanya. "Adeh, hyung ga ada akhlak. Dah ah, hyung boleh ke rahmatullah dengan mimpi hyung tu. Now I want to find noona to ask about Jimin, sayonara!" Namjoon bangun lalu mendekati aku. 

Seokjin mendengus geram dan hampir saja dia mahu membaling Jungkook ke muka Namjoon. Namjoon menarik hujung baju aku sebaik sahaja berdiri di tepi aku. "Ye Namjoonie? Ada apa?" Tanyaku sambil tangan ligat menuang air panas ke botol susu. 

"Jimin mana?" Soalannya menyebabkan tanganku terhenti. Aku pandang Namjoon. 

"Jimin..." Kata-kataku terhenti. 


my seven babies ⚜ btsWhere stories live. Discover now